Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: PERHATIAN: PADA YANG INGIN MENDAFTAR MENJADI AHLI FORUM SILA CLICK REGISTER.
MASUKKAN NAMA FORUM ANDA, EMAIL ADDRESS, PASSWORD DAN SUSUN JIGSAW PUZZLE, KEMUDIAN
TICK "I am at least 10 years old" DAN " I Agree", akhir sekali tekan butang Register.
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1] 2
  Print  
Author Topic: "abg nak beli kueh?"  (Read 1932 times)
deddo_xxx
Hero Member
*****
Posts: 739



« on: June 04, 2010, 05:28:33 AM »

oleh:ANNURSOLEHAH

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat

Setiap yang lalu ditanya...
" Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik."
Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!
Logged
RAZINfz
Sr. Member
****
Posts: 350



« Reply #1 on: June 04, 2010, 06:41:37 AM »

Bagus budak ni aku respek die grind
Logged

motor tak laju hati pun tak kering
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #2 on: June 04, 2010, 08:55:08 AM »

terharu + respek dengan kecekalan, kejujuran hati adik ini...jgn selalu mendongak ke atas kdang2 tgk lah yang dibawah sama
Logged

Metz™
Sr. Member
****
Posts: 358


Pengawas SB


« Reply #3 on: June 04, 2010, 09:51:03 AM »

balik teluk intan nanti aku nak carik adik ni..kagum aku dgn akhlak dia..
Logged
siklus
Full Member
***
Posts: 177


« Reply #4 on: June 04, 2010, 11:08:09 AM »

bagus bdak ni..ishhhhh
Logged
RAZINfz
Sr. Member
****
Posts: 350



« Reply #5 on: June 04, 2010, 02:00:17 PM »

balik teluk intan nanti aku nak carik adik ni..kagum aku dgn akhlak dia..
cari metz jgn xcari ;D
Logged
LEP
Hero Member
*****
Posts: 732


« Reply #6 on: June 04, 2010, 02:42:52 PM »

aku terharu baca nih.. tp reaksi tuan tnah nih aku sokong sgt.. jgn berat tgn brsedekah..insyaAllah 1hari nti sedekah yg kita wat tuh terbalas...
Logged

nothing is impossible
deddo_xxx
Hero Member
*****
Posts: 739



« Reply #7 on: June 04, 2010, 03:44:53 PM »

aku terharu baca nih.. tp reaksi tuan tnah nih aku sokong sgt.. jgn berat tgn brsedekah..insyaAllah 1hari nti sedekah yg kita wat tuh terbalas...

hamba allah yg sedekah tu bkn sy...
sy t'baca cerita ni dlm sebuah artikel..
sy kagum dgn dgn kesungguhan bdk kecik tu..
so sy copy and past kat sini sebagai teladan dan utk renungan kita semua muka ada senyuuummm
Logged
AbamEjoy
Ultra Hero
********
Posts: 7308


017-2977900 FZian Bodybuilder


« Reply #8 on: June 04, 2010, 06:06:11 PM »

airmata yg berderaii...  :'( :'( :'(
Logged




KNOWLEDGE IS POWER,MONEY IS KING
LEP
Hero Member
*****
Posts: 732


« Reply #9 on: June 04, 2010, 07:57:04 PM »

hamba allah yg sedekah tu bkn sy...
sy t'baca cerita ni dlm sebuah artikel..
sy kagum dgn dgn kesungguhan bdk kecik tu..
so sy copy and past kat sini sebagai teladan dan utk renungan kita semua muka ada senyuuummm

ooo..

airmata yg berderaii...  :'( :'( :'(

encik ejoy..nama mcm ganas tp dlm hati ada tmn  grind
Logged
AbamEjoy
Ultra Hero
********
Posts: 7308


017-2977900 FZian Bodybuilder


« Reply #10 on: June 04, 2010, 08:01:50 PM »

nama ganas ke ejoy? hehehe..
ner der ganas..saya ni lemah dan lembut orangnya..  ;D ;D ;D
Logged
LEP
Hero Member
*****
Posts: 732


