Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: PERHATIAN: PADA YANG INGIN MENDAFTAR MENJADI AHLI FORUM SILA CLICK REGISTER.
MASUKKAN NAMA FORUM ANDA, EMAIL ADDRESS, PASSWORD DAN SUSUN JIGSAW PUZZLE, KEMUDIAN
TICK "I am at least 10 years old" DAN " I Agree", akhir sekali tekan butang Register.
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Riba Al-Qardh popular  (Read 1928 times)
AbamEjoy
Ultra Hero
********
Posts: 7308


017-2977900 FZian Bodybuilder


« on: January 18, 2011, 08:55:20 AM »



     RIBA Al-Qardh adalah kadar atau manfaat tambahan yang melebihi jumlah pinjaman pokok berdasarkan kontrak pinjaman awal yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.
Riba jenis ini boleh dikira paling popular digunakan di kalangan masyarakat kita hari ini dan boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk.


Antaranya, duit berbalas duit yang lebih banyak nilainya atau lebih tepat lagi, pinjaman berbentuk kewangan yang perlu dibayar melebihi nilai yang dipinjam seseorang.

Sebagai contoh, Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2,000, dengan syarat membayar kembali dengan nilai lebih besar seperti RM2,500 dalam masa tiga bulan.


Sebarang pinjaman yang mensyaratkan pertambahan nilai ketika pembayaran semula dalam tempoh waktu itu adalah riba al-Qardh.


Ini adalah daripada jenis riba dalam kategori nilai kewangan berdasarkan faktor masa atau ‘time value of money’ yang diharamkan di dalam Islam.

Konsep ‘time value of money’ adalah satu nilai kewangan hari ini bernilai lebih pada masa depan.


Ini kerana, jika setiap RM1 digunakan sebagai perumpamaan, ia mungkin boleh dilaburkan untuk mendapatkan pulangan keuntungan. (Corporate Finance: Theory and Practice, Aswath Damodaran, John Wiley and Sons, New York, USA, 2001) Bagaimanapun, jika Ahmad memulangkan wang dengan nilai tambah (nilai lebih daripada pinjaman) tanpa sebarang paksaan atau syarat oleh Ali pada awal perjanjian, pinjaman dibuat sepanjang tempoh pinjaman adalah halal lagi terpuji di sisi Islam.

Hal ini pernah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW apabila baginda membelikan unta yang lebih baik daripada apa yang dipinjam oleh baginda dengan meminta sahabat itu tadi membeli seekor unta yang lebih baik lalu berkata: “Sebaik-sebaik antara kamu (peminjam) adalah memulangkannya dalam bentuk yang terbaik.” (Riwayat Al-Bukhari) Namun begitu, hukum haram masih berlaku jika peminjam, iaitu Ahmad walaupun dengan sukarela menawarkan pembayaran semula (repayment) dengan nilai tambah.


Ini kerana Islam tidak menerima campur tangan reda manusia dalam hukum yang berkaitan dengan hak Allah SWT.


Hukuman riba tergolong dalam kategori hak Allah SWT. Justeru, walaupun ditawar oleh peminjam dengan keredaan dirinya, hukum haram adalah tetap serupa, sama ada nilai tambah disyaratkan oleh pemberi pinjam atau peminjam, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan.


Contoh riba Al-Qardh kedua pula adalah pinjaman berbentuk kewangan yang perlu dibayar bersama-sama sesuatu manfaat lainnya.


Sebagai contoh, pemberi pinjaman, Kamil memberi pinjaman RM1,000 kepada Hasan untuk tempoh lima bulan. Namun, sebagai balasan, Kamil mensyaratkan Hasan membantunya menyiapkan tugasannya.


Dalam contoh di atas, bantuan menyiapkan tugasan itu dikira riba kerana tergolong di dalam manfaat lebih yang diraih hasil pemberian pinjaman.


Ia diharamkan oleh Islam kerana ia jelas tindakan menindas yang mengambil kesempatan di atas bantuan pinjaman diberi walaupun tiada jumlah tambahan dalam bentuk wang tunai dikenakan sebagai bayaran semula.


Riba Al-Qardh ketiga pula adalah manfaat berbalas manfaat yang lebih. (bukan dalam bentuk nilai kewangan) Contoh riba jenis ini adalah apabila pemberi pinjaman, Hasan memberi pinjam keretanya kepada Yusuf dengan syarat dia perlu memulangkan kereta itu dengan tangki minyak penuh, padahal ketika pinjaman dilakukan, tangki minyak kereta tidak penuh.


