Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: Perhatian.
Pada forumer yang menggunakan fungsi "ADD IMAGE TO POST"
sila pastikan anda tick "FAMILY safe", jika tidak image yang anda
post akan kluar gamba2 yg related to ADULT Content. Harap Maklum.
 
JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1] 2
  Print  
Author Topic: Doktor kat hospital kerajaan malas? sila renungkan  (Read 1048 times)
amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 825

Genesis Climber Mospeada

« on: April 29, 2009, 03:35:49 PM »

Dipetik dari artikel harakahdaily.net;
(kalau hangpa tak suka harakah...maafla.. tapi biarlah ini info bermanafaat)
harap moderator jangan delete...ianya untuk kita fikir sejenak... betapa Dr kat hospital gomen sebenarnya cukup letih dengan kerja...

Doktor culas: Saravanan dibidas 

Roy Rasul
Wed | Apr 29, 09 | 10:19:06 am MYT 
KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) -Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' M Saravanan tidak perlu terburu-buru untuk melaporkan kes keculasan dua orang doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepada media, kata beberapa pimpinan tertinggi PAS.   
   
    Sebaliknya beliau wajar melaporkan kes tersebut kepada Ketua Pengarah HKL ataupun Menteri Kesihatan bagi menjalankan siasatan.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Masyarakat PAS, Dr Lo' Lo'Ghazali berkata, Saravanan tidak harus menuduh doktor-doktor tersebut tidak membuat kerja.

Katanya, walaupun beliau tidak tahu situasi sebenarnya, Saravanan jangan terus membuat konklusi dengan mendedahkan kepada media.

"Saya setuju dengan kenyataan Cuepacs yang menyatakan menteri tersebut perlu berhati-hati dan tidak menghebohkan kepada media.

"Kita kena ingat doktor pun ada waktu rehat juga dan kerja dalam syif dan sebagainya. Jadi jangan terus mengatakan doktor tidak buat kerja," katanya ketika diminta memberikan pandangan oleh Harakahdaily semalam.

Beliau yang pernah bertugas di HKL berkata, doktor merupakan golongan pekerja atau pegawai kerajaan yang dilihat sangat dedikasi dan bertungkus lumus dalam menjalankan tugas.

Terutama katanya, mereka yang bertugas di hospital kerajaan kerana paling sedikit pun pesakit yang dirawat dalam satu hari di antara 100 hingga 200 orang.

"Doktor juga manusia biasa yang memerlukan masa untuk berehat. Mungkin ada tekanan dan waktu itu mereka berehat sekejap," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Tambahan pula katanya, HKL sememangnya sentiasa sibuk dengan pesakit kerana ia hospital utama yang menjadi rujukan di negara ini.

Katanya, perkara tersebut perlu diberi peluang kepada Pengarah HKL untuk membuat siasatan sebelum membuat sebarang kenyataan.

"Jangan sampai melukakan hati doktor kerana mereka bertungkus-lumus memberi khidmat kepada orang ramai.

"Memang saya tidak nafikan dalam masa yang sama mereka perlu tingkatkan kualiti perkhidmatan tetapi bebanan tugas di hospital kerajaan amat tinggi sedangkan imbuhan yang mereka perolehi jauh berbeza dengan hospital swasta," katanya.

"Saya dapat memahami bebanan memang berganda apatah lagi dalam suasana ekonomi meleset ramai pesakit pergi ke hospital kerajaan," ujarnya.

Beliau berkata, cara Saravanan itu sekaligus memberi persepsi yang sangat buruk kepada para doktor.

Baru-baru ini Saravanan berkata, beliau "mengesan" seorang doktor sedang membaca akhbar dan seorang lagi membuat kerja sendiri ketika ramai pesakit menunggu di luar Unit Kecemasan HKL.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Kesatuan Cuepacs, Ahmad Shah Md Zin kesal terhadap cara Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan tersebut menangani kes dua doktor HKL tersebut.

Cuepacs berkata, Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, dan tidak menghebohkannya di akhbar.

Bagi Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman berkata sebelum membuat kenyataan kepada media, Saravanan hendaklah siasat dahulu apa perkara sebenarnya yang berlaku.

Tambahnya, jangan hanya kerana hendak mencari populariti, menteri berkenaan terus membuat kenyataan doktor tidak berkerja.

Walhal katanya, mungkin semasa beliau membuat tinjauan itu doktor berkenaan sedang membaca akhbar sebentar sambil menunggu pesakit masuk.

