Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: Perhatian.
Pada forumer yang menggunakan fungsi "ADD IMAGE TO POST"
sila pastikan anda tick "FAMILY safe", jika tidak image yang anda
post akan kluar gamba2 yg related to ADULT Content. Harap Maklum.
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Perbandingan antara orang yang pemurah dan orang yang kedekut  (Read 940 times)
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« on: May 16, 2010, 08:45:49 PM »

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya; ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.”

(al-Bukhari)


Huraian
Memang telah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa Allah akan sentiasa merahmati dan memberi kesenangan kepada hamba-Nya yang berhati mulia dan bersikap pemurah sesama manusia. Manakala sesiapa yang mementingkan diri sendiri (kedekut) di muka bumi ini akan mendapat kehidupan yang tidak berkat dan tidak tenteram dalam hidupnya yang semakin hari menjadikan dia bertambah tamak dan tidak takut melakukan perkara yang salah dan berdosa sehingga sanggup menipu dalam berniaga, makan riba, menerima rasuah, menindas orang lain, dengki dan khianat. Allah menjadikan dunia ini sebagai syurga untuk mereka manakala bila di akhirat nanti neraka akan menjadi balasannya. Sesungguhnya harta merupakan ujian Allah S.W.T kepada umatnya dan kemewahan semata-mata bukanlah kayu pengukur kebahagiaan. Oleh itu tidak kira banyak atau sedikit rezeki yang kita dapati, apa yang penting adalah keberkatan dan limpahan rezeki itu adalah dengan cara yang halal dan diredhai.
Logged

aziz_iez
Hero Member
*****
Posts: 703


Telah kembali ke Rahmatullah.


« Reply #1 on: September 08, 2010, 10:55:32 AM »

Bulan baik,ramadhan yang diberkati,perbanyakkan sedekah..Moga2 aku dapat jadi org pemurah..weee..insyaallah.
Logged


Motor ku kekurangan laju setelah passang sidebox  :-)
aji79
Mega Hero
******
Posts: 1680


0196787599 - Call me if u dare , no misscall2 eh


« Reply #2 on: September 21, 2010, 11:41:10 AM »

bukan setakat bersedekah di bulan ramadhan je , lebih elok diamalkan sepanjang hayat kita . lg satu zakat jgn dilupa , bukan zakat fitrah tu jer kena wat . zakat pendapatan , zakat harta , zakat emas . better gi pusat zakat , bleh tanya zakat mcmmana yg bleh kita buat . ni slh satu kita bantu golongan yg memerlukan . semoga hasil yg kita dapat diberkati oleh Yang Maha Esa . Aminn .
Logged

Bukan takut tapi x cukup berani
QQQ
Sr. Member
****
Posts: 277


« Reply #3 on: December 26, 2010, 02:48:41 PM »

tq info y berguna
Logged
ajeem
Jr. Member
**
Posts: 60


« Reply #4 on: February 02, 2011, 12:34:36 AM »

 doa Good!
Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!