Dalam contoh ini, riba berlaku kerana ia tergolong di dalam hadis pinjaman yang termasuk pulangan lebih yang disyaratkan.


Ia juga tergolong di dalam ‘ijma’ yang disebutkan oleh Ibn Qudamah, kerana manfaat kegunaan kereta dibalas dengan satu manfaat lain yang berbeza dan melebihi manfaat pinjaman itu tadi.


Dalam kes ini, jika pemberi pinjam ingin memperoleh sesuatu keuntungan seperti disebut di atas, dia tidak boleh menggunakan kontrak ‘pinjam’ ketika memberi keretanya, sebaliknya ia mesti menggunakan kontrak ‘sewa’ dengan nilai sewa, setangki penuh minyak.


Melalui cara itu, transaksi dan keuntungan yang diperoleh adalah halal.


Mungkin ada yang keliru disebabkan hasil dan akibat bagi kedua-dua transaksi kelihatan sama, walaupun demikian, ia berbeza di sisi Allah SWT.


Ini kerana pemberian pinjaman wang atau manfaat aset yang tidak dikenakan sebarang upah dan tidak diambil peluang meraih sesuatu manfaat bersifat material akan melayakkan pemberi pinjam untuk menerima gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda bergantung kepada tahap keikhlasannya.


Sejurus kontrak ditukar kepada ‘sewa’, ganjaran sedemikian tidak lagi diperoleh oleh pemilik, sebagai gantinya pemilik menerima habuan di dunia berbanding habuan akhirat.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada malam aku pergi ke syurga (ketika Israk Mi’raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga, “Setiap sumbangan sedekah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali,” lalu aku bertanya: “Wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulia daripada sedekah?” “Jawab Jibrail: Kerana yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia masih memiliki (mampu), sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di kala keperluan.” (Riwayat oleh Ibn Majah) Al-Jassas menerusi kitab yang ditulis iaitu Ahkam al-Quran menyebut: “Allah menamakannya sebagai qardh (pinjam) sebagai penguat kepada perolehan pahala kebaikannya, kerana jika ia bukan qardh, maka pemberi pinjam layak mendapat ganjaran (material) darinya.” Contoh riba Al-Qardh yang boleh terjadi pula adalah, hadiah duit berbalas hadiah duit yang lebih banyak.


Riba ini terjadi apabila seseorang individu atau dinamakan sebagai Kamil menghadiahkan wang berjumlah RM100 kepada Hasan dengan syarat dia perlu menghadiahkan Kamil wang sebanyak RM120 bulan depan.


Pemberian ini termasuk di dalam kategori riba Al-Qardh dan tergolong di dalam kategori pemberian pinjam walaupun menggunakan lafaz hadiah.


Penggunaan helah menukar lafaz dan nama tidak mampu mengubah ‘substance’ atau rangka asas kontrak yang sememangnya adalah pinjaman berserta faedah.


Contoh lain riba Al-Qardh pula adalah apabila hadiah yang diberi bersyarat atau dibayar juga dengan hadiah.


Hal ini boleh berlaku dalam situasi apabila pengantin lelaki dan wanita bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan tujuh dulang hantaran bernilai RM10,000 manakala pihak wanita bersetuju dengan balasan sembilan dulang bernilai RM13,000.


Dalam konteks ini, masih berlaku syubhah riba Al-Qardh jika kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga tertentu iaitu RM10,000 berbalas RM13,000.


Namun, jika kedua-dua pihak tidak berpakat berkaitan harga dan hanya menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, ia adalah harus.


Yang menjadikannya haram adalah persetujuan wang berbalas wang yang lebih banyak.
Logged




KNOWLEDGE IS POWER,MONEY IS KING
paley
Sr. Member
****
Posts: 395

016-4496445 01111169844


WWW
« Reply #1 on: January 18, 2011, 09:02:12 AM »

tenkiu atas perkongsian..

dalam kehidupan kite mmg sering kite buat.contoh :
blusing:pinjam moto ko jap ejoy
ejong: amikla tapi minyak tu isi penuhla..

dah terjadi riba al-qardh..hati2..

**dah tukar
« Last Edit: January 18, 2011, 09:27:47 AM by paley » Logged

NCL1741
-ini adalah cetakan komputer.tandatangan tidak diperlukan-
Abg Mie
Mega Hero
******
Posts: 3204

Azmi - 016 6883694 / Sg Buloh - Kuang


« Reply #2 on: January 18, 2011, 09:11:12 AM »

tenkiu atas perkongsian..

dalam kehidupan kite mmg sering kite buat.contoh :
blues:pinjam moto ko jap ejoy
ejoy: amikla tapi minyak tu isi penuhla..

dah terjadi riba al-qardh..hati2..

