Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: Pelekat Rasmi Forum, sila buat tempahan di

http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php/topic,21712.0.html
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Hubungan antara pasangan  (Read 1141 times)
SurFer
I'm Neo
Administrator
Mega Hero
*
Posts: 1606



WWW
« on: July 22, 2009, 09:14:33 AM »

Salam semua, Topik asal Pandangan Islam tentang merokok
den saja ubah sebab takde respond  

Den pi klinik tadi dan jumpa satu pamplet/brochure,











Sila beri pandangan ilmiah
« Last Edit: August 06, 2009, 01:10:25 PM by Surfer » Logged
Fz Rider (faiz)
Mega Hero
******
Posts: 1415


013-4195602 / 017-6268547


« Reply #1 on: July 22, 2009, 09:04:54 PM »

Emmm..merokok memang boleh jatuh hukum haram berdasarkan dalil dan ijmak ulama. merokok ni budaya mana ye sebenarnya?? memang sejarah nenek moyang melayu ini merokok guna tembakau bernikotin ke?? kalau tembakau sahaja, tanpa nikotin, bahaya tak, kalau tak bahaya, adakah hukumnya tetap sama??
Logged

xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #2 on: July 22, 2009, 09:18:54 PM »

den taknak berhujah la pasal rokok kalo dari segi agama...pasal ilmu den cetek pasal agama..so dari segi pendapat den...den tak isap rokok pasal den rasa rokok ni tak bwk apa2 faedah pun..cukup skadar memberi nikmat yang den sendiri tak tahu apa nikmatnya..di samping itu ia juga member kesan kepada penampilan kita seperti bibir yang kusam..gusi yang hitam...serta gigi yang kuning dan berkulapuk...di samping itu...ia juga menghasilkan nafas yang berbau...kesan dari segi dalaman, takyah cerita la pasal semua orang dah tau...so which one you choose...
Logged

one
Mega Hero
******
Posts: 1102


« Reply #3 on: July 23, 2009, 11:35:47 AM »

Pandangan aku yg isap rokok plak... erk..x de pandangan kot...hehehehe

aku penah dengar perdebatan mengenai benda ni..akhirnya x de kata putus gak..sama macam isu perfume gak..x de kata putus.. dingatkan perdebatan yg aku dengar ni merangkumi kaedah fiqh dan usul fiqh mazhab ahli sunnah wal jamaah.. x ingat ape isi perdebatan dia sbb fokus nak tau ape keputusan last2 to be continue.. ;D

perkara ini banyak khilaf, iaitu suatu hukum agama yang bukan membabitkan perkara asas atau prinsip, kadangkala mempunyai banyak pandangan dan tafsiran,

pendapat aku.. bilamana terdapat perselisihan pendapat adalah lebih elok kita serahkan pada yg berwajib.. majlis fatwa negeri(dah ada beberapa negeri mengharamkan rokok) dan yg utama majlis fatwa kebangsaan dah keluarkan fatwa pada tahun 1995 tapi x diwartakan disemua negeri.. mungkin disebabkan khilaf ulama kot..


ni dapat dari sini (selangor)
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1147
Kategori : Sosial/Syariah   
Tajuk :
HUKUM MENGHISAP ROKOK
Isu : 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta untuk mengkaji semula fatwa hukum menghisap yang telah dibuat dalam tahun 1987.

Hukum-hukum tersebut adalah melibatkan persoalan :
1.1. Hukum menghisap rokok
1.2. Hukum menghisap rokok di dalam Masjid
1.3. Hukum menghisap rokok semasa membaca Al-Quran
1.4. Hukum menghisap rokok yang boleh mendatangkan mudarat

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah bersidang untuk mengambil keputusan berkenaan hukum perkara di atas.

 
Keputusan : 
 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara tersebut di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam serta berpandukan taklimat yang oleh Dr. Khairuddin berkenaan rokok.


