Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: Perhatian.
Pada forumer yang menggunakan fungsi "ADD IMAGE TO POST"
sila pastikan anda tick "FAMILY safe", jika tidak image yang anda
post akan kluar gamba2 yg related to ADULT Content. Harap Maklum.
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: 7 perkara ganjil yang pernah di alami oleh Pencuri kain Kafan  (Read 642 times)
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« on: February 15, 2009, 11:22:42 PM »

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi Tipon Jap*. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.
Logged

inn_bjw6145
Jr. Member
**
Posts: 74


jasadku fz150i,rohku dijalanan.


« Reply #1 on: February 16, 2009, 02:28:17 AM »

alhamdulillah bro gua pun dulu jahat giler tapi biler gua dpt nur buat x kedua baru gua insaf  bro,gua pun percaya setiap makhluk ciptaan tuhan diatas muka bumi pun telah diberi nur cuma kita je yg tak sedar bila btul tak bro
Logged

013-200 4272(inn_rb@yahoo.com)
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #2 on: February 16, 2009, 10:17:22 AM »

alhamdulillah bro gua pun dulu jahat giler tapi biler gua dpt nur buat x kedua baru gua insaf  bro,gua pun percaya setiap makhluk ciptaan tuhan diatas muka bumi pun telah diberi nur cuma kita je yg tak sedar bila btul tak bro

btul tu bro...memang kita tak sedar....bro jahat camne dulu ye?hehhee
Logged
Zaraki
Global Moderator
Hero Member
*****
Posts: 754


Long Live Riders.......


« Reply #3 on: February 17, 2009, 04:39:58 PM »

alhamdulillah bro gua pun dulu jahat giler tapi biler gua dpt nur buat x kedua baru gua insaf  bro,gua pun percaya setiap makhluk ciptaan tuhan diatas muka bumi pun telah diberi nur cuma kita je yg tak sedar bila btul tak bro

btul tu bro...memang kita tak sedar....bro jahat camne dulu ye?hehhee

cubaaan mengorek rasier
Logged

Don't wait for people to be kind, show them how

014-5070056
inn_bjw6145
Jr. Member
**
Posts: 74


jasadku fz150i,rohku dijalanan.


« Reply #4 on: February 17, 2009, 06:29:43 PM »

byk yg berlaku dlm hidup gua, klu gua nak crite rasenye akan jadik novel kan biar la semua tu menjadi sejarah pahit gua,tahun 2009 adalah permulaan kedua gua nak memulihkn hidup gua,ape2 pn perjumpaan kita 08/03/09 mungkin akan bagi byk inspirasi dlm hidup gua insyaallah.
Logged
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #5 on: February 17, 2009, 06:38:56 PM »

insyaAllah bro..buang yang keruh ambil yang jernih..gagal hari ini tak bermakna gagal selamanya...nobody perfect
Logged
saob eastern
Jr. Member
**
Posts: 63


« Reply #6 on: September 16, 2010, 12:10:19 AM »

hidup ini ibarat roda...kekadang di atas,kekadang di bawah..the conclusion is..berusahalah utk menjadi yg tbaek grind
Logged
aziz_iez
Hero Member
*****
Posts: 703


Telah kembali ke Rahmatullah.


« Reply #7 on: September 18, 2010, 06:30:40 PM »

insaf ketika ini..bagus sahabat2,sebar2 kanlah benda yg bermanfaat macam ni...
Logged


Motor ku kekurangan laju setelah passang sidebox  :-)
Black Cobra
Sr. Member
****
Posts: 344


AQ TAAT PADA YANG SATU.... 0173256402


« Reply #8 on: June 30, 2011, 07:44:44 AM »

insaf2... alhamdulillah aq tidak tergolong dalam kalangan yang membuat aniaya....
Logged

[I M G]http://blig.ig.com.br/ronaldpsz/files/2008/10/funny-dancing-santa1.gif[/ i m g] http://blig.ig.com.br/ronaldpsz/files/2008/10/19.gifmuahahahhaha
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!