Ejoy ...thanks for sharing ...good info.....

Paley...hati hati dlm memberi contoh....kalau boleh elak kan penggunaan nama - nama yg di kenali...lebih lebih lagi ahli forum nie....bukan apa...niat kamu tu hanya sekadar memberi contoh....takut nanti tersalah tafsir dan mengaibkan kawan - kawan....manalah tau kan hari nie mood Ejoy tak baik ker apa ker....

sekadar ingat - mengingati...sesama kita...

Logged

AbamEjoy
Ultra Hero
********
Posts: 7308


017-2977900 FZian Bodybuilder


« Reply #3 on: January 18, 2011, 09:15:01 AM »

Ejoy ...thanks for sharing ...good info.....

Paley...hati hati dlm memberi contoh....kalau boleh elak kan penggunaan nama - nama yg di kenali...lebih lebih lagi ahli forum nie....bukan apa...niat kamu tu hanya sekadar memberi contoh....takut nanti tersalah tafsir dan mengaibkan kawan - kawan....manalah tau kan hari nie mood Ejoy tak baik ker apa ker....

sekadar ingat - mengingati...sesama kita...
tq abg mie...
mjow mood x elok pagi td dah ok skang setelah mkn nasi lemak 2 bungkus..hehe
kalau x,mmg aku hentak paley ni..wakakakaa  muahahaha muahahaha muahahaha

guna je si polan dan polan..
hahahaaaaa...

aku rasa mesti ramai yg mls nk membaca artikel ni..

satu je aku nk cakap:

JANGAN JADI PEMALAS..  Gelak Guling Gelak Guling Gelak Guling
Logged
Abg Mie
Mega Hero
******
Posts: 3204

Azmi - 016 6883694 / Sg Buloh - Kuang


« Reply #4 on: January 18, 2011, 09:23:12 AM »

hehehe aku tak malas....aku dah baca sampai abis heheeee,,....tah naper hari nie tetiba jer rajin baca ....artikel nie sampai habis.... grind grind grind grind


ejoy mood pagi nie baik....nie mesti sebab dah makan nasi lemak + ayam masak merah + telur + sotong kembang....heheee
Logged
AbamEjoy
Ultra Hero
********
Posts: 7308


017-2977900 FZian Bodybuilder


« Reply #5 on: January 18, 2011, 09:49:37 AM »

ya btol... hehehe
Logged
paley
Sr. Member
****
Posts: 395

016-4496445 01111169844


WWW
« Reply #6 on: January 18, 2011, 10:07:42 AM »

aku xmkn mcm korang pun mood agak ok..

*makan roti kosong ngn milo suam

Post Merge: January 18, 2011, 10:08:45 AM
tenkiu atas perkongsian..

dalam kehidupan kite mmg sering kite buat.contoh :
blusing:pinjam moto ko jap ejong
ejong: amikla tapi minyak tu isi penuhla..

dah terjadi riba al-qardh..hati2..

**dah tukar.thx
Logged
Abg Mie
Mega Hero
******
Posts: 3204

Azmi - 016 6883694 / Sg Buloh - Kuang


« Reply #7 on: January 18, 2011, 10:21:19 AM »

aku xmkn mcm korang pun mood agak ok..

*makan roti kosong ngn milo suam

Post Merge: January 18, 2011, 10:08:45 AM

jom aku banja hang teh tarik lak....kalau jumpa di FnF  akan dtg ya Paley hehee....
Logged
daisy™
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 1049



« Reply #8 on: January 18, 2011, 10:22:39 AM »

topic ni macam ade kaitan dgn topic satu lg jer..
Logged

talk less, think more
AbamEjoy
Ultra Hero
********
Posts: 7308


017-2977900 FZian Bodybuilder


« Reply #9 on: January 18, 2011, 10:27:15 AM »

topic ni macam ade kaitan dgn topic satu lg jer..
yg mana? tlg merge kan  Good!
Logged
daisy™
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 1049



« Reply #10 on: January 18, 2011, 10:34:24 AM »

tapi topic satu lagi tu xde kaitan dgn agama... hmmm
Logged
BuDakPreBet
Mega Hero
******
Posts: 1101


.(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪے. ., ̿̿̿ ̿' ̿'\̵͇̿̿\з=(•̪●)=ε/̵͇̿