2.2. Maka Jawatankuasa perunding Hukum Syara' telah membuat keputusan seperti berikut :

2. 2. 1. " HUKUM MENGHISAP ROKOK "

Hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafieah,

Tersebut dalam kitab "Yasalunaka Fiddin Wal Hayah"

Maksudnya :
Apabila adalah ulama' fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghlsap rokok, maka kata setengah ulama' hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama' hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama' pula hukumnya haram kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah.

Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alas an alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain, sedangkan di masjid orangramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.

2.2.2. " HUKUM MENGHISAP ROKOK DI DALAM MASJID "

Hukum menghisap rokok di dalam masjid adalah HARAM Hukum ini dibuktikan dengan Nasnya iaitu :

Maksudnya :

Dan sesungguhnya telah meriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Jabir bin Abdullah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barang siapa makan bawang merah atau bawang putih atau kucai. Maka janganlah ia menghampiri masjid kami, kerana bahawasenya malaikat merasa benci dengan apa yang dibenci, oleh manusia, dan sesungguhnya ulama' fikah telah mengqiaskan rokok dengan benda-benda yang berbau busuk ini, kerana ada persamaan elah (sebab) pada benda-benda yang tersebut ini.

2. 2 . 3 . " HUKUM MENGHISAP ROKOK SEMASA MEMBACA AL-QURAN "

Hukumnya adalah HARAM. Hukum ini diputuskan dengan berlandaskan nasnya seperti berikut

Ertinya :
Dan sesungguhnya adalah munasabah bahawa kita menyebutkan akan kata-kata yang mengandungi amaran yang telah diperkatakan oleh yang diambil daripada gurunya mengenai menghisap rokok duduk membaca Al-Quran, iaitu sikap kita di dalam memuliakan dan membesarkan Allah, maka iaitu haram menghisap rokok dalam majlis Al-Quram dan tidak ada wajah bagi kaul mengatakan makruh.

2.2.4. "HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH MENDATANGKAN MUDHARAT "

Hukumnya adalah HARAM : hukum ini diputuskan berdasarkan beberapa nas-nas yang dinyatakan di bawah iaitu :
Firman Allah Taala :

Ertinya :
Dan setiap keburukan yang menimpa kamu itu ialah dibuat oleh tangan kamu sendiri.

Firman Allah Taala :

Maksudnya :

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

Prof Dr. Ahmad Shaalibi daalam bukunya bertajuk :

"Kehidupan Sosial Dalaam pemikiran Islam" ada menyebutkan" mengenai peringkat HARAM bagi seseorang itu merokok. Beliau dalam pandangannya memetik pendapat Sheikh Mahmud sebagai berkata Ulama-ulama ada mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya disebabkan la boleh mengganggu kesihatan penghisapannya makan dan mendedahkan anggota jasmani kepada kerosakan.


Prof Dr. Ahmad Shalibi menyebutkan juga pandangan bekas Mufti Mesir yang menyatakan "Menurut pendangan hukum : andainya terdapat bahaya, samada banyak atau sedikit dari penghisapan apa sahaja. umpamanya boleh merosakkan perasaan dan menghilangkan wang dengan sia-sia, maka hukumnya berpindah daripada halal kepada makruh atau haram menurut qadar bahaya dan tempohnya "



aku dah memulakan langkah awal.. kat dlm rumah x isap rokok, depan anak2 dan budak2 x isap rokok.. kalau join fnf@ngeteh x mau isap kat meja makan.. nak isap gak aku akan pegi jauh2 skit (kalau aku ilang tu paham2 je la k ;D)... aku dah mula korang bila lg  ;D 8)
 
 
 
