Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: PERHATIAN: PADA YANG INGIN MENDAFTAR MENJADI AHLI FORUM SILA CLICK REGISTER.
MASUKKAN NAMA FORUM ANDA, EMAIL ADDRESS, PASSWORD DAN SUSUN JIGSAW PUZZLE, KEMUDIAN
TICK "I am at least 10 years old" DAN " I Agree", akhir sekali tekan butang Register.
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: 1 [2] 3 4 ... 9
  Print  
Author Topic: Martial arts  (Read 10420 times)
^Frenchy^
Administrator
Ultra Hero
*
Posts: 5523


019 - 572 4848


WWW
« Reply #25 on: July 29, 2008, 09:00:42 AM »

ok adz... bukak thread memanah plak. baru best...  . cerita la skit pasai 4 gold medal tu...
Logged

Straight line speed is overrated. The corners is where the fun is. Anybody can ride the straight line.

Hafiizd
Hero Member
*****
Posts: 531

-0194462564- -Kedah to Penang- -PHU642-


« Reply #26 on: July 29, 2008, 09:21:13 AM »

silat aku minat tengok ja...silat kawen aku paling suka tengok, lawak la pakcik2 silat kawen tu, ...penah jugak kitorang perform capoeira sebagai ganti silat time membe aku kawen, pelik gak rasanya..tak pnah dibuat orang..

nak jugak aku masuk silat, tapi ustaz aku tak bagi masuk, apsal ntah la..mungkin ada batin2 kot..sapa yang masuk silat? habaq skit, ada guna batin ka?silat gayung ka? membe aku masuk silat gayong, otai jugak, dia cakap hang masuk ja gayung, walaupun hang takmau batin2 semua tu, dia akan mai sendiri...sebab kena ngan silat la buce lee kalah, wallahuaqlam
Logged

busk3rz
Mega Hero
******
Posts: 2347


Memory remains


« Reply #27 on: July 29, 2008, 09:23:34 PM »

silat aku minat tengok ja...silat kawen aku paling suka tengok, lawak la pakcik2 silat kawen tu, ...penah jugak kitorang perform capoeira sebagai ganti silat time membe aku kawen, pelik gak rasanya..tak pnah dibuat orang..

nak jugak aku masuk silat, tapi ustaz aku tak bagi masuk, apsal ntah la..mungkin ada batin2 kot..sapa yang masuk silat? habaq skit, ada guna batin ka?silat gayung ka? membe aku masuk silat gayong, otai jugak, dia cakap hang masuk ja gayung, walaupun hang takmau batin2 semua tu, dia akan mai sendiri...sebab kena ngan silat la buce lee kalah, wallahuaqlam
huhu... segalanya bermula dgn NIAT. Klu masuk sbb nk ilmu batin, itulah dpt TAPI lum tentu. Byk faktor˛ len lg. Klu masuk sbb m'pertahankan diri & org sekeliling, agama juga bangsa, maka byk ilmu˛ & seni leh amalkan dr silibus silat lam training.  ;D ;D

my10cents
Logged


Hidup biar berilmu, mati jangan berhantu
Hurry up! WTS Garmin GPS for RM700.
http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php/topic,2507.0.html
Hafiizd
Hero Member
*****
Posts: 531

-0194462564- -Kedah to Penang- -PHU642-


« Reply #28 on: July 30, 2008, 09:12:27 AM »

tok guru aku cakap dia ada tegur geng silat olahraga, sebab diorang lawan serang kat lutut tu, dok buah serangan apa ke nama aku pon taktau, slide guna kaki serang kat bahagian lutut untuk jatuhkan lawan, dia cakap bahaya bahagian lutut jangan buat main, once lutut hang injured, susah la mau buat benda2 lain...time muda2 memang tak rasa, tapi bila dah umo lanjut nanti baru hang tau peritnya sakit lutut...tok guru aku nasihat, training jangan ikut perasaan, kita bukan nak hidup dua tiga hari, tapi training kena berpada pada, takot menyesal tak sudah nanti...sakit lutut bahaya ooo...jagala lutut korang tak kira sport apa korang main..
Logged
aMir_aNep
Hero Member
*****
Posts: 645


012-7150566 # amiranep@yahoo.com


WWW
« Reply #29 on: July 30, 2008, 09:29:43 AM »

setuju dengan hafiizd.. tak payah jauh2.. den sendiri rasa kesannya lepas hampir 12 tahun dalam macam2 jenis sukan.. tahun lepas bulan 11 den re-construct semula lutut kiri den.. start injured tahun 1998.. tapi buat tak tau je.. tahun 2001 dah rasa tak selesa.. tahun 2007, lutut yang injured tu dah tak buleh menampung berat badan den.. den jatuh masa tengah berjalan.. tetiba je kepala lutut lari.. masuk sepital, trus operate.. hihihi.. tapi sebab jiwa jenis yang suka kuar peluh, lepas 3 minggu den dah kayuh beskal semula..