Malah katanya, dakwaan yang mengatakan pesakit ramai di luar kadang-kadang bukannya semua pesakit tetapi kaum keluarga yang menemani mereka.

Oleh itu katanya, sewajarnya kes disiasat dan disahkan dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media.

"Kerana itu sesuatu yang berlaku beliau perlu kemukakan kepada pihak atasan hospital untuk memberi keadilan doktor," katanya yang juga seorang pengamal perubatan.

Sementara itu Bendahari Agung PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, kenyataan Saravanan itu tidak adil.

Dakwanya, tidak dinafikan sememangnya ada kakitangan awam yang lalai semasa bekerja contohnya pergi Minum dan sebagainya.

Bagaimanapun katanya, apabila didapati melanggar peraturan atau tidak berdisplin, langkah yang sebaiknya membuat laporan kepada majikan dan kementeriannya.

"Baru kita dapat berlaku adil kepada pegawai berkenaan. Begitu juga dengan doktor kalau mereka lalai dan tidak memberi tumpuan lapor terus kepada majikannya," katanya yang dihubungi Harakahdaily semalam.

Menurutnya, apabila mendedahkan kes tersebut kepada media tanpa membuat siasatan menyeluruh ia satu tindakan yang tidak adil kepada pegawai yang bertugas.

Beliau yang bersetuju dengan pandangan Cuepacs itu berkata, hanya kerana dua kes begitu menyebabkan kakitangan awam dipandang negatif oleh semua orang. - azm/mks. _

aku menggelegak darah aku bila isu menteri WP buat isu kata doktor kat GHKL malas...
sejak mula aku kerja jadi doktor...1st day aku kerja aku pernah kata kat diri aku,"my life is ruinned because of my profession."

aku rasa ada betulnya MB Saravanan tu nak cari populariti aje...

aku lega ada jugak yang perihatin dgn situasi ini...yang menyedihkan masa hari keesokan kejadian HOtFM dah buat perbincangan bOdo dia masa pagi...mengutuk Dr... aku rasa kalau Lawyer hangpa kutuk tak? coz takut kena saman malu kan?

aku cuma harap ada rakyat malaysia ni menghormati Dr... kami kerja ni ikhlas sesangat...
Logged

http://ardini169.fotopages.com
friendster : amin13
facebook : amin rahman

-Deo Non Fortuna-

+60195294395
epaint
Sr. Member
****
Posts: 400

I own mah bike thru ma hard work,so dowt touch it

« Reply #1 on: April 29, 2009, 03:46:15 PM »

bttul tu...

Tanyer dier , masa dier lahir sape sambut dia.
Logged

ごっちゃんです!!
Proud member OF
 ASP (Anti-SPAM Patrol)
Kembara_suria
Hero Member
*****
Posts: 727

CCF6050

« Reply #2 on: April 29, 2009, 03:49:16 PM »

ama apa la
Logged

Ayip....
017-3664885
kuantan....
Fz Rider (faiz)
Mega Hero
******
Posts: 1415

013-4195602 / 017-6268547

« Reply #3 on: April 29, 2009, 05:23:54 PM »

Betul...
akupun tak puas hati bila rata2 ulasan rancangan seperti MHI dan Hot FM tu ibarat menyalahkan semua DR gomen. DR macam takda peluang nak bela diri.
tak adil menilai berdasarkan apa yang dilihat je. adili la dari kedua2 belah pihak. takkan la DR tu malas. Orang malas takkan jadi DR punya. ingat senang ke nak jadi DR.
Org malas tu orang yang suka bercakap dan mencari kesalahan orang lain.
cit...paneh aku.
patut la ramai DR tak mau kerja kat sini..
Logged

nik2121
Guest
« Reply #4 on: April 29, 2009, 05:41:54 PM »

doktor gomen la yg operate aku 2 kali selama ni...
nurse plak comey2, especially yg praktikal  ;D
Logged
Zaraki
Global Moderator
Hero Member
*****
Posts: 754

Long Live Riders.......

