petikan akhbar Utusan Malaysia 27/04/2009 5:18pm
Saravanan publisitikan doktor culas, dikesali !!!
KUALA LUMPUR 27 April — CUEPACS hari ini menyatakan rasa “kesal mendalam” terhadap cara Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan menangani kes dua orang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang didapati “culas" bertugas.
Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, daripada hanya menghebohkannya di akhbar, kata setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Md. Zin.
“Memang sebagai seorang ahli politik, beliau meraih beberapa poin, tapi siapa yang teraniaya?” tanya Ahmad Shah.
Beliau mengulas kejadian semalam di unit kecemasan hospital itu, di mana Saravanan “mengesan” seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi membuat kerja sendiri ketika ramai pesakit menunggu di luar.
Beliau berkata, walaupun CUEPACS tidak akan membiarkan kakitangan awam yang tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi dalam kes ini, adalah amat tidak adil bagi Saravanan menghebohkan kejadian itu yang mungkin merupakan hanya satu kes terpencil.
Ahmad Shah berkata, sebagai tanda beradab, Saravanan boleh membawa perkara itu kepada Pengarah hospital dan Menteri Kesihatan daripada menghebohkannya kepada media dan seluruh dunia. - Bernama
Kerja2 bodoh seorang timbalan menteri
Aduan doktor 'curi tulang' tidak benar
PUTRAJAYA - Siasatan terhadap dakwaan kononnya pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'curi tulang' mendapati dakwaan itu tidak benar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Beliau berkata, doktor yang dikatakan 'membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi' di wad kecemasan itu sebenarnya merupakan Pegawai Perubatan Siswazah dan baru selesai memeriksa pesakit terakhir.
"Semasa menunggu kad rawatan pesakit seterusnya yang belum dihantar ke biliknya, doktor itu sekadar menyelak akhbar yang ditinggalkan seorang pesakit atas sebuah troli dan hanya mengimbas tajuk utama akhbar," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, dakwaan kononnya ada 20 pesakit yang sedang menunggu di Zon Kritikal juga tidak benar kerana siasatan mendapati hanya lapan pesakit yang sedang menunggu, selebihnya adalah waris kepada pesakit.
"Tiga pesakit sedang menunggu untuk dirawat dan lima lagi pesakit asma sedang mendapatkan rawatan," kata Tiong Lai. - Bernama
-bagi aku... kita buat terbalik pulak... apa kata Menteri kesihatan pulak serbu pejabat / kementerian dia waktu 10am..tengok ada tak staff dia baca suratkhabar...berlambak punya la...barua takdak otak punya MB
tak tahu situasi sebenar kena la selidik dulu :P