peace.. ;D
Logged

Laju mano bonar motosikar kau, kek trapik light pon kono yo brek...
^Frenchy^
Administrator
Ultra Hero
*
Posts: 5523


019 - 572 4848


WWW
« Reply #30 on: July 30, 2008, 09:39:10 AM »

org dah kawin lagi la penting lutut tu erk... grind ;D. tapi apa kaitan  ???  ???
Logged
Hafiizd
Hero Member
*****
Posts: 531

-0194462564- -Kedah to Penang- -PHU642-


« Reply #31 on: July 30, 2008, 10:54:32 AM »

orang kawen penting lutut sebab nak angkat anak letak kat belakang, apa nama orang panggil tu, yang pegang kaki anak, anak pegang leher kita tu..bawak bini pon boleh, tapi kalau bini saiz kecik ok la...penting jugak sebab nak keluar cari rezeki..hehhe...
Logged
busk3rz
Mega Hero
******
Posts: 2347


Memory remains


« Reply #32 on: July 30, 2008, 04:11:10 PM »

ngee... xmau masuk olahraga.... serik..
hehe.. tp klu nk tau lanjut dr otainya.. tny bro Asyrafmus  ;D
Logged
sri_mersing81
Full Member
***
Posts: 183


Cintaku tertinggal di Kuala Pilah...


« Reply #33 on: July 30, 2008, 04:36:34 PM »

Hobi aku untuk mengisi masa lapang adalah bersilat dan berkarate sampai sekarang. Silat aku belajar dari form one sampai la ni, tapi yang karate baru-baru gak join la...
Yang pasa batin tu, terpulang pada individu masing-masing. Pada aku, tak semestinya bila kita belajar silat aje yang ada batin, yang tak belajar silat pun ada batin jugak...

Tapi bila kita fikirkan, buat apa belajar silat sampai sepuluh-doploh tahun, kalo semata-mata bila kita terpaksa berhadapan dengan keadaan yang memaksa, kita bertarung dengan 'bantuan' tapi bukan dengan tulang kederat empat kerat...
Ape guna disiplin yang kita amalkan dan latihan konsisten yang kita buat secara ulang?

Hmmm............
« Last Edit: July 30, 2008, 06:03:17 PM by sri_mersing81 » Logged

"Moga cintaku padamu tidak melebihi cintaku pada Pencipta,
Moga Rinduku padamu tidak melebihi rinduku pada Yang Esa,
Moga Dirimu ketemu pemuda soleh melebihi diriku yang Hina..."
busk3rz
Mega Hero
******
Posts: 2347


Memory remains


« Reply #34 on: July 30, 2008, 11:50:11 PM »

sokongł. grind
Logged
Hafiizd
Hero Member
*****
Posts: 531

-0194462564- -Kedah to Penang- -PHU642-


« Reply #35 on: July 31, 2008, 09:09:12 AM »

hang karate aliran apa sri-mersing? aku mula ngan kanazawa shotokan, sekarang tengah berjinak2 dengan budokan, and dalam proses nak buka persatuan karate shotoshinkai kedah..tengah bentuk jawatankuasa, nak kena ada wakil dari setiap daerah sebanyak 6 daerah...

aku belajar n ngajar karate ni untuk kesihatan badan, untuk bina disiplin n konfiden dalam diri, takda la takot sangat kalau jadi apa2..aku tak suka nak bergaduh,kalau boleh settlekan dengan baik2, lagi2 kita sesama melayu islam , buat apa bergaduh ye dak? tapi kalau dah terpaksa tu, nak buat camna kan???
Logged
busk3rz
Mega Hero
******
Posts: 2347


Memory remains


« Reply #36 on: July 31, 2008, 10:29:23 PM »

darah muda... enggelegak bro~  :muka ada senyuuummm :P
Logged
Hafiizd
Hero Member
*****
Posts: 531

-0194462564- -Kedah to Penang- -PHU642-


« Reply #37 on: August 01, 2008, 08:41:45 AM »

gelegak ala kadar ja kot..hehehe...
Logged
sri_mersing81
Full Member
***
Posts: 183


Cintaku tertinggal di Kuala Pilah...


