Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Bahaya makan ikan keli  (Read 2078 times)
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« on: May 31, 2009, 05:46:07 PM »

4 October 2007

Sekadar menyampaikan pesanan, sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Begini kisahnya:

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, sembilang dan sebagainya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insya-Allah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia juga memang tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima, dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk disapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Ogos saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk Minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas Minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui kedudukan perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat di rumah isteri arwah guru saya pada 24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang tempoh menunggu mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan untuk berbincang tentang projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat ke atas keli ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.

Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yang dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi..

Saya tak jadi ternak keli…. kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam makan lagi, tak tahu apa nak makan… beli ikan pula ada unsur pengawet mayat..

Tapi ada hujah dari sahabat yang mengatakan umat islam makan vavi haram, tapi ikan/ayam makan vavi tak de pulak hukum… kira halal lah. Tapi bila ada DNA vavi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2…

Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC haram… isk tak reti lah…

Oleh itu, elakkanlah makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam.

Begitulah ceritanya. Panjang jer bebelannya.. Kalau rasa betul, lepas ni takyahlah makan keli ngan ayam. Kalau rasa mengarut, makan jer lah dua-dua. Tapi kalau tak pasti, lebih baik tinggal. Abis tu nak makan apa??? Tepuk dada tanya iman…

Wallhu a’lam.
Logged

gruvsoul
Sr. Member
****
Posts: 319


SCEA, CCNE(sec), ITM3 :P :P 0139953729 (QAN1935)


WWW
« Reply #1 on: April 21, 2010, 02:38:28 PM »

Maybe pantang ikan kut..
aku klu mkn kerapu, kulit aku akan de tompok2 merah mcm kerapu gak..
yang kene aku, sibling aku, and mak aku..
bapak aku xkne..
even xmakan pun, juz Minum kuah lauk kerapu, or masak gune bekas yang dh gune utk masak kerapu (yg belum basuh), pn kne gak..

cara nak ubat:
1) gune ekor kerapu yang dh dibakar sampai jd macam arang, hancurkan then sapu kt tempat yang kne..
2) de satu tumbuhan ni, mcm rumput menjalar, de bijik2 kt daun die, rebus,minum n mandi.

selain tu, aku pun pantang gak makan ikan bekalang(yg ni nama s'wak die). Klu makan ikan ni, efek die xsama, kulit jd putih2 n mengelupas mcm bersisik. gatal hingga ke hujung rambut. ishhh, azab.

sbb tu mak aku cautious sket bab ikan. N klu aku nak makan ikan kat kedai, aku confirm kn dlu ikan pe tu..
Logged

class ::KameiLover extends ::Thread{
KameiLover(arg...){ while(true) new KameiLover().start(); }
protected void run(){ while(true) print "I LOVE KAMEI ERI!!"; }
}

// that's how is it, infinite burst of my love to eri muka ada senyuuummm


Galol Rabbani
Mega Hero
******
Posts: 1556


Kecantikan adalah hak milik setiap insan..


« Reply #2 on: April 21, 2010, 05:04:47 PM »

Nie kira kena sumpahan ker?? aku suka makan ikan jaket.. sib baik takdak apa2..
Logged

Tanya sama hati,Pernahkah merindu,Ingat masa lena apa mimpimu,Masa berjauhan,Apa nan dikenang,Bila difahamkan itulah sayang
gruvsoul
Sr. Member
****
Posts: 319


SCEA, CCNE(sec), ITM3 :P :P 0139953729 (QAN1935)


WWW
« Reply #3 on: May 26, 2010, 11:14:22 AM »

Quote
Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC haram… isk tak reti lah…

Kalau yang ni, kat malaysia, maybe aku xberapa setuju la..

Last time, aku dgr dari member aku yg attend seminar pembangunan wakaf. Time tu, pemilik franchise KFC kat malaysia, JCorp de attend, baitulamal singapore pn de attend. Believe it or not diorg ada buat pelaburan wakaf melalui KFC. In term of revenue, it's an excellent idea.

Ini memang hal berbangkit la time tu. KFC malaysia ni actually milik org islam, Tan Sri Ali Hashim yang mengetuai JCorp, antara syarikat yang turut aktif membantu dalam pembangunan harta wakaf.

Dia cakap lebih kurang macam ni la,

"memang terpaksa bayar duit sbb diorg franchise..nak xnak kene bayar, kalau x, xdapat la pakai KFC kt malaysia. Tp bayangkan kalau Yum!(company blakang KFC) ni milik org islam..memang mustahil nak ambil Yum! 100% dalam masa singkat...tp sikit2...sbb tu JCorp dh mula dari skarang.."

lebih kurang mcm tu la, aku x dgr fisrt-hand, tp yg aku tau, camtu la reason sbenar..

Bayangkan, kalau KFC ni dah jadi milik islam 100%, more than that, milik org malaysia...? There's a lot of thing can be done for islam then.