« Reply #11 on: January 18, 2011, 08:22:53 PM »

wat pinjaman kat bank 2k.. baya balek 2.xk... ni pon da jadi riba... kan2..  Tak Moh
krdit card pon same gak... interest die tu la riba...skang ni dah berleluasa riba....sedangkan bank hak milik islam pon amalkan benda yang same....ade ke bank yg bagi pinjam 2k bayar balek 2k???  mata besaq

kalo ade nak gak wat pinjaman...  Syaiton Syaiton
Logged

AbamEjoy
Ultra Hero
********
Posts: 7308


017-2977900 FZian Bodybuilder


« Reply #12 on: January 18, 2011, 08:33:47 PM »

wat pinjaman kat bank 2k.. baya balek 2.xk... ni pon da jadi riba... kan2..  Tak Moh
krdit card pon same gak... interest die tu la riba...skang ni dah berleluasa riba....sedangkan bank hak milik islam pon amalkan benda yang same....ade ke bank yg bagi pinjam 2k bayar balek 2k???  mata besaq

kalo ade nak gak wat pinjaman...  Syaiton Syaiton


mmg xde..
Logged
paley
Sr. Member
****
Posts: 395

016-4496445 01111169844


WWW
« Reply #13 on: January 21, 2011, 09:17:05 PM »

jom aku banja hang teh tarik lak....kalau jumpa di FnF  akan dtg ya Paley hehee....

ok aku akan claim nnt
Logged
StazOne
Full Member
***
Posts: 235


Katanaz & Shurikenz in Da' Houz


« Reply #14 on: January 28, 2011, 10:03:36 AM »

wat pinjaman kat bank 2k.. baya balek 2.xk... ni pon da jadi riba... kan2..  Tak Moh
krdit card pon same gak... interest die tu la riba...skang ni dah berleluasa riba....sedangkan bank hak milik islam pon amalkan benda yang same....ade ke bank yg bagi pinjam 2k bayar balek 2k???  mata besaq

kalo ade nak gak wat pinjaman...  Syaiton Syaiton


mmg xde..

Artikel tu da betul tapi, but aku stand against komen korang nie.

You all shall study more on the mechanics & fundamental of Islamic finance.

Nanti kalu free aku akan try explain ape yang lain between conventional & Islamic banks.

Kalau nak wat perbandingan & komen yang adil, kene taw the underlying concepts & tenets. Tak boleh pukul rata ja.

Misalnyer, korang boleh bezakan tak kailan yang di tanam secara biasa dari yang organik kalau kat plastic dia takda tulis "organic"?

Lagi satu misal, korang boleh tak nak convince orang christian yang diorang tu ahli neraka sedangkan mereka tu secara syariahnye adalah "Ahlul kitab"- orang2 yang mengikut kitab Allah yang terdahulu?.

Dalam agama, walaupun seorang tu berilmu(ustaz/Dr), dia  kena jaga2 dari wat statement2 yang akan merosakkan pemikiran umat Islam tentang agama mereka. Silap2 orang2 Islam yang dah memang jauh dari agama akan bertambah jauh la pulak bile bace distorted statement2 tu. Bukan semua bab dalam agama mudah tuk di fahami macam pepatah, "sekilas pandang ikan di air tahu jantan betinanya". Korang boleh taw ke jantina ikan tu dalam sekilas pandang?

Kalau korang kaji zakat, korang akan dapati amaun tuk bayaran zakat pendapatan korang lebih kurang same jer dengan amaun income tax korang. So adakah korang akan cakap, income tax & zakat same je, dah bayar income tax takyah bayar zakat.. Adakah benar dengan membayar income tax kewajipan zakat korang dah terlerai? Bak kata apek cina, lu tak takut sama itu tuhan Allah ka?
« Last Edit: January 28, 2011, 11:13:49 AM by StazOne » Logged

Kindly check out my store at Mudah.my.
Macam2 pun ada!
http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=62875
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #15 on: January 28, 2011, 10:32:21 AM »

hang stand against komen or artikel..kalo dengan komen ..quote balik apa yang mereka kata.
zakat dan income tax tu hang tgk tang mana yg depa ni kata sama..sorry kalu aku termiss nampak.
Logged

AbamEjoy
Ultra Hero
********
Posts: 7308


017-2977900 FZian Bodybuilder


« Reply #16 on: January 28, 2011, 10:41:10 AM »

ha'ah...aku da ragu-ragu ni  Hohh
Logged
StazOne
Full Member
***
Posts: 235


Katanaz & Shurikenz in Da' Houz


« Reply #17 on: January 28, 2011, 11:15:20 AM »

hang stand against komen or artikel..kalo dengan komen ..quote balik apa yang mereka kata.
zakat dan income tax tu hang tgk tang mana yg depa ni kata sama..sorry kalu aku termiss nampak.