« Reply #38 on: August 04, 2008, 09:00:10 AM »

hang karate aliran apa sri-mersing? aku mula ngan kanazawa shotokan

Aku memula belajar Kusano-Ha Shito Ryu Karate do. Pastu berhijrah pade Shito-Ryu Karate do. Naseb baek la aliran sama, kata menggunakan kata yang sama, tapi pergerakan tangan tu BANYAK GILER aku kena betulkan. Tak termasok Tokui kata yang VARIOUS GILER walaupun di bawah satu aliran. Tapi standard la, masok kandang kambing nak kene ngembek le.

Tapi Pening la bro memula.....
 :-\
Logged
sri_mersing81
Full Member
***
Posts: 183


Cintaku tertinggal di Kuala Pilah...


« Reply #39 on: August 04, 2008, 09:07:06 AM »

silat aku minat tengok ja...silat kawen aku paling suka tengok, lawak la pakcik2 silat kawen tu, ...penah jugak kitorang perform capoeira sebagai ganti silat time membe aku kawen, pelik gak rasanya..tak pnah dibuat orang..

Hafiizd...
Mase ko bercapoeira ganti silat tu, korang buat bebetul depan pelamin ke atau pelamin atas pentas??
Sebab seelok-eloknya ketika pengantin bersanding, adab pesilat tak buleh mengangkat kaki menghadap dia...
Melainkan tempur/berpasangan tu dibuat di luar kawasan pelamin...

 
Logged
Hafiizd
Hero Member
*****
Posts: 531

-0194462564- -Kedah to Penang- -PHU642-


« Reply #40 on: August 04, 2008, 11:05:57 AM »

takde angkat kaki, kitorang main movement bawah..betol2 depan pengantin tu..so, tak melanggar adab la.. ;D....

kata shitoryu memang banyak, kata kitorang shotokan dalam 26kata tak termasuk basic kata taikyoku..26 pon tak terhafal aku...banyak la..lagi2 pulak kata shitoryu yang 30 lebih tu...aku tak suka sangat kata, aku suka kumite..

nak tanya orang silat ni, Silat ada "DAN " jugak ka? misalnya 2nd dan, 3rd dan? macam mana sistem tali pinggang silat ni aa? macam shotokan karate mula putih, kuning, orange, hijau, biru, purple, coklat 3,2,1, hitam...
Logged
sri_mersing81
Full Member
***
Posts: 183


Cintaku tertinggal di Kuala Pilah...


« Reply #41 on: August 04, 2008, 12:08:29 PM »

takde angkat kaki, kitorang main movement bawah..betol2 depan pengantin tu..so, tak melanggar adab la.. ;D....

kata shitoryu memang banyak, kata kitorang shotokan dalam 26kata tak termasuk basic kata taikyoku..26 pon tak terhafal aku...banyak la..lagi2 pulak kata shitoryu yang 30 lebih tu...aku tak suka sangat kata, aku suka kumite..

nak tanya orang silat ni, Silat ada "DAN " jugak ka? misalnya 2nd dan, 3rd dan? macam mana sistem tali pinggang silat ni aa? macam shotokan karate mula putih, kuning, orange, hijau, biru, purple, coklat 3,2,1, hitam...

Aku prefer kata sebab aku cepat pancit kalo kumite kamae...
Hehehehehe...
:P

Dier depending pada pertubuhan/persatuan/perguruan silat tu sendiri. Ada yang masih lagi menerapkan nilai-nilai peringkat daripada Obi/Belt/Bengkong bagi me'level'kan murid-murid mereka. Biasanya peringkat satu sampai tiga masih lagi belajar, cuma tiga dikira sebagai pembantu Gurulatih dan bila dah khatam, baru boleh bukak gelanggang. Ada jugak silat yang takder peringkat langsung, tapi sekadar berbeza buah pukul, buah kunci mati untuk membezakan peringkat murid-murid.

Bagi Silat Gayong pulak, ada perbezaan Obi/Belt/Bengkong bagi Pertubuhan kami. Selain itu jugak, peringkat pembelajaran berbeza mengikut Obi/Belt/Bengkong bagi membezakan peringkat pembelajaran diorang supaya tidak boring/bosan dan juga bagi mendidik bakal-bakal Gurulatih di masa akan datang. Kitorang nye bengkong :

Hitam Kosong

Awan Putih (Bengkong Putih)

Pelangi Hijau (Bengkong Hijau)

Pelangi Merah Kosong (Bengkong Merah=Pembantu Gurulatih)
Pelangi Merah Chula I (Bengkong Merah 1st Dan)
Pelangi Merah Chula II (Bengkong Merah 2nd Dan)
Pelangi Merah Chula III (Bengkong Merah 3rd Dan)