Aku semalam gi kat food court milik baitulmal kat bako sarawak. antara projek2 pembangunan harta wakaf oleh Tabung Baitulmal Sarawak slain dari kompleks islam, klinik an-nur, etc, etc.. utk org islam. Time kat situ, aku pn gi makan jap kat KFC situ...KFC yg de Drive Thru..tanah tu, tanah wakaf dari pehin sri.

dgr2, pehin turut wakafkan rm200mil kat baitulmal sarawak...?
kat sarawak, mana2 pekerja islam (swasta atau kerajaan) akan dikenakan potongan wajib baitulmal (bukan zakat) sebanyak rm2 setiap bulan.

Sbb tu banyak benefit yang org islam sarawak bleh dapat mcm bantuan melanjutkan pelajaran, insentif pendidikan, etc, etc..

Macam aku dh klua topik ni..
Hehehe, xpe, bleh la jadi santapan umum.. ;D
Logged
PIEDOIH
Hero Member
*****
Posts: 973


suzuki best tahap maksima!!!!!!


« Reply #4 on: May 26, 2010, 11:46:40 AM »

aku tak makan ikan keli...dari kecik lagi..
Logged

mεгoofuмi
EventMod
Mega Hero
*****
Posts: 1201


Mode: saya suka coki coki | ノリック・アベ


WWW
« Reply #5 on: May 26, 2010, 02:31:49 PM »

keli salai masak lomak cili api. perghhhhhhhhhhh.......
Logged



ko laju˛ pon kat traffic light kene berenti gak...

機甲創世記モスピーダ
kreiu
Mega Hero
******
Posts: 1112


0178934143 (syed)


« Reply #6 on: May 26, 2010, 02:51:48 PM »

tapi terpikir  persoalan yang ditimbulkan :-
manusia mkn babi haram.
kalau binatang yang makan babi..
atau binatang yang ader gen babi.. mcm mana?

Logged

Borch
Sr. Member
****
Posts: 374



« Reply #7 on: May 26, 2010, 08:18:29 PM »

4 October 2007

Sekadar menyampaikan pesanan, sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Begini kisahnya:

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, sembilang dan sebagainya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insya-Allah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia juga memang tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima, dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk disapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Ogos saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk Minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas Minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui kedudukan perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat di rumah isteri arwah guru saya pada 24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang tempoh menunggu mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan untuk berbincang tentang projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat ke atas keli ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.

Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yang dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi..

Saya tak jadi ternak keli…. kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam makan lagi, tak tahu apa nak makan… beli ikan pula ada unsur pengawet mayat..

Tapi ada hujah dari sahabat yang mengatakan umat islam makan vavi haram, tapi ikan/ayam makan vavi tak de pulak hukum… kira halal lah. Tapi bila ada DNA vavi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2…

Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC haram… isk tak reti lah…

Oleh itu, elakkanlah makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam.

Begitulah ceritanya. Panjang jer bebelannya.. Kalau rasa betul, lepas ni takyahlah makan keli ngan ayam. Kalau rasa mengarut, makan jer lah dua-dua. Tapi kalau tak pasti, lebih baik tinggal. Abis tu nak makan apa??? Tepuk dada tanya iman…

Wallhu a’lam.


bro Xse7en,sy skrg study kat UTM jln semarak tu....bile bace nie,seram plak nak makan ikan keli kat situ...rase nyer kedai tu nama MAN,tapi kitaorg bg gelaran MANBO...hahahahaha...skunk nie tukang masak kat situ Indon..tambah ngan tokey kedai tu pun keturunan Indon....Sejak kebelakangan nie tahap kebersihan agak kurang la..pasal ikan tu,tiap2 hari jual...tapi sejak sy study kat situ,sy x pernah makan ikan,,,segala jenis ikan la..sy just makan ayam jerk..same jerk harga...nasi sepinggan + ayam/ikan harganye tetap rm2...sbb tu ramai budak beli kat situ sbb murah..nak ask skit,anak Xse7en ambik course ape??mesti dah habis study kan??
Logged

AgI iDuP,aGi MeRoKeT.....wahahahahahaha

http://www.onlyinmalaysiamah.com/?ref=farone
hery
Mega Hero
******
Posts: 1330

019-6189163 @ 017-6724548


« Reply #8 on: May 26, 2010, 09:53:27 PM »


bro Xse7en,sy skrg study kat UTM jln semarak tu....bile bace nie,seram plak nak makan ikan keli kat situ...rase nyer kedai tu nama MAN,tapi kitaorg bg gelaran MANBO...hahahahaha...skunk nie tukang masak kat situ Indon..tambah ngan tokey kedai tu pun keturunan Indon....Sejak kebelakangan nie tahap kebersihan agak kurang la..pasal ikan tu,tiap2 hari jual...tapi sejak sy study kat situ,sy x pernah makan ikan,,,segala jenis ikan la..sy just makan ayam jerk..same jerk harga...nasi sepinggan + ayam/ikan harganye tetap rm2...sbb tu ramai budak beli kat situ sbb murah..nak ask skit,anak Xse7en ambik course ape??mesti dah habis study kan??