 
Logged

SurFer
I'm Neo
Administrator
Mega Hero
*
Posts: 1606



WWW
« Reply #4 on: July 23, 2009, 12:31:07 PM »


aku dah memulakan langkah awal.. kat dlm rumah x isap rokok, depan anak2 dan budak2 x isap rokok.. kalau join fnf@ngeteh x mau isap kat meja makan.. nak isap gak aku akan pegi jauh2 skit (kalau aku ilang tu paham2 je la k ;D)... aku dah mula korang bila lg  ;D 8)
 

thank you for the info,

nape tak berenti terus je one?
Logged
one
Mega Hero
******
Posts: 1102


« Reply #5 on: July 23, 2009, 12:44:03 PM »


aku dah memulakan langkah awal.. kat dlm rumah x isap rokok, depan anak2 dan budak2 x isap rokok.. kalau join fnf@ngeteh x mau isap kat meja makan.. nak isap gak aku akan pegi jauh2 skit (kalau aku ilang tu paham2 je la k ;D)... aku dah mula korang bila lg  ;D 8)
 

thank you for the info,

nape tak berenti terus je one?

hehehehe.. org kata senang.. semua on your mind je.. tp aku kata memang senang, aku penah berenti 2 bulan duluuuuu.. so aku x mau benda sama berlaku.. aku dah x mau kata aku berenti.. kalau aku x isap dpn korang mgkn aku dah berenti dan mgkn juga x lg.. so kalau aku x isap tu jgn pelawa la ek ;D...skrg dlm proses nak kurangkan dulu dgn harapan syawal nanti aku dah free.. Doakan aku.. ;D
Logged
mεгoofuмi
EventMod
Mega Hero
*****
Posts: 1201


Mode: saya suka coki coki | ノリック・アベ


WWW
« Reply #6 on: July 23, 2009, 01:59:16 PM »

aku skang pon dlm proses nak berenti. kat umah dah tak isap rokok, cuma yg susah pas makan je. gatal je tgn nak kepit rokok tu.....gatal je mulut nak buat asap bulat2 tu. last time berenti 3 bulan, pastu dtg kwn cucuk2 trus gagal balik. nih nak start balik, target bulan 8 nih aku berenti isap rokok time kat opis plak, pastu baru train berenti isap pas makan  ;D
Logged



ko laju˛ pon kat traffic light kene berenti gak...

機甲創世記モスピーダ
SurFer
I'm Neo
Administrator
Mega Hero
*
Posts: 1606



WWW
« Reply #7 on: July 23, 2009, 02:44:50 PM »

one dan meerol moga kalian dapat berhenti merokok
amin
Logged
Fz Rider (faiz)
Mega Hero
******
Posts: 1415


013-4195602 / 017-6268547


« Reply #8 on: July 23, 2009, 02:54:16 PM »

emmmm.... ???
Logged
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #9 on: July 23, 2009, 03:40:37 PM »

one dan meerol moga kalian dapat berhenti merokok
amin


surfer pun sama...den harap surfer dpt berhenti jgak...ni dorongan ni.. ;D ;D ;D ;D
Logged
EBRAHIM™
Sr. Member
****
Posts: 337

0193484344


« Reply #10 on: July 24, 2009, 03:21:15 PM »

sebenarnya senang jer nak fikir bab merokok ni.... dalam Islam sesuatu yg membazir, memudaratkan dan membantu pihak lain kejalan HARAM, hukumnya adalah HARAM (ia termasuk dalam dosa2 kecik).. wallahualam....
Logged

HIDUP DAN MATI KERANA ALLAH S.W.T
Tok_Dalik
Newbie
*
Posts: 16


« Reply #11 on: August 04, 2009, 12:40:29 AM »

by the way, aku dah lama join forum ni,
cuma kurang pos dan cuma baca artikel kat sini je. haha.
sorry tuan mod.

aku ada pandangan dan persoalan..
sesuatu itu haram jika ianya merosakkan diri.
Ada satu ayat saya pernah dengar dari mulut seorang ustaz.
"janganlah kamu campakkan diri kamu kedalam kebinasaan."
Surah mana, aku tak igt tapi ayat ni ada dalam alquran.