Pelangi Kuning Kosong (Bengkong Kuning=Gurulatih)
Pelangi Kuning Chula I (Bengkong Kuning 1st Dan)
Pelangi Kuning Chula II (Bengkong Kuning 2nd Dan)
Pelangi Kuning Chula III (Bengkong Kuning 3rd Dan)
Pelangi Kuning Chula IV (Bengkong Kuning 4th Dan)
Pelangi Kuning Chula V (Bengkong Kuning 5th Dan)

Pelangi Harimau Hitam Chula Sakti I (Bengkong Hitam 1st Dan=Guru lama/Senior/Gurulatih ataupun Waris Adat bagi adat istiadat yang diadakan. Biasanya mereka yang sudah lama berkecimpung dalam Gayong yang dapat. Dalam2 40an ke atas. Tapi ada juga yang muda belia (bukan remaja ea??) yang pegang Black Belt, tapi itu rezeki gigih latihan dia. Tidak ada obligasi yang mengatakan yang pemegang Black Belt mesti seperti yang aku dah senaraikan kat atas, tapi SELALUNYA diorang seperti yang tersebut di atas... muka ada senyuuummm)
Pelangi Harimau Hitam Chula Sakti II (Bengkong Hitam 2nd Dan)
Pelangi Harimau Hitam Chula Sakti III (Bengkong Hitam 3rd Dan)
Pelangi Harimau Hitam Chula Sakti IV (Bengkong Hitam 4th Dan)
Pelangi Harimau Hitam Chula Sakti V (Bengkong Hitam 5th Dan)
Pelangi Harimau Hitam Chula Sakti VI (Bengkong Hitam 6th Dan)

Tingkat pelajaran pulak biasanya seperti :

1) Tapak Gayong = Bagi Hitam Kosong, Putih dan Hijau.
2) Seni Gayong = Bagi Merah Kosong, Merah berChula dan Kuning.
3) Seni Keris = Bagi Hijau, Merah Kosong, Merah berChula dan Kuning. Bagi tingkat pelajaran ini, semua senjata pendek termasuk pisau diajarkan dan tergolong dalam ini, sebab tu Hijau pun ada belajar. Tetapi biasanya Hijau akan diajar silibus pisau, tetapi Merah dan Kuning akan diajar Keris dan Pisau.
4) Seni Simbat (rotan) = Bagi Hijau, Merah Kosong, Merah berChula dan Kuning. Bagi Hijau, Merah Kosong dan berChula cuma simbat (rotan) pendek dan tongkat panjang sahaja yang diajar berdasarkan silibus mereka. Yang lembing, cuma KUNING SAHAJA yang diajar. Tapi rezeki ler kalo yang belt rendah-rendah tu dapat... :P
5) Seni Yoi = Bagi berbengkong KUNING SAHAJA.
6) Seni Belian = Bagi berbengkong KUNING BERCHULA 5 DAN HITAM BERCHULA SAHAJA.
7) Seni Cindai = BAGI BERBENGKONG HITAM BERCHULA SAHAJA.

Kalo ada yang tersilap, harap anak Gayong yang lebih fasih boleh tolong perbetulkan...
Wallahualam...!

Harap penjelasan saya dapat menerangkan tanda tanya semua...

muka ada senyuuummm
« Last Edit: August 04, 2008, 12:11:36 PM by sri_mersing81 » Logged
Hafiizd
Hero Member
*****
Posts: 531

-0194462564- -Kedah to Penang- -PHU642-


« Reply #42 on: August 04, 2008, 03:31:29 PM »

menarik jugak tahap2 talipinggang silat ni..banyak jugak tahap2 yang kena belajar...ko dah sampai bengkong apa?
Logged
^Frenchy^
Administrator
Ultra Hero
*
Posts: 5523


019 - 572 4848


WWW
« Reply #43 on: August 04, 2008, 03:33:11 PM »

aku langsung tak paham pasai martial arts ni... tapi bab bengkong aku pernah pakai. itu pun bengkong bini aku masa lepas bersalin... aku nak adjust perut aku yg hensem sgt ni!  ;D  ;D  ;D
off topic ni...
Logged
satia @ satria
Mega Hero
******
Posts: 1200

MENYELAMATKAN ANDA DGN SEGERA, HAIT!! 016-7007480


« Reply #44 on: August 04, 2008, 03:46:29 PM »

mak oih banyak gile
> Bengkong Kuning - Mula2 belajar
> Bengkong Merah  - Tamat Jurus dan Buah Pukul
> Selempang         - Langkah Bawah
> Bengkong Batik    - Langkah Menguruskan Perut (frenchy)
Logged

ASSALAMUALAIKUM
sri_mersing81
Full Member
***
Posts: 183


Cintaku tertinggal di Kuala Pilah...