ini ayat len mcm je..haha...  :P :P :P
sy pun mkn keli jrg2 dah..terutama yg beli kat psr2 tu...nmpak gemuk je..nth pe yg dbgi mkn ikan tu..hehe... ayam mmg aku bedal je...haha...  :P :P :P
Logged

lIl perkara hari ini....kenangan masa hadapan lIl
Abg Mie
Mega Hero
******
Posts: 3204

Azmi - 016 6883694 / Sg Buloh - Kuang


« Reply #9 on: May 26, 2010, 10:34:22 PM »

Ayam kat pasar tu pun gemuk gemuk gak hery heheee...
Logged

hery
Mega Hero
******
Posts: 1330

019-6189163 @ 017-6724548


« Reply #10 on: May 26, 2010, 10:37:18 PM »

Ayam kat pasar tu pun gemuk gemuk gak hery heheee...

hehe.. sy x pilih yg gemuk bang,sy pilih yg ayam x bape cntik dari pndngn...sbb ade yg mngatakan itu lbh baik dari yg cntik je...mcm sayur la...  ;D ;D ;D
Logged
Abg Mie
Mega Hero
******
Posts: 3204

Azmi - 016 6883694 / Sg Buloh - Kuang


« Reply #11 on: May 26, 2010, 10:41:06 PM »

hehe.. sy x pilih yg gemuk bang,sy pilih yg ayam x bape cntik dari pndngn...sbb ade yg mngatakan itu lbh baik dari yg cntik je...mcm sayur la...  ;D ;D ;D

hehehee..........pandai la hang......
Logged
Borch
Sr. Member
****
Posts: 374



« Reply #12 on: May 26, 2010, 11:06:21 PM »

yela tu...ayam yg kurang cantik kurang bahaya nyer...mcm sayur gak...lagi cantik sayur tu,lagi tinggi la bahan kimia yg digunakan...huhuhuhu...ayam kat pasar makan dedak...sbb tu gemok2 semua...wkakakakka   :P :P :P :P :P
Logged
kdsayang
Mega Hero
******
Posts: 2259


ilusms km2ku


WWW
« Reply #13 on: May 26, 2010, 11:50:08 PM »

aku tak makan seafood. huhu

galol ngan ikan berjaket, aku dengan daging getah sekerap.. teringat plak kenangan duduk asmara. makan megi dalam baldi.. muahaha
Logged



019-4 lapan zero 5 three lapan 9
Knowledge Is Power, Cash Is King
ashiem_HSC
Hero Member
*****
Posts: 683


if t'srempak kat ne2,hon2 la ckit...hehe...


« Reply #14 on: May 26, 2010, 11:57:36 PM »

keli masak cili api!!! wowlauwei....... ;D
Logged

Borch
Sr. Member
****
Posts: 374



« Reply #15 on: May 27, 2010, 12:41:48 AM »

aku tak makan seafood. huhu

galol ngan ikan berjaket, aku dengan daging getah sekerap.. teringat plak kenangan duduk asmara. makan megi dalam baldi.. muahaha

hahahahah...duk asmara...asmara ke asrama??standet la tu...
Logged
kachieyama_86
Sr. Member
****
Posts: 346


KEBANGKITAN!!!!!!!!!!!


« Reply #16 on: May 30, 2010, 09:38:01 PM »

fuh shoot, bila aku membacenyer, bersangkot paot, huhuhuhuh abih tu nak makan pe?



adoyai..........................makan pizza la aku
Logged


KEBANGKITAN!!!!!!!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!
senseisyihin
Guest
« Reply #17 on: May 31, 2010, 01:03:19 AM »

bro xseven,sy asal dr labis gak,rumah rakyat labis....huhuhu xsangka jumpa org kampung,dulu belajar kat sk labis la,dpn kampung awak...sg gatom...

sori off topic,jejak kasihan la pulok,ape2 pon aku mmg dh lame xmkn ikan ni...mkn jer ikan siakap ke bawal ke...mahal sket tp elok,ala make up motor mahal2 boleh,make up diri sndiri bekira...hahahaha nasihat ini untuk diri sendiri,sape nak ikut ikutla!!! :P
Logged
NasZ
Full Member
***
Posts: 100



« Reply #18 on: June 01, 2010, 04:58:27 PM »

aku pun org labis gak..kat felda tenang..kg bapak aku..hehe
emm psl ikn keli ni thnks bro 4 da information..tp aku mmg ske mkn ikan keli...huhuhu
Logged
Black Cobra
Sr. Member
****
Posts: 344


AQ TAAT PADA YANG SATU.... 0173256402


« Reply #19 on: June 30, 2011, 07:53:36 AM »

naseb bek aq xmakan ikan keli... fuh...
Logged

[I M G]http://blig.ig.com.br/ronaldpsz/files/2008/10/funny-dancing-santa1.gif[/ i m g] http://blig.ig.com.br/ronaldpsz/files/2008/10/19.gifmuahahahhaha
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!