Nolan N43 AIR Classic N-COM
Color : Wine Cherry
Size : XL (61/62)
Weight : 1579 grams
Made in Italy
Guarantee : 05 years atau 1825 days.
Price : SGD290 (RM710.00) @ Chong Aik Int' Ptd
Mirza ingin tahu apa benda dalam kotak merah nih..

Helmet soft bag / back ventilation @ Exhaust


Visor & Sun Visor (VPS)




Top Ventilation


Mirza dah test dulu helmet lepas keluar dari kotak!



Riak wajah Mirza berusia 2 tahun 3 bulan mengambarkan betapa bestnya helmet nih..
Sistem Pengudaraan / Ventilasi paling cemerlang dan berkesan untuk cuaca panas seperti di Malaysia. Selesa dipakai dan kualiti & design menarik.
Visor sangat besar dan tidak menghalang penglihatan semasa menunggang motosikal. Terima kasih kepada teknologi "Pinlock anti-fog" dimana jika hujan, kabus tidak berlaku di visor. Waktu malam kadar pencahayaan juga sangat baik.
Chinbar boleh buka dan helmet boleh digunapakai misalnya "open face Jet style". Paling menarik ada 6 pilihan kombinasi inovatif mengikut kesesuaian dan keadaan.
Hi-Brite Hard Coating merupakan cat yang sangat tahan lasak dan agak licin supaya tahan lama dan mudah dicuci kekotaran pada permukaan helmet.
Liner dalaman "Clima-Comfort" amat selesa, boleh dibukak ganti dan boleh dibasuh. Ada lubang-lubang pada EPS foam yang berfungsi sebagai membantu aliran ventilasi.
Sun visor dioperasi melalui slider yang ada di sebelah kiri helmet. Sangat bagus kadar pencahayaan.
Bagi saya, helmet nolan N43 Air merupakan helmet 'modular' sebenar dengan keupayaan boleh buka chinbar. Ini jika dibandingkan dengan 'flip-up'. Konklusi saya, helmet yang sangat innovatif dengan 5 sistem ventilasi (1 depan, 2 atas dan 2 belakang). Versatile dengan 6 pilihan keupayaan.
Kekurangan : Tiada langsung stickers logo SIRIM MS Motorcyclist Helmet.