« Reply #11 on: June 04, 2010, 08:17:53 PM »

nama ganas ke ejoy? hehehe..
ner der ganas..saya ni lemah dan lembut orangnya..  ;D ;D ;D

ok la xganas... nakal cikit ar.. kalau kt kg aku tuh org sebut nama ejoy mesti rasa xsedap hati..hhaha
Logged
Metz™
Sr. Member
****
Posts: 358


Pengawas SB


« Reply #12 on: June 04, 2010, 08:38:34 PM »

ejoy skrg makin bersopan santun org nya..bagus lah.. muka ada senyuuummm
Logged
kdsayang
Mega Hero
******
Posts: 2259


ilusms km2ku


WWW
« Reply #13 on: June 04, 2010, 10:45:49 PM »

cerita pasal benda nie, sekarang nie jadik trend kat stesen petrol ada anak2 yatim melayu yg minta sedekah... aku lama2 jadik meluat... baik aku sedekah masjid, konpom tak kona pi mana2 duit tuh...

« Last Edit: June 04, 2010, 10:47:26 PM by kdsayang » Logged



019-4 lapan zero 5 three lapan 9
Knowledge Is Power, Cash Is King
kassem
Sr. Member
****
Posts: 297



« Reply #14 on: June 05, 2010, 03:31:27 AM »

aku jrg jmpe bdk cmni klu benti rnr ke mne2....
asyik jmpe org jual brg panas je....
Logged
deddo_xxx
Hero Member
*****
Posts: 739



« Reply #15 on: June 05, 2010, 07:27:09 AM »

aku jrg jmpe bdk cmni klu benti rnr ke mne2....
asyik jmpe org jual brg panas je....

aku plak x pnh jmpe org dtg nak jual brg panas ni..
yg dtg sume baek2 je :P
Logged
hery
Mega Hero
******
Posts: 1330

019-6189163 @ 017-6724548


« Reply #16 on: June 05, 2010, 10:08:13 AM »

terharu bila aku mmbacanya..ad 1 kes ni,aku dgn kwn aku nak beli pc dgn laptop..masa aku kuarkan duit tu sumenya rm2k tepat n sumenya duit rm50...masa tu jgk aku dgn kwn aku xda duit walaupun rm10..plg kcl rm50 dgn syiling...tgh2 ttp pntu ada sorang budak ni...katenya dari sek pondok kat thai...dia kate dia ade jual keropok kering ikan...sebungkus rm10,so aku pun ckpla xnak pada mulanya secra baik...tapi bila aku selak2 ada la duit rm1...kwn aku lak ada gak..sbb terselit..bila dah geledah2 dompet mmg ada rm2001 duit aku..so aku bagila sbgai sedekah...kwn aku pun sama...n masa tgh nak naikkan cermin kereta dia ketuk n bagi keropok kering ikan tu sebungkus kat kami..kami ckp xpelah dik,n taw pe dia ckp kat kami??? " xpelah bang,saya sedekah dekat abg,ikhlas ni..."  :'( :'( :'( :'( aku dgn kwn aku tergamam n menitiskan air mata sbb terharu dgn ayat budak tu...kami pun masa tu kesuntukan masa,jadi nak panggil adik tu ajak makan pun x sempat dah..so kami tengok dia berlalu pergi...aku tengok dia angkat keropok2 ikan tu byk n berpeluh2 sambil mengesatkan peluh dia...lagila bertambah sedih...esuknya aku cuba tunggu budak tu..tapi xjmpa dah...cadangnya nak beli sambil bersedekah kat dia..keropoknya mmg sedap... so aku dgn family aku masa sebelum makan tu pun kami akan doakan budak ni... sampai sekarang aku xkan lupa ayat budak tu dgn senyuman dia...

