Harap xsalah parking...... 74rh9

TERMA-TERMA DAN SYARAT SYARAT
- Peraduan ini terbuka kepada semua penumpang KTM Komuter;
- Kakitangan KTMB dan keluarga terdekat tidak layak menyertai peraduan ini;
- Peraduan ini bermula pada
9 Mac 2010 dan berakhir pada 31 Ogos 2010 ;- Sebanyak 30 pemenang akan dipilih setiap bulan (3 pemenang hadiah utama
dan 27 pemenang hadiah saguhati);
- Penyertaan HANYA melalui laman web KTMB iaitu
www.ktmb.com.my;- Tema peraduan foto ini ialah “SAAT CERIA BERSAMA KAMI”. Foto hendaklah di ambil
samada berlatarbelakangkan di atas tren KTM Komuter ataupun di dalam kawasan stesen,
foto menunjukkan saat-saat ceria semasa menggunakan perkhidmatan tren Komuter;
- Foto dikehendaki menyertakan keterangan (caption) yang tidak melebihi daripada
10 patah perkataan untuk setiap penyertaan;
- Hanya foto digital fail JPEG diterima untuk peraduan ini. Fail JPEG mesti tidak
melebihi 1MB dan/atau mengikut foto yang bersaiz di antara 4R dan 5R;
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu foto untuk setiap penyertaan.
- Foto bewarna dan/atau hitam putih diterima;
- Foto yang dihantar oleh peserta adalah milik/hasil kerja ASLI peserta tersebut dan
ianya diambil/ditangkap sendiri oleh peserta;
- Semua foto yang dihantar oleh peserta MENJADI MILIK KTMB. KTMB berhak untuk
menggunakan foto-foto yang dihantar oleh semua peserta untuk sebarang aktiviti
atau cetak semula tanpa sebarang kos;
- Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak dilayan;
- Para pemenang akan dimaklumkan oleh KTMB dan semua hadiah boleh
diambil di Pejabat KTM Komuter di KL Sentral.
Layari : http://www.ktmb.com.my/foto/Utama.aspx