« Reply #45 on: August 04, 2008, 04:48:13 PM »

menarik jugak tahap2 talipinggang silat ni..banyak jugak tahap2 yang kena belajar...ko dah sampai bengkong apa?


Aku baru Bengkong Merah Chula 3...
Jauh lagik nak sampai black belt...
Skang ni pown tengah giat berlatih untuk grading ke Kuning. Tapi ikhlas cakap la, kalo nak dibezakan antara durasi masa untuk grading Silat sama Karate, dier kalo dah grading nak black belt Karate tu dah macam merah nak naik kuning la...
Sebab kebanyakan bnda nak kena tau...
Silibus pelajaran tangan kosong (tapak Gayong) dah nak kena hafal suma...
Silibus pelajaran Seni Tangan Kosong (Seni Gayong) Nak kena tau sikit2...
Adat istiadat yang terlibat, siapa Waris Amanah Mutlak, waris2 adat, sandang terlibat nak kena tau dah sikit2...
Pening ahh....

 ???

Logged
satia @ satria
Mega Hero
******
Posts: 1200

MENYELAMATKAN ANDA DGN SEGERA, HAIT!! 016-7007480


« Reply #46 on: August 04, 2008, 05:02:38 PM »

sri_mersing
kau belajar kat mane????
aku sebenarnya nak mendalami lagi
tapi ermmm susah juga.
bkn senang nak senang kan
so kena usaha lagi la aku ni nampaknya
Logged
sri_mersing81
Full Member
***
Posts: 183


Cintaku tertinggal di Kuala Pilah...


« Reply #47 on: August 04, 2008, 05:26:43 PM »

sri_mersing
kau belajar kat mane????
aku sebenarnya nak mendalami lagi
tapi ermmm susah juga.
bkn senang nak senang kan
so kena usaha lagi la aku ni nampaknya

Wat masa ni aku ulangkaji dengan member aku je...
Sebab gelanggang yang aku pegi musti kena tolong ajar.
Penat weh nak mengingat silibus pelajaran...
Kalo ko dekat-dekat dengan umah aku kat P.Klang, bley la ko join balik. Anak Gayong ni tak pernah terputus hubungannya, antara gantung baju ngan tak jer...

:P
Logged
mohazam
Full Member
***
Posts: 128

hmmmmm


« Reply #48 on: August 05, 2008, 10:54:28 PM »

sensei hafiidz,  ;D ;D ;D ;Dkat tempat ko bro ramai melayu belajar karate eh?
best r... tapi kat sini lain kaum yang conquer.....
aku dulu under persatuan karate-do negeri perak..
ko lak bro...?

nak mule  blek... tp xtau la...
"kata" pun dh banyak lupe....
Logged
Hafiizd
Hero Member
*****
Posts: 531

-0194462564- -Kedah to Penang- -PHU642-


« Reply #49 on: August 06, 2008, 09:12:44 AM »

kalau kat usm ngan uum, ramai chinese la, hampir 90percent..mana pi budak2 melayu ntah, budak laki pon boleh dikatakan cuma hampir 15% ja..lain semua pompuan....itu kat universiti, secara amnya, memang kaum hawa sekarang banyak yang masuk universiti, yang laki pulak banyak buat bisness sendiri  :muka ada senyuuummm..pegi la mana2 universiti pon, kompem pompuan yang ramai... tapi kalau kelas sensei aku kat kuaters bank negara, laki ramai dari pompuan..pompuan ada la dua tiga orang lebih kurang...

selalunya pelajar akan ikot guru, kalau guru berbangsa india, pelajar india akan ramai, kalau guru melayu, pelajar melayu akan lebih ramai, kalu guru chinese, pelajar chinese ramai la....

aku agak kecewa la sekarang, pelapis2 untuk mengajar n membawa karate ni dah semakin kurang, yang ada pon ramai perempuan, tapi perempuan selalunya bila sampai satu tahap tu bila dah kawen dah ada komitmen, susah aa nak menceburkan diri dalam bidang karate ni...hmm...mana la anak2 laki kita sekarang ni...

silat pon ada masalah macam ni ka? pelajar laki kurang?pelapis takdak? silat memang kebanyakkannya budak melayu kita kan...
Logged
Pages: 1 [2] 3 4 ... 9
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!