Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: JOMBOROI 2012

Aktiviti Menarik
LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Petronas tipu ????  (Read 1038 times)
takuimi87
Novice Newbie
*
Posts: 31


Learn to ride my live..


WWW
« on: December 07, 2011, 03:54:31 PM »

Salam semua, ni aku dapat dari forum carigold, just nak share.. Korang semua pakai minyak ape?? hmmm  Renung-renungkan dan selamt beramal..  grind grind




PPIM dakwa pam laju keluarkan sedikit minyak

KUANTAN - Jika bil air tinggi disebabkan air yang dipam bersama tekanan udara, demikian juga ketika mengisi minyak di stesen minyak.

"Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit," demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin.

Menurutnya, keadaan itu tidak disedari kebanyakan pengguna kerana mereka tidak peduli kuantiti sebenar minyak yang dipam.

Wartawan Kosmo! yang ingin menguji dakwaan Noor Nirwandy itu telah mengisi minyak ke dalam dua botol di dua stesen minyak berasingan dan mendapati kuantitinya berbeza walaupun harga yang dibayar adalah sama.

Noor Nirwandy berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.

"Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pihaknya juga kerap menerima aduan dan mengakui perkara tersebut memang berlaku namun hasilnya bergantung kepada cara pengguna mengisi minyak.

Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan.

"Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya.


ni pulak antara e-mel yg pernah aku terima..

EMEL 1
Sukatan berbeza antara stesen minyak...

Assalamualaikum....
Saya nak tanya la kan....adakah benar khabar yg saya dengar, bahawa sukatan minyak ni berbeza di antara stesen atau ini adalah satu strategi untuk menjatuhkan stesen minyak yg tertentu???

tgk komen kawan2 saya ye...

"mengikut ckp lecturer aku (bekas engineer perodua bahagian QC)..ada seorang supplier yg selalu hantar brg kat perodua..supplier ni selalu calibrate meter sukatan stesen2 minyak ni...dia kata minyak petronas paling tak betul suktan dia..mmg tak menepati suktan yg ditetapkan.. kita ni nk banggakan barangan buatan malaysia...tp macam kena tipu...korang rasa tertipu tak?"

EMEL2
"cuba hangpa cari 5 botol air mineral yg sama bentuk dan saiz.
lepas tu hangpa p tiap-tiap jenama stesen minyak di malaysia,petronas, shell, BHP, mobil dan esso.

tiap tiap jenama minyak hangpa isi rm1. balik di rumah susun ke semua botol tersebut.
hasilnya, botol berisi minyak petronas paling sedikit.paling banyak di esso, yang lain balance.Macam mana boleh jadi begitu?? aku dah buat ujikaji ni 3 kali.hasil tetap sama. Bila aku isi minyak petronas cepat benor habis?berbanding minyak yang lain.
kenapa dan mengapa?? ?? teman pun tak tau nak jawab !!!!!!"

EMEL3
Boikot minyak Petronas.... - Penipu

Wahai warga Malaysia sekelian.... . Hebahkanlah cerita benar ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak Petronas.... .

Sebenarnya semua warga Malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni.. baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78. Tinggi tuuuuu. Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu....

Haaaaaa ini lah yang warga Malaysia tak tahu.... Sebenarnya
kita ni duduk je Malaysia ... tapi minyak yang kita cari gali di Trengganu & Sarawak tu, kita tak penah pakai pun... Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A... Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara... jadi Petronas telah beli pulak minyak gred C...Diulang Gred C..... untuk digunakan di Malaysia dan diletak logo Petronas....

Dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg BUKAN KERETA NASIONAL, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali maklumlah minyak gred C. (Kawan saya yg mahir dlm bab pengendalian enjin kereta mengesahkan minyak Petronas terlalu banyak karbon dan tak elok utk enjin - ini fakta)

Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso@ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B... Inilah yg rakyat Malaysia tak tahu...kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah USD 130.00.. Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara pengeluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan .

Itu lah antara sebab2 nye...
Untuk pengetahuan anda semua... semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62 kepada RM 1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan "isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik"...Semua e-mail tersebut adalah mengarut. Anda semua kena tipu..... Minyak tetap naik jugak kan ..

Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas... sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas...bila makin besar untung... makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat...
Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja...Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati....

Dahsyat betul diaorg menipu rakyat..mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagihkan sama rata kepada rakyat.... Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di Malaysia ... masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap "bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007) "dah la gaji dia rm 6+++...Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus....
Pasal Peraduan Car Craze......

Yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas... apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze...Semua rakyat dapat rasa..ni tidak... dahla jual minyak gred C, pastu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu...aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.

Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk Malaysia... tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak @ Mobil/Esso dan sekarang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan.

Bukan nak menjatuhkan mana-mana pihak..cuma mencari kebenaran..

Testing dari orang lain http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=97989
Logged

Encik Kiro
Full Member
***
Posts: 116


~baba black sheep~


« Reply #1 on: December 07, 2011, 03:59:12 PM »

fuiyooo.. yeke.. xpasan lak aku selama ni..  hohh
biase pergi je mane2 petrol pam.. isik minyak,jalan... minyak abis, topap je lagi..  muahahaha
Logged
9W2HDS
Mega Hero
******
Posts: 2123


WTT 4593....017-3685010


WWW
« Reply #2 on: December 07, 2011, 04:17:26 PM »

mcm nak test la isi RM2....
Logged

Nine Whiskey Two Hotel Delta Sierra(9W2HDS)
Handle Operator:Hotel Alpha Delta India
Base Station:Puchong
Saltmine:IIUM Gombak


73..
Max
Jr. Member
**
Posts: 82



WWW
« Reply #3 on: December 07, 2011, 04:37:11 PM »

petronas untung Rm40b tahun nih kan?
heheh

petronas klau isi mmg kuat bau petrol nyer.. maybe sbb bnyk jd wap kot?

aku isi esso/mobil jer.. sbb ada kad senyum.. collect point, pastu kasi redeem isi minyak.. untung maa..
Logged
SurFer
I'm Neo
Administrator
Mega Hero
*
Posts: 1606



WWW
« Reply #4 on: December 07, 2011, 04:53:02 PM »

Betui atau tak kena test sendiri,

duit bagi kat Petronas dapat balik kat Negara,

pilihan di tangan anda.
Logged
FSRtech
Sr. Member
****
Posts: 419


http://fsrtech.com


WWW
« Reply #5 on: December 07, 2011, 07:10:06 PM »

Semua base oil kat malaysia ni supply dapat drp petronas la. Additive je lain2. Tak kira lah shell ke mobil ke esso ke petronas ke, base oil dia sama je.

Janganlah terlalu senang percaya kepada orang yg buat cerita camni. Diorang mungkin ada agenda sendiri. Cakap tu biarlah berdasarkan fakta.
« Last Edit: December 07, 2011, 07:13:12 PM by FSRtech » Logged

Designer of the FCU piggyback for FZ150i and Vixion
http://myenthusiasts.org/fsrtech
http://www.fsrtech.com/fcu
SurFer
I'm Neo
Administrator
Mega Hero
*
Posts: 1606



WWW
« Reply #6 on: December 07, 2011, 08:37:12 PM »

petronas kat umah aku nak fill memang slow gila,
jadi fakta kat atas perlu di kaji dulu, apa2 info kena
selidik sebab hadis pun ada yg palsu inikan pula
fakta org buat
Logged
FaridFaizal
Mega Hero
******
Posts: 2281


01tigatiga22tiga284 BKK3742


« Reply #7 on: December 07, 2011, 08:58:49 PM »

Petronas supply minyak kepada pengusaha stesen..KALAU pun yg didakwa minyak bercampur wap,itu kerja pengusaha..x guna nak boikot produk sendiri..apa salahnye ko komplen kat pengusaha stesen tersebut..aku sokong ko cuba tonjolkan sesuatu,tp kene betul2 yakin beserta fakta..sebab kalau apa yg ko sebarkan ni adalah salah,ko pun tau apa akibatnye..renung2kan,selamat beramal
Logged
Sniper_4255
Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 1565