Persoalan saya :

Merokok adalah haram kerana ia merosakkan diri dan dapat banyak penyakit macam sakit jantung, kanser dan sebagainya. Bagaimana pula jika...

i) Makan berlebihan - Boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetis, kencing manis, darah tinggi..

ii) Makanan Yang Tidak Sihat - Makanan yang berkolestrol tinggi, mempunyai kandungan minyak, gula dan garam yang tinggi. Contoh macam cikedis, ais kacang, rendang, ayam goreng, kuih koci dll... pengambilan makanan ini secara berlebihan dan berterusan juga dapat mendatangkan penyakit.

iii) Hobi - Seperti tuan tuan sedia maklum, saya sendiri sukakan kelajuan dan corner baring maut punya time atas motor. Tidakkah perkara ini juga suatu yang memudaratkan jika apa apa terjadi kepada diri sendiri atau orang disekeliling? Adakah layan 'corner' juga haram didalam islam? Ada pendapat mengatakan jika matinya anak adam itu ketika melakukan perkara perkara yang memudaratkan, hukumnya seperti membunuh diri(berdosa besar) allahualam...

Jadi, sapa sapa, tolong la explain kat saya benda benda ni. saya bukan ustaz. saya cuma mahu tau dan tambahkan lagi ilmu.

salam.
Logged
EBRAHIM™
Sr. Member
****
Posts: 337

0193484344


« Reply #12 on: August 04, 2009, 10:33:59 AM »

to tok dalik,

Dalam Islam kita ada pelbagai jenis hukum, wajib, haram, harus, sunat, makhruh.

1) makanan berlebihan - jangan makan berlebihan, makan sekadar perlu.. pasal Islam tak melarang umatNya makan makanan keperluan

2) makanan yang tidak sihat - dalam konsep yg lu tulis tu, tu bukan makanan tak sihat, tp makanan keperluan. refer 1)

3)dalam bab nie, memang berdosalah kalau kita bawak moto tak patuhi undang2... cam langgar lampu isyarat, bawak melebihi had laju, superman atas jalan. jadi cara terbaiknya ialah masuk TRACK. Pasal disana memang untuk khas untuk jiwa2 yg laju. Pasal undang2 sana berbeza ngan undang2 diatas jalanraya.

Memang ada ayat dalam AlQuran mengatakan kalau kita berbuat sesuatu yg memudaratkan dan boleh mendatangkan kecelakaan.

Tp jika selagi kita mampu dan tidak hilang pertimbangan ketika melakukan sesuatu perkara, INSYAALLAH Allah akan redha apa yg kamu lakukan, kerana Dia menjadikan kita, jadi Dia tidak menghalang umatnya melakukan sesuatu melainkan atas niat kerana Allah dan menggunakan saluran yg betul, Wallahualam.

* ramai orang salah tafsiran mengenai perkara2 yg lebih mendalam dalam Islam, kerana apa, kerana mereka tidak mencari ilmu tu, kerana mereka hanya memandang rendah keupayaan Islam. INGATLAH Islam adalah agama segala2nya.

* kalau tak der orang Islam nak lakukan siapa lagi? Islam itu indah, cuma cara bagaimana nak mengadaptasikan dalam hidup masih lagi perlu dipertingkatkan. INSYAALLAH. Wallahualam. Wassalam 
Logged
tiang
Ladies
Full Member
***
Posts: 205


love to ride....


« Reply #13 on: August 04, 2009, 11:18:19 AM »

key word - sederhana (wasatiah)
Logged

   
Tok_Dalik
Newbie
*
Posts: 16


« Reply #14 on: August 04, 2009, 07:19:27 PM »

to tok dalik,

Dalam Islam kita ada pelbagai jenis hukum, wajib, haram, harus, sunat, makhruh.

