Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: JOMBOROI 2012

Aktiviti Menarik
LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: PETUA-PETUA KAMPUNG YANG AMAT BAGUS!  (Read 3792 times)
BondaMamaEyda
Sr. Member
****
Posts: 268

skali ku terjatuh sedikit takkn lunturkan semangat


« on: October 11, 2011, 04:32:54 PM »


CARA  UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1.   JANGAN BERLAPAR   
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar  'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar  metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada   
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun  tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi  metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar  kalori pada tahap yang sama lagi

2.   AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah  kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa  pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim  dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh  menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3.   MINUM 8 GELAS AIR  SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan  membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan  makanan yang berat-berat, cuba Minum air, pasti
anda tidak akan makan  dengan banyak.

4.    ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya  mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan  tubuh.

5.   KURANGKAN  PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan  penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda  menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan  air.

6.   AMBIL SARAPAN  PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan  sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan  pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang  mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan  paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar  kalori.

7.   MAKANLAH  DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan  dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh  akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8.   KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH  KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum  menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9.    Biar makan kerap dengan  kuantiti yang sedikit  daripada makan hanya sekali, dua tetapi  dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan  snek  atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah.  Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11.  Kurangkan pengambilan   marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti   
ais anda.

12. Apabila makan di  restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana  minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang  gula.

13. Buah-buahan dan  sayur-sayuran  adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral  dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap  hari  kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika   
anda Minum banyak, dan waktu itu  anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus  asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah  rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan  lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan  pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih  Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah  sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat   
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari  makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan   
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan  yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan  boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa  lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat  atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga  boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet  anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat  catatan.

18. Tumpukan perhatian  untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih  berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka  menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.  Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih  makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik  untuk  mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau  mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit   
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak  haiwan.

20. Ketika memilih piring  makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil  sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir,  lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.  Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa  lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak   
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk  turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu  menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda  berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga.  Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru  saja terisi.

22. Khusus bagi kaum  wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan  memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah  perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan,  kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda  kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23.  Untuk mengempiskan perut ,  gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat  dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin  boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang  memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula  kerana  setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk  langsing
i.          Jalan cepat. Gunalah kasut yang  cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.     Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik  tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki  lif
iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju  dengan nafas yang dalam
iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik  bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat  melancarkan peredaran darah
v.   Tunggang basikal dan kayuh  perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan  merampingkan peha.

Logged

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
dM
mat here!!
Mega Hero
******
Posts: 1586


Never love a love that hurts~.~never hurt a love


« Reply #1 on: October 12, 2011, 09:34:15 AM »

PETUA KAMPUNG MAMBAU

- untuk mengatasi masalah tumit kaki merekah :
rendam kaki dalam air mendidih  grind grind grind
Logged
arelane
Hero Member
*****
Posts: 782


WSU.7344 اكو أداله اكو


WWW
« Reply #2 on: October 12, 2011, 10:25:21 AM »

PETUA KAMPUNG MAMBAU

- untuk mengatasi masalah tumit kaki merekah :
rendam kaki dalam air mendidih  grind grind grind
mendidih?..... gillooo~
Logged

Niqa^Jitra
Full Member
***
Posts: 111


« Reply #3 on: October 12, 2011, 02:27:35 PM »

mendidih?..... gillooo~

KOMPOM X MEREKAH..CUMA MELECOR AJER
Logged
dM
mat here!!
Mega Hero
******
Posts: 1586


Never love a love that hurts~.~never hurt a love


« Reply #4 on: October 12, 2011, 03:19:58 PM »

Gelak Guling Gelak Guling Gelak Guling Gelak Guling 
Logged
BondaMamaEyda
Sr. Member
****
Posts: 268

skali ku terjatuh sedikit takkn lunturkan semangat


« Reply #5 on: October 12, 2011, 05:06:25 PM »

itu kompom dah masak dah kaki tue..
Logged
wan ferio
Hero Member
*****
Posts: 556


012-6857488 gombak-melaka


« Reply #6 on: October 13, 2011, 10:20:46 AM »

PETUA KAMPUNG MAMBAU

- untuk mengatasi masalah tumit kaki merekah :
rendam kaki dalam air mendidih  grind grind grind
Baar x di robus jo kaki tu...
Logged
Metz™
Sr. Member
****
Posts: 358


Pengawas SB


« Reply #7 on: March 11, 2012, 04:40:16 PM »

petua untuk cirit-birit ada?
Logged
kachieyama_86
Sr. Member
****
Posts: 346


KEBANGKITAN!!!!!!!!!!!


« Reply #8 on: March 14, 2012, 01:09:13 PM »

petua untuk cirit-birit ada?

makan julap
Logged


KEBANGKITAN!!!!!!!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!
matpenang
Sr. Member
****
Posts: 265



« Reply #9 on: March 14, 2012, 07:05:54 PM »

 Good! Good! Good! Good!
Logged

.......kita satu keluarga.......
Metz™
Sr. Member
****
Posts: 358


Pengawas SB


« Reply #10 on: March 15, 2012, 03:27:15 PM »

makan julap bukan lagi cirit ke?
Logged
ApaiThrash
Hero Member
*****
Posts: 615


O12 6193OO6


« Reply #11 on: March 15, 2012, 09:02:27 PM »

petua untuk cirit-birit ada?
Minum air teh o pekat takde gula
pil po chai pun bole.
pakai lampin? heheheh
Logged

FaridFaizal
Mega Hero
******
Posts: 2281


01tigatiga22tiga284 BKK3742


« Reply #12 on: April 07, 2012, 09:22:43 AM »

perghtua untuk menghalang perut buncit ada x??
Logged
taknak
Sr. Member
****
Posts: 289



« Reply #13 on: April 07, 2012, 12:32:26 PM »

semua petua di atas juga menggalakkan |FZ kita supaya bergerak lebih laju...  grind
Logged
Kamil Zainuri
Sr. Member
****
Posts: 352


« Reply #14 on: April 09, 2012, 08:47:10 AM »

perghtua untuk menghalang perut buncit ada x??
kurangkan Minum air berais dan air sejuk... mueheheheheheheh
Logged
ApaiThrash
Hero Member
*****
Posts: 615


O12 6193OO6


« Reply #15 on: April 10, 2012, 12:36:09 AM »

perghtua untuk menghalang perut buncit ada x??
jangan makan rasuah
Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!