**xsume penjual2 tu penipu,tgk jugakla sapa dia,kalu budak/ sapa2 pun la tipu kita xpelah..yg penting niatkan kita sambil bersedekah... :'( :'( :'( :'(
Logged

lIl perkara hari ini....kenangan masa hadapan lIl
kdsayang
Mega Hero
******
Posts: 2259


ilusms km2ku


WWW
« Reply #17 on: June 05, 2010, 10:18:44 AM »

**xsume penjual2 tu penipu,tgk jugakla sapa dia,kalu budak/ sapa2 pun la tipu kita xpelah..yg penting niatkan kita sambil bersedekah... :'( :'( :'( :'(

bab kena tipu aku tak setuju. sedekah ikhlas aku setuju...

satu lagi yg bebudak minta sedekah nie, jgn bagi duit. bagi la air or roti (air dan makanan)... konpom tiada penyalahgunaan.. hehehe
Logged
kassem
Sr. Member
****
Posts: 297



« Reply #18 on: June 05, 2010, 11:38:51 AM »

bab kena tipu aku tak setuju. sedekah ikhlas aku setuju...

satu lagi yg bebudak minta sedekah nie, jgn bagi duit. bagi la air or roti (air dan makanan)... konpom tiada penyalahgunaan.. hehehe

btol2.....
aku xpenah jmpe lg....
tp bg mmbe2 aku yg jmpe....
bdk jual kismis,jual buku2 agame,jual kopok2 ni....
mesti diorg sroh duduk makan dulu....
Logged
NasZ
Full Member
***
Posts: 100



« Reply #19 on: June 08, 2010, 03:53:41 AM »

emmm aku penah kene kat bank islam..ada akak 2 dia tunggu je depan bank 2..masa aku masuk bank dia tak tegur pun..bile aku kuar terus je datang kat aku mintak sedekah anak2 yatim..tau je aku baru kuar duit..yg peliknye dia mntk kite sedekah skurang2nye rm10..bleh pulak maen mntk2 org sedekah..ske hati la org nk sedekah bape aslkn ikhlas n termmpu..

p/s:cube tgk surat/dokumen yg mereka bwk sbg bukti utk mntk sedekah..kdg2 tarikh surat 2 dh brtahun2 lmenye/expired..jgn mudah trtipu dgn sindiket mntk sedekah ni...
Logged
hery
Mega Hero
******
Posts: 1330

019-6189163 @ 017-6724548


« Reply #20 on: June 08, 2010, 10:18:37 AM »

emmm aku penah kene kat bank islam..ada akak 2 dia tunggu je depan bank 2..masa aku masuk bank dia tak tegur pun..bile aku kuar terus je datang kat aku mintak sedekah anak2 yatim..tau je aku baru kuar duit..yg peliknye dia mntk kite sedekah skurang2nye rm10..bleh pulak maen mntk2 org sedekah..ske hati la org nk sedekah bape aslkn ikhlas n termmpu..

p/s:cube tgk surat/dokumen yg mereka bwk sbg bukti utk mntk sedekah..kdg2 tarikh surat 2 dh brtahun2 lmenye/expired..jgn mudah trtipu dgn sindiket mntk sedekah ni...

kalu yang mcm kes ko ni aku blah je...haha..tgk2 gak la kan...kadang2 tu aku bagi seikhlas aku je..niat aku sebagai sedekah,kalu dia tipu aku,tu urusan dia dengan Allah... senang crta 
Logged
NasZ
Full Member
***
Posts: 100



« Reply #21 on: June 09, 2010, 10:08:40 PM »

kalu yang mcm kes ko ni aku blah je...haha..tgk2 gak la kan...kadang2 tu aku bagi seikhlas aku je..niat aku sebagai sedekah,kalu dia tipu aku,tu urusan dia dengan Allah... senang crta 

tu la..hope org2 yg macam ni akn terima balasn yg setimpal dari Allah..
Logged
afa
Newbie
*
Posts: 20


« Reply #22 on: June 12, 2010, 04:52:16 PM »

deddo, touching betul cerita ko, rasa macam kat dalam drama plak.
Logged
NasZ
Full Member
***
Posts: 100



« Reply #23 on: June 14, 2010, 12:14:21 AM »

emm ni bkn drama...ni btol2... animation
Logged
deddo_xxx
Hero Member
*****
Posts: 739



« Reply #24 on: June 14, 2010, 11:22:15 AM »

mari lah kita sama2 mencontohi sifat terpuji bdk ni muka ada senyuuummm
Logged
Pages: [1] 2
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!