« Reply #5 on: April 29, 2009, 05:43:43 PM »

adatla, kebanyakkan pekerja gomen mmg slalu kena bidas, dulu cikgu kena, then misi, nie doktor lak, agak2 pasnie ape lak ek
Logged

Don't wait for people to be kind, show them how

014-5070056
one
Mega Hero
******
Posts: 1102

« Reply #6 on: April 29, 2009, 06:10:34 PM »

Dah nama dah keje gomen.. omputeh cakap public servent.. (hamba rakyat)  :o :o
nak komen swasta punya mana boleh.. nanti x pasal2 kena saman kalau tanpa bukti yg sah..  ;D ;D
Logged

Fz Rider (faiz)
Mega Hero
******
Posts: 1415

013-4195602 / 017-6268547

« Reply #7 on: April 29, 2009, 06:24:15 PM »

Dah nama dah keje gomen.. omputeh cakap public servent.. (hamba rakyat)  :o :o
nak komen swasta punya mana boleh.. nanti x pasal2 kena saman kalau tanpa bukti yg sah..  ;D ;D

org puteh memang suka provokasi..depa cakap je hamba rakyat, tapi hamba yang dibayar beriban2. biar nampak tak best, tapi pe yang depa dapat kita tak tau.

tapi pekerja gomen kite....no komen.

ps: tak leh ler prejudis..3 orang je yang malas, yang kena sume DR gomen. bila masuk media, terus jadi sume pekerja gomen. hempes je...

bila menteri rasuah, takdapun isu sume menteri rasuah.
Logged
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165

« Reply #8 on: April 29, 2009, 06:41:06 PM »

two tumbs up for DOctor..kerja yang mulia tu selain Guru...
Logged

amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 825

Genesis Climber Mospeada

« Reply #9 on: April 29, 2009, 08:22:12 PM »

aku harap MB yang buat provokasi tu nanti kena 'tulah' la... nanti dia sakit, cari la bomoh dulu...

ni pun study balik...nak majukan lag diri...

walaupun Dr...tapi kami pun mendidik jugak... didik Dr muda...jangan silap bagi ubat... didik nurse (tanpa pilih kasih mana yang lawa  ;D ;D ;D) macam mana nak jaga pesakit... didik pesakit nak cara nak makan ubat atau cara sedut inhaler... kebaikan inilah depa tak pernah nampak... yang nampak Dr gomen... malas...

kawan aku yang pernah kerja kat GHKL kata...nama je jadi Dr...tapi sebenarnya kuli batak hospital... pergi lari ambil keputusan makmal/darah nak transfuse (yang urgent)...set line macam macam kerja depa buat..kat aloq setaq lagi la...Dr pelatih datang kerja se-AWAL 5.00am...balik umah 8.00pm... tak nampak cahaya matahari woooo...
Logged
Fz Rider (faiz)
Mega Hero
******
Posts: 1415

013-4195602 / 017-6268547

« Reply #10 on: April 30, 2009, 05:05:32 AM »

two tumbs up for DOctor..kerja yang mulia tu selain Guru...

er..ni termasuk bakal guru ke??  ;D  ;D

kalau dah nama kerja gomen memang gitu..termasuk la guru.
nampak je cuti banyak. tapi kerja macam nak mati..
dari tugas kerani, sampai la tugas mak bapak.
sume kena buat.

harap DR2 bersabo le ngan keadaan ni...yang ikhlas teruskan dengan keikhlasan..
yang malas harap majukan diri..

Logged
satia @ satria
Mega Hero
******
Posts: 1200

MENYELAMATKAN ANDA DGN SEGERA, HAIT!! 016-7007480

« Reply #11 on: April 30, 2009, 07:35:54 AM »

KENAPA AMBULAN KERAJAAN TAK MAHU AMBIL PESAKIT KLINIK SWASTA?

Baru-baru ni ada satu kes kat tempat aku.
kesnya begini.

Ada seorang pesakit hemo, dia sakit kat hospital,
tapi dia keluar sebab nak buat rawatan hemo kat tempat dia buat selalu.
BP ok, tapi nak tarik air tak boleh.

Jadi pihak hemo telah call Ambulan untuk ambil pesakit tersebut.
Bila call, pemandu tersebut suruh call dai punya penyelia.
Bila call penyelia, penyelia suruh call pengarah.
Pesakit dah tenat ni.
Bila call pengarah, respon yg sama juga diberikan.
Mereka suruh hantar sendiri.

Pihak hemo ambil inisiatif untuk mintak tolong DR plak.
Doktor (respon baik) dia suruh try klinik kerajaan yg berhampiran untuk
mintak ambulan, kalau masih x boleh juga. dia akan usahakan.
(Dr sini kita paham Dr mcmmane dia tu - Dr ni memang baik)

Bila call klinik berhampiran plak, mungkin dia tahu itu telepon dari pihak hemo (munkin sahaja) dah call berkali2 x angkat. try call pakai No. lain, angkat plak.

