Sangat mengejutkan selepas terbaca status kat wall FZ150iCrew yang ditulis oleh Sifu Azmi mengenai kemalangan. Bila terbaca nama Atuk tercatat , terus tergamam tak terkata. Hanya ALLAH swt yang tahu diri ini sebak dan sayu.
Berhenti daripada menyiapkan kerja dan terus bertenang seketika. Selepas itu cuba menghubungi Tuan Arif. Alhamdullillah dapat. Ini sedikit maklumat untuk dikongsikan dengan rakan seluruh Malaysia yang mengenali Sifu Atok (CRCS).
Kemalangan berlaku semasa dalam perjalanan pulang menghantar Tuan Arif ke Muar. Semasa dalam perjalanan. Ada yang di depan dan ada juga yang dibelakang Atok. Marshall JJ berada di belakang selepas motor Atok.
Atok terlanggar satu bongkah batu (contoh batu tersebut rujuk disni;
http://www.mobramfc.com/2011/07/otai-sifu-atok-kemalangan.html) di laluan kecemasan. Selepas kemalangan berlaku, Atok tidak sedar dan di bawa ke hospital Muar dengan ambulan ditemani oleh Tuan Arif. Semasa dalam ambulan, Tuan Arif memanggil nama Atok banyak kali. Tapi, Atok tidak mampu menjawab. Hanya mampu mengerakkan sedikit tangan di sebelah kiri. Mungkin ini sebagai respon Atok dengar Tuan Arif panggil cuma tidak mampu untuk jawab dengan suara.
Sekarang Atok masih lagi tidak sedar dan ramai rakan sedang berada di Hospital Muar.
Kepada rakan-rakan yang dekat mahupun jauh daripada Muar. Jarak bukan penghalang untuk kita mendoakan semoga Atok cepat sedar dan sembuh.
Ya ALLAH, hanya pada MU, kami berdoa dan bertawakal. Sedar dan selamatkanlah Atok. Sembuh dan kembalikan kesihatan Atok seperti sediakala. Sesungguhnya hanya pada MU, kami berserah. Bantulah hamba MU inilah Ya ALLAH.. Kami sangat menyayangi Atok. Kami redha dengan ujian MU, Ya ALLAH.. Amiin.. Amiin.. Amiin..