Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: PESAN ORANG TUA..  (Read 359 times)
bumihijau
Full Member
***
Posts: 195

ihatenickname.. heheh call me 0122378227


« on: October 01, 2010, 11:51:57 AM »

SUNGGUH INDAH DAN HARMONIS.. PESAN ORANG TUA.. APA KOMEN ANDA..

Air pasang pagi surut pukul 5
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Pokok bunga melor tanam tepi batas
Itik bertelur Ayam menetas...[/i]
------> moral: sorang cina yang sanggup bangun diawal hari untuk mengerjakan tanamannya.. disiramnya pokok bunga ditepi batas.. dibatas nya ada apa??? SAYUR-SAYURAN..!!! KEMUDIAN telur itik dijual.. ayamnya membiak..!!!

Che Baba jatuh dalam parit
Che Aminah ketawa jerit jerit
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa adik comel terselit bawah dapur..

----->> Che baba orang melayu sama dengan che aminah.. memang macam tu perangai kita orang melayu.. Suka tengok sesama bangsa kita jatuh.. dan juga suka berjoli dan berfoya-foya.. tak kesah walaupun tiada pendidikan.. cukuplah sekadar pandai memasak didapur..!!!

begitu hebat orang lama berpesan supaya mencontohi sifat kerajinan bangsa cina.. disampaikan kepada kita sejak dalam buaian.. cuma mungkin kita selama ini hanya menganggap ianya sekadar nyanyian dodoi buat anak kecil.. tapi amat besar dan mendalam maksudnya... byk lagi contoh lagu dodoi yang boleh sama-sama kita fahami maksudnya...

cth : buai laju-laju sampai balik sana
       apa dalam baju sekuntum bunga cina...




« Last Edit: October 01, 2010, 12:01:45 PM by bumihijau » Logged

012-2378227... sudi-sudi laa contact.--- DBJ5420 BuMihIjAu
kreiu
Mega Hero
******
Posts: 1112


0178934143 (syed)


« Reply #1 on: October 01, 2010, 11:55:59 AM »

perghhh... baru ku sedar... ader makna di sebaliknya..

" always a catch"
« Last Edit: January 12, 2012, 02:26:31 AM by kreiu » Logged

9W2HDS
Mega Hero
******
Posts: 2123


WTT 4593....017-3685010


WWW
« Reply #2 on: October 01, 2010, 12:12:03 PM »

Foxtrox Zuloo Mike Hotel join..
Logged

Nine Whiskey Two Hotel Delta Sierra(9W2HDS)
Handle Operator:Hotel Alpha Delta India
Base Station:Puchong
Saltmine:IIUM Gombak


73..
bumihijau
Full Member
***
Posts: 195

ihatenickname.. heheh call me 0122378227


« Reply #3 on: October 01, 2010, 12:21:42 PM »

join join..

Post Merge: October 01, 2010, 12:33:37 PM
Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku

Begitulah lirik lagu bangau oh bangau yang kita selalu nyanyikan ketika kecil. Tahukah kita apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut? Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut......

Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah. Ikan pula Umat Islam yang belum sedar. Manakala rumput yang panjang adalah kiasan bagi halangan yang menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yang beraja. Kerbau yang tidak makan ialah perbandingan bagi ulama yang tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman. Perut yang sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama yang hilang atau hati mereka yang sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yang tidak berapa bersih dan halal yang telah diumpamakan sebagai nasi mentah. Seterusnya persoalan mengapa nasi itu mentah dikaitkan dengan kayu api basah yang bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki para ulama ialah semangat Jihad yang telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yang lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha. Tepatlah perbandingan katak dengan manusia yang berteriak minta diturunkan hujan untuk menyelamatkan diri dari serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yang sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".

wallahuaklam..
« Last Edit: October 01, 2010, 02:03:37 PM by bumihijau » Logged
jknoxville
Newbie
*
Posts: 17


« Reply #4 on: October 01, 2010, 02:46:09 PM »

Good info!
Logged
kusyuk
Jr. Member
**
Posts: 55



« Reply #5 on: October 01, 2010, 05:30:10 PM »

haibat!!..generasi dulu memiliki kekuatan bahasa yang berpuitis,mesej-mesej disampai secara tersirat..sekarang... Lips Sealed
Logged



Kita mengejar apa yang dihadapan dan melupai apa yang dibelakang
afa
Newbie
*
Posts: 20


« Reply #6 on: October 03, 2010, 06:48:42 PM »

perghhh... baru ku sedar... ader makna di sebaliknya..

" always a catchy"


aku pun same... baru aku tau
Logged
Black Cobra
Sr. Member
****
Posts: 344


AQ TAAT PADA YANG SATU.... 0173256402


« Reply #7 on: June 30, 2011, 07:42:04 AM »

makna yang agak mendalam...
Logged

[I M G]http://blig.ig.com.br/ronaldpsz/files/2008/10/funny-dancing-santa1.gif[/ i m g] http://blig.ig.com.br/ronaldpsz/files/2008/10/19.gifmuahahahhaha
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!