Berapa banyak birokrasi daaaaa.

Tapi pesakit memang dah sampai ajal nya hari tu.

cerita ni bukan untuk dibahas, tapi mungkin xsemua tempat mcm ni,
jadi tak semua org berperangai buruk mcm diaorg ni.
kadang2 sedih juga bila dilayan mcm ni.

bila keadaan pesakit tenat, kena ada rawatan segera. Dlm ambulan tu ada MA, sekurang2nya dia dapat membantu. Tapi ambulan pun x nak ambil mcm mane?
Mungkin x kena batang hidung sendiri kot.

entahlah.

Tapi kita x boleh dengar dari sebelah pihak aje kan. muka ada senyuuummm muka ada senyuuummm
« Last Edit: April 30, 2009, 07:39:26 AM by SATRIA » Logged

ASSALAMUALAIKUM
amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 825

Genesis Climber Mospeada

« Reply #12 on: April 30, 2009, 11:50:09 AM »

hmmm...yang ni aku tak tahu...coz ni melibatkan kes orang yang ada kat kecemasan... pernah jadi kes ambulan nak bawa orang tu tak de oksigen la... minyak habis la etc...

aku pernah accident dalam ambulan tau!!! ambulan jatuh masa nak elak 3 mat rempit datang dari arah depan... nasib tak tergolek baby yang kita bawak gi hospital.... nasib Allah sayangkan aku lagi...cuma lebam kat paha saja...
Logged
satia @ satria
Mega Hero
******
Posts: 1200

MENYELAMATKAN ANDA DGN SEGERA, HAIT!! 016-7007480

« Reply #13 on: April 30, 2009, 11:56:08 AM »

hmmm...yang ni aku tak tahu...coz ni melibatkan kes orang yang ada kat kecemasan... pernah jadi kes ambulan nak bawa orang tu tak de oksigen la... minyak habis la etc...

aku pernah accident dalam ambulan tau!!! ambulan jatuh masa nak elak 3 mat rempit datang dari arah depan... nasib tak tergolek baby yang kita bawak gi hospital.... nasib Allah sayangkan aku lagi...cuma lebam kat paha saja...

kdg2 kita sebagai org kerajaan kena ingat
khidmat kita utk rakyat
bukan kerana perbezaan gov ke priv
pikir la pasal kemanusiaan
Logged
Metz™
Sr. Member
****
Posts: 358

Pengawas SB

« Reply #14 on: April 30, 2009, 12:09:24 PM »

adatla, kebanyakkan pekerja gomen mmg slalu kena bidas, dulu cikgu kena, then misi, nie doktor lak, agak2 pasnie ape lak ek
..satria  ;D
Logged
satia @ satria
Mega Hero
******
Posts: 1200

MENYELAMATKAN ANDA DGN SEGERA, HAIT!! 016-7007480

« Reply #15 on: April 30, 2009, 12:13:29 PM »

adatla, kebanyakkan pekerja gomen mmg slalu kena bidas, dulu cikgu kena, then misi, nie doktor lak, agak2 pasnie ape lak ek
..satria  ;D

 ;D ;D ;D ;D sempat lagi tu :P

aku kalau ade yg boleh disandarkan
memang nak sgt berenti kerajaan

nak serve org ramai.................besar sgt tggjwb tu
aku x mcm amarsa (aku x ble lawan semangat dia) ;D ;D ;D
Logged
amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 825

Genesis Climber Mospeada

« Reply #16 on: April 30, 2009, 12:18:34 PM »

hmmm...yang ni aku tak tahu...coz ni melibatkan kes orang yang ada kat kecemasan... pernah jadi kes ambulan nak bawa orang tu tak de oksigen la... minyak habis la etc...

aku pernah accident dalam ambulan tau!!! ambulan jatuh masa nak elak 3 mat rempit datang dari arah depan... nasib tak tergolek baby yang kita bawak gi hospital.... nasib Allah sayangkan aku&baby tu lagi...cuma lebam kat paha saja...
kdg2 kita sebagai org kerajaan kena ingat
khidmat kita utk rakyat
bukan kerana perbezaan gov ke priv
pikir la pasal kemanusiaan

memang... itu memang kami beringat... maksud aku, kes macam ni kes administration kat kecemasan...sapa drebar nak gi amibil orang tenat bukan budang kuasa aku... ini merujuk kat Dr/Admin MA kat kecemasan...depa set sistem kat sana...macam aku Dr bedah...tunggu pesakit datang...slice & dice la...