Zakat tu misalnyer. Kang takde misal susah lak nak faham hmmm
________________________________________________________________________________

More info on the real Riba' coming soon.



« Last Edit: January 28, 2011, 12:00:56 PM by StazOne » Logged
paley
Sr. Member
****
Posts: 395

016-4496445 01111169844


WWW
« Reply #18 on: January 28, 2011, 12:52:56 PM »

wat pinjaman kat bank 2k.. baya balek 2.xk... ni pon da jadi riba... kan2..  Tak Moh
krdit card pon same gak... interest die tu la riba...skang ni dah berleluasa riba....sedangkan bank hak milik islam pon amalkan benda yang same....ade ke bank yg bagi pinjam 2k bayar balek 2k???  mata besaq

kalo ade nak gak wat pinjaman...  Syaiton Syaiton


bayaran lebih yang dikenakan oleh pihak bank bukan bereti riba.itu adalah cas proses.dari situ jugalah dugunakan utk bayar gaji pkerja dan operasi bank.mesti anda xnak penin kan die tulis cas borang.ink printer,gaji audit dan sebagainyer..kemudian berbalik semula kepada aqad.klu bank konvesional dah tentu keharamannya..maka jauhilah bank konvesional
Logged
RenO™
Mega Hero
******
Posts: 1313


+6 019 369 518tujuh


« Reply #19 on: January 28, 2011, 02:20:59 PM »

ptptu?
Logged

ashiem_HSC
Hero Member
*****
Posts: 683


if t'srempak kat ne2,hon2 la ckit...hehe...


« Reply #20 on: January 28, 2011, 02:23:54 PM »

pembiayaan peribadi @ personal loan , perbankan islam?  Hohh
Logged

paley
Sr. Member
****
Posts: 395

016-4496445 01111169844


WWW
« Reply #21 on: January 28, 2011, 02:25:05 PM »

ptptu?

skrg dah ditukar.dulu xblandaskan syariah.skrg alhamdulillah mngikut landasan yg betul..
Logged
StazOne
Full Member
***
Posts: 235


Katanaz & Shurikenz in Da' Houz


« Reply #22 on: January 28, 2011, 03:51:33 PM »

bayaran lebih yang dikenakan oleh pihak bank bukan bereti riba.itu adalah cas proses.dari situ jugalah dugunakan utk bayar gaji pkerja dan operasi bank.mesti anda xnak penin kan die tulis cas borang.ink printer,gaji audit dan sebagainyer..kemudian berbalik semula kepada aqad.klu bank konvesional dah tentu keharamannya..maka jauhilah bank konvesional

Thanks for elaborating Paley Good!

Tuk menhuraikan lagi pasal Riba' ni secara ringkas camni:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Al Baqarah - 275

Berdasarkan ayat di atas kita akan dapati yang riba memang serupa dengan berniaga.

Jadi apa yang lainnya? Riba adalah memberi pinjam duit kepada orang dengan syarat akan di bayar balik beserta bunga/interest nya.

Perniagaan menjual sesuatu aset kepada orang lain dengan keuntungan/profit. Misal: A beli rim lebar pada harga borong - RM400 dan jual balik pada B secara runcit dengan harga RM500.

So apa yang bank conventional lakukan ialah pinjam kan RM 400 pada A dengan kadar interest 7% setahun dan hutang perlu settle dengan bank dalam masa 12 bulan. So sepatutnya bayar balik RM33 sebulan. Tapi sebab interest kena bayar RM33 capital + Riba RM16 = RM49 bayaran bulanan.

Macamane bank2 Islam buat Personal Financing?

Bank jual certificate pelaburan bernilai RM500 pada pelanggan secara hutang dan pelanggan jual balik pada bank pada nilai RM400 secara tunai. Jadi bank bagi RM400 kat pelanggan dan pelanggan kena bayar RM500 balik dalam masa setahun.

Kalau tak faham sila tanya.
Logged
hery
Mega Hero
******
Posts: 1330

019-6189163 @ 017-6724548


« Reply #23 on: January 28, 2011, 05:10:15 PM »

parking kejap/lama    TQ all 4 sharing .. 
Logged

lIl perkara hari ini....kenangan masa hadapan lIl
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!