1) makanan berlebihan - jangan makan berlebihan, makan sekadar perlu.. pasal Islam tak melarang umatNya makan makanan keperluan

2) makanan yang tidak sihat - dalam konsep yg lu tulis tu, tu bukan makanan tak sihat, tp makanan keperluan. refer 1)

3)dalam bab nie, memang berdosalah kalau kita bawak moto tak patuhi undang2... cam langgar lampu isyarat, bawak melebihi had laju, superman atas jalan. jadi cara terbaiknya ialah masuk TRACK. Pasal disana memang untuk khas untuk jiwa2 yg laju. Pasal undang2 sana berbeza ngan undang2 diatas jalanraya.

Memang ada ayat dalam AlQuran mengatakan kalau kita berbuat sesuatu yg

memudaratkan dan boleh mendatangkan kecelakaan.

Tp jika selagi kita mampu dan tidak hilang pertimbangan ketika melakukan sesuatu perkara, INSYAALLAH Allah akan redha apa yg kamu lakukan, kerana Dia menjadikan kita, jadi Dia tidak menghalang umatnya melakukan sesuatu melainkan atas niat kerana Allah dan menggunakan saluran yg betul, Wallahualam.

* ramai orang salah tafsiran mengenai perkara2 yg lebih mendalam dalam Islam, kerana apa, kerana mereka tidak mencari ilmu tu, kerana mereka hanya memandang rendah keupayaan Islam. INGATLAH Islam adalah agama segala2nya.

* kalau tak der orang Islam nak lakukan siapa lagi? Islam itu indah, cuma cara bagaimana nak mengadaptasikan dalam hidup masih lagi perlu dipertingkatkan. INSYAALLAH. Wallahualam. Wassalam 

thx encik Lanun. Good info  8)
Logged
SurFer
I'm Neo
Administrator
Mega Hero
*
Posts: 1606



WWW
« Reply #15 on: August 06, 2009, 01:12:16 PM »

surfer pun sama...den harap surfer dpt berhenti jgak...ni dorongan ni.. ;D ;D ;D ;D

saya tak merokok la wahai x7

dulu kini dan selamanya insyallah
Logged
bLAzE
The Stig
Hero Member
*****
Posts: 703


Thank you for the Venom


« Reply #16 on: August 06, 2009, 01:27:30 PM »

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak tunggu ulamak bagi hukum la, itu la, inila. kapla otak sendiri ada tak moh mikir. rokok tu kalau merosakkan diri perokok jer aku tak kisah, lantak pila nak merokok sampai mati pun. tapi memudharatkan orang lain lagi, tup2 pulak 2nd hand smoke yang kuar dari perokok tu lagi bahaye. lagi satu menambah pulak kepada pendapatan yahudi.

tak perlu nak berdebat. buang masa. ada akal, gune...
Logged

All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of MARDI shall be understood as neither given nor endorsed by MARDI.
busk3rz
Mega Hero
******
Posts: 2347


Memory remains


« Reply #17 on: August 08, 2009, 12:21:16 AM »

"Katak di dalam botol"...hanya mampu melihat, tapi tidak 'mampu' berbuat apa apa. duk lompat pun dalam botol juga. siapa nak jadi katak? kita? smoker? pihak berkuasa? papepun.. kita berperasangka baik je ngan depa. mungkin ada yang tidak mengetahui perihal ni. Takut takut & khuatir kelak anak cucu kita juga join venture sabung nyawa.  PEACE
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak tunggu ulamak bagi hukum la, itu la, inila. kapla otak sendiri ada tak moh mikir. rokok tu kalau merosakkan diri perokok jer aku tak kisah, lantak pila nak merokok sampai mati pun. tapi memudharatkan orang lain lagi, tup2 pulak 2nd hand smoke yang kuar dari perokok tu lagi bahaye. lagi satu menambah pulak kepada pendapatan yahudi.

tak perlu nak berdebat. buang masa. ada akal, gune...
Logged


Hidup biar berilmu, mati jangan berhantu
Hurry up! WTS Garmin GPS for RM700.
http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php/topic,2507.0.html
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #18 on: October 08, 2011, 01:51:30 PM »

nice info
Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!