kes macam satria cerita memang aku cakap awal tadi memang pernah terjadi... kadang tengok dari segi ni lain pulak...nak salahkan sistem ambulan k'jaan pun takleh jugak... bila private health sector macam hemo /private hospital ke depa ada ambulan service depa sendiri...patut depa ni call private ambulance service depa ni dulu... sebab ni terjadi kat tempat private health sector...kalau kat umah sendiri takpe...ambulan hospital gomen akan datang....so service ni yang akan hantar pesakit ke hospital kerajaan...bukannya ambulan kerajaan ambil pesakit private hospital/health service ni ke gov't hospital... macam tu senangla...(contoh)buat operation private hospital...siap buat op...mintak ambulan jemput sambung ubat kat hospital k'jaan...(aku bukan nak backing gomen...ada silap kat gomen pun aku tak setuju jugak...)

harap maklum...
Logged
satia @ satria
Mega Hero
******
Posts: 1200

MENYELAMATKAN ANDA DGN SEGERA, HAIT!! 016-7007480

« Reply #17 on: April 30, 2009, 12:33:16 PM »

memang... itu memang kami beringat... maksud aku, kes macam ni kes administration kat kecemasan...sapa drebar nak gi amibil orang tenat bukan budang kuasa aku... ini merujuk kat Dr/Admin MA kat kecemasan...depa set sistem kat sana...macam aku Dr bedah...tunggu pesakit datang...slice & dice la...

kes macam satria cerita memang aku cakap awal tadi memang pernah terjadi... kadang tengok dari segi ni lain pulak...nak salahkan sistem ambulan k'jaan pun takleh jugak... bila private health sector macam hemo /private hospital ke depa ada ambulan service depa sendiri...patut depa ni call private ambulance service depa ni dulu... sebab ni terjadi kat tempat private health sector...kalau kat umah sendiri takpe...ambulan hospital gomen akan datang....so service ni yang akan hantar pesakit ke hospital kerajaan...bukannya ambulan kerajaan ambil pesakit private hospital/health service ni ke gov't hospital... macam tu senangla...(contoh)buat operation private hospital...siap buat op...mintak ambulan jemput sambung ubat kat hospital k'jaan...(aku bukan nak backing gomen...ada silap kat gomen pun aku tak setuju jugak...)

harap maklum...

yup tu betul juga
untuk buat ambulance bwh swasta pun kena mohon dgn gov.
(jd swasta kena la sedia juga- sebab penting)

untuk servis hemo hospt gov tu tak mampu sbb dh full,
bila guna servis swasta hospt tu birokrasi plak
(sebab x hemo kat gov - padahal kesnya lain).

tapi dari segi lain, kdg2 munculnya swasta membantu juga dari segi perubatan
(tapi untuk swasta lepas tgn ke kerajaan mmg tak patut la)

aku pun tak menangkan sesiapa
sebab swasta dgn gov ni saling berkaitan ;D ;D
Logged
^Frenchy^
Administrator
Ultra Hero
*
Posts: 5523

019 - 572 4848

WWW
« Reply #18 on: April 30, 2009, 03:08:03 PM »

sapa belasah Dr. aku akan belasah dia balik... nasib baik kat sini tak bleh nak huraikan pasai nanti aku sendri yg kena edit balik! Dr. la yg banyak bantu aku bila aku dlm kesusahan... maklum la aku ni setiap tahun ada jer nak kena pi hospital dulu terutama xsiden la.  ;D
Logged

Straight line speed is overrated. The corners is where the fun is. Anybody can ride the straight line.

amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 825

Genesis Climber Mospeada

« Reply #19 on: April 30, 2009, 06:10:56 PM »

sapa belasah Dr. aku akan belasah dia balik... nasib baik kat sini tak bleh nak huraikan pasai nanti aku sendri yg kena edit balik! Dr. la yg banyak bantu aku bila aku dlm kesusahan... maklum la aku ni setiap tahun ada jer nak kena pi hospital dulu terutama xsiden la.  ;D

thanks ada orang yang memahami tugas beratku ini...

