Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: PERHATIAN: PADA YANG INGIN MENDAFTAR MENJADI AHLI FORUM SILA CLICK REGISTER.
MASUKKAN NAMA FORUM ANDA, EMAIL ADDRESS, PASSWORD DAN SUSUN JIGSAW PUZZLE, KEMUDIAN
TICK "I am at least 10 years old" DAN " I Agree", akhir sekali tekan butang Register.
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Kehebatan Bahasa Melayu..  (Read 494 times)
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« on: August 14, 2009, 10:13:33 AM »

Sayangilah bahasa kita selepas anda baca sumber ini

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia,Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.
Logged

fooqaw
Guest
« Reply #1 on: August 14, 2009, 12:14:31 PM »

tapi sayang..negara kita x utamakan bahasa ibunda sendiri, nama aje bahasa kebangsaan, tapi ko tgkla bangsa2 lain..cakap english berabuk, tapi cakap melayu mcm haram. ada yg lagi suwei..langsung x reti ckp melayu

aku lg suka cara indonesia, bahasa kebangsaan mmg betul2 di praktikkan, bangsa2 lain di ajar supaya bertutur dengan betul bahasa kebangsaan. amat fasih.
Logged
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #2 on: August 14, 2009, 12:20:10 PM »

no offense to bangsa2 lain..pasal yang bro ckp tu sesetengah je..tapi bagi yang mempunyai kawan berbangsa lain...they have different thought i think  ;D ;D ;D
Logged
Shin-YAZ Nakano
Mega Hero
******
Posts: 1564


JLG 8400 JJC 8400 0177237523


WWW
« Reply #3 on: August 14, 2009, 12:23:11 PM »



aku lg suka cara indonesia, bahasa kebangsaan mmg betul2 di praktikkan, bangsa2 lain di ajar supaya bertutur dengan betul bahasa kebangsaan. amat fasih.

tu y sume English wording pn tukar jadi bahasa indon gk..
contoh: apartment..indon call apertamen
Logged

Shin-YAZ Nakano
Mega Hero
******
Posts: 1564


JLG 8400 JJC 8400 0177237523


WWW
« Reply #4 on: August 14, 2009, 12:27:52 PM »

Ade sape2 tau huruf2 bahasa melayu?
huruf kte gune skrg dtg dr omputih.
jawi dari arab.
ak xtau sbb tu ak tny..dr skola ka t'tnya2..
Logged
fooqaw
Guest
« Reply #5 on: August 14, 2009, 12:39:41 PM »

no offense to bangsa2 lain..pasal yang bro ckp tu sesetengah je..tapi bagi yang mempunyai kawan berbangsa lain...they have different thought i think  ;D ;D ;D

pasal sesetengah tula yg aku highlight. jgn la terasa sgt kalau aku ckp bangsa lain..dah kenyataan.

aku ada kawan bangsa lain jugak, sebab tu aku tau. aku customer, vendor aku banyak yang bangsa lain. Bahasa melayu dierang gagal teruk. if u r malaysian, please learn how to speak correctly in bahasa melayu. jgn nak ngaku malaysian lak, kalau melayu punya bahasa pun tunggang langgang
Logged
Aberinkula
Newbie
*
Posts: 10


« Reply #6 on: February 08, 2010, 06:15:16 AM »

bangsa lain pi lantak r
tp aku de gak blajar sastera
dan info dr org2 lama

info dia mmg len dr yg bg
pe yg aku tau sblm ni....bahasa melayu yg betul2 ada tanpa mengambil dr bahasa lain adalah:

babi
padi
beras dan satu lg aku x ingt psl dh lm tggl bidang sastera

bahasa yg kita guna skang ni bnyk diambil dr bahasa sanskrit kuno, arab, indonesia dan inggeris.cth:

mancis, dewi, > bahasa sanskrit a.k.a hindustan
komunikasi, teknologi > bahasa inggeris
haram, khalifah > bahasa arab



Logged
fadhil
Hero Member
*****
Posts: 870


0123554911


« Reply #7 on: February 08, 2010, 02:29:15 PM »

Ade sape2 tau huruf2 bahasa melayu?
huruf kte gune skrg dtg dr omputih.
jawi dari arab.
ak xtau sbb tu ak tny..dr skola ka t'tnya2..



asal tulisan bahasa melayu kalo tak salah aku tulisan rencong kot.die mcm line2 je tulisan die.mcm tulisan mesir kat piramid.huhu.ade pendapat yg ckp tulisan rencong dan bahasa melayu ni wujud dah lame sgt..same dgn zaman mesir kot.kat buku mane ntah aku bace.
aku dah jumpe link..tp dari blog je la pasal bahasa melayu dan tulisan rencong.ape yg blogger ni sampaikan lebih kurang mcm ape buku yang aku bace tu.cume die punye imaginasi mmg tinggi gile r...

http://mistisfiles.blogspot.com/
Logged

۞ ONE HEART ♠ ONE SOUL ۞
Black Cobra
Sr. Member
****
Posts: 344


AQ TAAT PADA YANG SATU.... 0173256402


« Reply #8 on: June 30, 2011, 08:06:00 AM »

aq respect lagi orang negro... ade sekali masa aq lepak depan 7e... de sorang negro nie mintak lighter... aq bagila... after bakar... dia cakap terima kasih banyak-banyak... tergamam aq... orng kite pon xd cakap cmtu... sekadar angkat tangan jer...
Logged

[I M G]http://blig.ig.com.br/ronaldpsz/files/2008/10/funny-dancing-santa1.gif[/ i m g] http://blig.ig.com.br/ronaldpsz/files/2008/10/19.gifmuahahahhaha
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!