"Datang mu tak diundang, jika ragu harap pulang"


WWW
« Reply #8 on: December 08, 2011, 07:42:12 AM »

biasalaa....tak habis2 nak dengki org dpt bonus be-bulan2...
Logged



ich liebe meine FZi.es ist gut,es is schnell, es ist...CCF 4255
Di mana ada jln di situ ada hiway, dimana ada hiway di situ ada tol..
http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php/topic,14847.msg311780.html#msg311780
taknak
Sr. Member
****
Posts: 289



« Reply #9 on: December 08, 2011, 08:00:26 AM »

ceh, Meter minyak itu selalu kena Monitor ngan kementerian lar...

wat masa nie, aku is minyak apa pun KM tu jugalah dia habis... melainkan merembat memang minyak cepat kureng..

Lagi satu tak kisah lah syarikat mana pun, petrol yang disupply tu bukan dtg dari Terenggangum Sabah, sarawak,

kalau lah dikatakan minyak petronas itu gred C, maka minyak Caltex, Shell dll tu bukanlah gred A, malah ianya Gred C juga okay? Kalau gred A harga mahal ler...

part tu ajer dah tau artikel di atas Kantoi dan cuba menyedapkan cerita dengan pembohongan  Tipu .. hehehehe...

(tapi aku mmg tak suka isi petronas kat umah aku nie, sebba pekerja dia kerek dan berlagak)  grind
Logged
deadpirate
Full Member
***
Posts: 129


~Red Vixion~


« Reply #10 on: December 08, 2011, 08:25:32 AM »

adeh....aku penah keje dgn petronas untuk projek Baram dan west natuna....bagi aku,semua petrol adalah sama...aditif dalam petrol tu yang berlainan mengikut teknologi pengeluar minyak masing2......aditif tu la yang membuatkan sesuatu company minyak tu hebat......mengenai pressure di pam plak,banyak faktor yang boleh mempengaruhi...antaranya suhu tinggi dan pam yang rosak......for info...petrol,diesel dan gas diproses tanpa bau....bahan kimia dicampur pada gas untuk bagi bau supaya memudahkan kita nak kesan jika ada kebocoran....

kesimpulannya,semua petrol mempunyai standard yang sama....takde isu pasal petrol yang low class....cuma aditif tu yang buatkan dia hebat
Logged
PELiK
Newbie
*
Posts: 6


Why so serious?


« Reply #11 on: December 08, 2011, 09:12:45 AM »

yup. pengusaha minyak pun jadi faktor gak. tempat aku ade 2 shell dan aku penah keje kat dua2. yg 1 akan check setiap kali minyak baru dtg sebab nak pastikan tank besar tu bebas udara atau air. yg 1 lagi tu haram tak peduli ada apa dalam tank tu sampai penah member aku pam kat kereta org kluar angin je.
Logged
one
Mega Hero
******
Posts: 1102


« Reply #12 on: December 08, 2011, 09:45:09 AM »

Saya masih lg pengguna produk malaya yg tegar...
Terima kasih pada info yg menjurus kepada diskusi ilmiah...


Cubalah isi minyak di petronas genting sempah  Good! Good!
(moto x penah cuba, kereta berbeza nyata berbeza)
Logged

budean69
Hero Member
*****
Posts: 517



« Reply #13 on: December 08, 2011, 10:05:07 AM »

Klu nak check quantiti minyak tu adalah disarankan... tp cerita diatas adalah berdasarkan "Abang ipar" dia... klu aku susah nak caya.. pasal aku kenal plak abg ipar dia.. klu aku kenal abg ipar dia cam aku kenal ABAM SURFER tu ok gak.. leh lah ccaya skit2.. lebih2 xleh.. bahaya.. hehehhehe.... sorry surfer... Larikkkk........
Logged

SAFETY is more important than SPEED..!!!!
takuimi87
Novice Newbie
*
Posts: 31


Learn to ride my live..