kadang terfikir... masa ghayer... mesti rtm/tv3 etc akan buat liputan terhadap askar yang duty kat sempadan / kem... tak ke depa terfikir, yang 'unsung heroes' yang sebenarnya dimasa keadaan aman ni adalah Dr & healthcare workers (nurse/MA/attendan hospital)? depa ni la yang kena onkol/dutiy masa raya, masa tu lah accident berlambak nak kena operate... bukan nak nafikan kepentingan askar... tapi itulah hakikatnya...

my sekupang...
(doakanlah aku ni lulus exam 1st part...)
Logged
^Frenchy^
Administrator
Ultra Hero
*
Posts: 5523

019 - 572 4848

WWW
« Reply #20 on: April 30, 2009, 07:42:58 PM »

selamat hari raya Dr....

muahahhhahha... aku spam!
Logged
Zaraki
Global Moderator
Hero Member
*****
Posts: 754

Long Live Riders.......

« Reply #21 on: April 30, 2009, 08:08:26 PM »

selamat hari raya Dr....

muahahhhahha... aku spam!

oi2 admin org gov ngan emo nie, leh lak ko spam, nk kena jentik nie huns..huns..huns..ako gov gak nie, sapela ngomen byk nie, bukan tau nk berterima kasih atas jasa2 yang dah d beri, nie komplain n ngomen jer byk goram den
Logged
amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 825

Genesis Climber Mospeada

« Reply #22 on: May 01, 2009, 08:47:55 AM »

petikan akhbar Utusan Malaysia 27/04/2009 5:18pm
Saravanan publisitikan doktor culas, dikesali !!!
KUALA LUMPUR 27 April — CUEPACS hari ini menyatakan rasa “kesal mendalam” terhadap cara Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan menangani kes dua orang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang didapati “culas" bertugas.
Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, daripada hanya menghebohkannya di akhbar, kata setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Md. Zin.
“Memang sebagai seorang ahli politik, beliau meraih beberapa poin, tapi siapa yang teraniaya?” tanya Ahmad Shah.
Beliau mengulas kejadian semalam di unit kecemasan hospital itu, di mana Saravanan “mengesan” seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi membuat kerja sendiri ketika ramai pesakit menunggu di luar.
Beliau berkata, walaupun CUEPACS tidak akan membiarkan kakitangan awam yang tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi dalam kes ini, adalah amat tidak adil bagi Saravanan menghebohkan kejadian itu yang mungkin merupakan hanya satu kes terpencil.
Ahmad Shah berkata, sebagai tanda beradab, Saravanan boleh membawa perkara itu kepada Pengarah hospital dan Menteri Kesihatan daripada menghebohkannya kepada media dan seluruh dunia. - Bernama
Logged
amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 825

Genesis Climber Mospeada

« Reply #23 on: May 01, 2009, 08:51:25 AM »

Kerja2 bodoh seorang timbalan menteri

Aduan doktor 'curi tulang' tidak benar
PUTRAJAYA - Siasatan terhadap dakwaan kononnya pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'curi tulang' mendapati dakwaan itu tidak benar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Beliau berkata, doktor yang dikatakan 'membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi' di wad kecemasan itu sebenarnya merupakan Pegawai Perubatan Siswazah dan baru selesai memeriksa pesakit terakhir.
"Semasa menunggu kad rawatan pesakit seterusnya yang belum dihantar ke biliknya, doktor itu sekadar menyelak akhbar yang ditinggalkan seorang pesakit atas sebuah troli dan hanya mengimbas tajuk utama akhbar," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, dakwaan kononnya ada 20 pesakit yang sedang menunggu di Zon Kritikal juga tidak benar kerana siasatan mendapati hanya lapan pesakit yang sedang menunggu, selebihnya adalah waris kepada pesakit.
"Tiga pesakit sedang menunggu untuk dirawat dan lima lagi pesakit asma sedang mendapatkan rawatan," kata Tiong Lai. - Bernama

-bagi aku... kita buat terbalik pulak... apa kata Menteri kesihatan pulak serbu pejabat / kementerian dia waktu 10am..tengok ada tak staff dia baca suratkhabar...berlambak punya la...barua takdak otak punya MB
Logged
dun_bdkbasket
Sr. Member
****
Posts: 414

i love my machine...huhu

« Reply #24 on: May 01, 2009, 12:22:31 PM »

hahaha..padan muka saravanan..right on your face...kite tgk pasni cemane die nak cover balik tuduhan die tuh..terima kasih bernama..wakakaka..
Logged

...~we're not remp-it-ers...but we're bikers~...
...~no preng-preng...just vromm-vromm~...
Pages: [1] 2
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!