WWW
« Reply #14 on: December 09, 2011, 02:53:05 PM »

 grind Tu lah.. aku baca kat forum lain, memang diorang kata ambik dari sumber yang sama, cuma time diorang adjust kat stesen minyak tu yang lain.. Contohnya ada satu badan yang akan adjust sukatan minyak tu keluar dan bagi lesen, baru business boleh jalan.. time adjusting tu lah yang tokey2 ni bagi duit kopi sikit.. haha.. tak tau lah.. bukan aku kata, orang kata. Mungkin dalam kes ni, stesen minyak yang lain tak terkecuali.

Tapi ramai testimoni pengguna2 kata pakai Petronas ni cepat habis.. tak taulah kalau additive yang dicampur dalam Petronas ni menyebabkan minyak cepat habis ke apa..  grind
Logged
FaridFaizal
Mega Hero
******
Posts: 2281


01tigatiga22tiga284 BKK3742


« Reply #15 on: December 09, 2011, 05:39:54 PM »

bila minyak tu bagus..kita drive pon rasa sedap jer...bila dah rasa sedap,tu yg tekan lebih...bila dah tekan lebih,mmg la minyak cepat abes...bila minyak dah abes,kita kene la gi isi...bila dah selalu isi,org pon cakap la minyak PETRONAS cepat abes..bila...bila...bila...sampai bila2 pon x abes...
Logged
taknak
Sr. Member
****
Posts: 289



« Reply #16 on: December 09, 2011, 05:45:57 PM »

sama ajer... aku yang asyik isi full time minyak caltex nie pun kengkadang 350KM dah habis. Kengkadang 420KM baru habis.....  grind

Logged
Gedil FZi
Jr. Member
**
Posts: 71


« Reply #17 on: December 11, 2011, 04:31:57 PM »

Lagi baik kayakan orang melayu daripada kayakan orang yahudi... sekian~.
Logged
arelane
Hero Member
*****
Posts: 782


WSU.7344 اكو أداله اكو


WWW
« Reply #18 on: December 14, 2011, 10:04:12 AM »

bukankan cerita ni dah lama?......
lagi satu... petronas sahaja ke?...
Logged

zul254
Newbie
*
Posts: 10


« Reply #19 on: December 20, 2011, 11:49:51 AM »

yg pasti pakai FZ jimat minyak tak kira minyak ape....shell pernah isi, BHP pernah isi, Petronas pernah isi.....tp xleh nak compare milage sbb speeding pun x tentu...kengkadang santai kengkadang full trtle,...... muahahaha
Logged
Hafiizd
Hero Member
*****
Posts: 531

-0194462564- -Kedah to Penang- -PHU642-


« Reply #20 on: December 20, 2011, 05:55:52 PM »

assalamualaikum, lama tak post kat forum nih..

aku pernah ride dari penang ke johor, pakai shel ngan petronas.. pendapat aku, pakai minyak shel, cepat habis dari petronas...selalu aku isi full tank.

kalau pakai petronas, meter minyak kat tengah2 tu dapat la 240-270km.. tapi kalau pakai shell nak dapat 200km pun susah agaknya walaupun meter minyak dah sampai tengah....
Logged

taknak
Sr. Member
****
Posts: 289



« Reply #21 on: December 20, 2011, 07:36:30 PM »

ianya adalah subjektif, minyak ini.. andalah yang menentukannya...   grind
Logged
SaLLeH
Hero Member
*****
Posts: 587

012 - 9844022


« Reply #22 on: December 21, 2011, 03:43:07 AM »

bg aku..

primax 2 xtra > shell > primax 2 > caltex > bp > esso n mobil..

minyak petronas (primax 2 xtra) terasa pickup n respond kat moto (fz) or kete (saga blm) yg high compession..

cuma dlu primax 2 minyak dia cpt abis ja..so new formula improve primax 2 xtra dia balancekan power milage..

caltex power tp cpt abis..

bp biasa2 ja...

shell kat waja 1.6 ok..save..tp ble pakai primax 2 xtra xok sgt..

esso n mobil..jrg isi aritu isi skali kat saga blm...power kureng milege pn kureng..

ni komen aku sal minyak untuk ron95..hee...
Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!