Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1] 2 3
  Print  
Author Topic: Panaskan enjin? Perlu atau tidak?  (Read 2197 times)
sdan
Hero Member
*****
Posts: 873



« on: August 28, 2009, 11:24:15 PM »

Perlu atau tidak?

Sgt berilmu...
Perkara yang kita ingat perlu, sebenarnyer tak perlu.. Sepatutnya start terus jalan!!!!

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni.. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar.. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah      juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta.

Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang  adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya.  Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius,  mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada      sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature" . Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.>

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada  enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam      keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan  bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar.. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya men> gagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?
Logged

keep the paint up, and the rubber down!
ħăčЌȡ
Sr. Member
****
Posts: 307


« Reply #1 on: August 29, 2009, 11:09:00 AM »

Aku slalu bg panas enjin kurang seminit..smp2 sj kt moto,hidupkn enjin,pakai mask,pakai hemet,check tayar,pastu terus jalan..  muka ada senyuuummm
Logged
Slow Rider (shark)
Sr. Member
****
Posts: 393


dabelew ass dee lima dua tiga empat


« Reply #2 on: August 29, 2009, 12:59:59 PM »

buku guide fz ada tulis maaa... cuba tgk ..
ala buku yg putih bwh seat tu yg memula beli da ada tu.. Lips Sealed
Logged

Rawang Fzian
012-2894230
'ride with leisure not pressure'
busk3rz
Mega Hero
******
Posts: 2347


Memory remains


« Reply #3 on: August 29, 2009, 01:10:14 PM »

busk penah baca artikel dalam paper info untuk kereta moden..
No need to do engine warmup sebab tteknologi kereta moden boleh handle.
tapi untuk moto yang tidak berapa nak moden, lebih disarankan untuk memanaskan enjin terlebih dahulu.

Kereta jalan terus takpe... muto tunggu enjin panas.. biar minyak dalam enjin bertindak seperti kelikatan yang sepatutnya... kot.
Logged


Hidup biar berilmu, mati jangan berhantu
Hurry up! WTS Garmin GPS for RM700.
http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php/topic,2507.0.html
amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 825


Genesis Climber Mospeada


« Reply #4 on: August 29, 2009, 01:53:07 PM »

aku start je engine...ok sampai dia xciden la...
Logged


http://ardini169.fotopages.com
friendster : amin13
facebook : amin rahman

-Deo Non Fortuna-

+60195294395
tajul_akb
Guest
« Reply #5 on: August 29, 2009, 01:57:18 PM »

tak setuju pasal kalau engine mmg moden mcm kereta besar yg range harga 100K tu mmg la start terus jalan..kalau setakat kereta proton dan kereta lama yg cikai ni kena warmup jugak...kurang 3-5 minit....

maslahnya yg pi warm up kenderaan sampai 10-15 minit mmg bazir minyaklah..

kalau start terus bawak aku rasa enjin tak sedap la..mcm ada semput2...kalau yg ada autochoke ok la..
Logged
my_war
Hero Member
*****
Posts: 634


BAD Flame Z


« Reply #6 on: August 29, 2009, 02:00:03 PM »

mcm tu ek...
Logged

TAV 4377
sdan
Hero Member
*****
Posts: 873



« Reply #7 on: August 29, 2009, 02:03:35 PM »

during idle... battery not charging.
Logged
tajul_akb
Guest
« Reply #8 on: August 29, 2009, 02:06:53 PM »

tapi kereta charging...cuma utk motor idling tak charging...kena sampai at certain rpm utk charging..
Logged
amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 825


Genesis Climber Mospeada


« Reply #9 on: August 29, 2009, 03:01:31 PM »

benda ni ikut sedap orang la...kalu beli keta taknak jual dah lepas tu start la engine bagi run-in 1/2 min pun cukup... jangan start idling lelama...aku keta aku so far yang injection type (my myvi & matrix) aku start terus jalan...alhamdulillah ok...dah 5 tahun pakai...
tapi kancil 660ex tu aku start & run 1/2 min je...

tapi kalu nanti ada niat nak bpakai keta & then 5 tahun lagi beli lain..aku cadangkan ekau sosah/belasah kan keto tu...biau ket jadik hambo bukan kit jadik hambo... ;D ;D ;D
Logged
:: Acap ::
Full Member
***
Posts: 221


BKA6095 - BKA stands for "Beruang Ke Acap?"


« Reply #10 on: August 31, 2009, 07:59:15 AM »

tapi moto2 yg gune carb susah pulak nak gerak kalo x panas enjin...
lg2 time aku bawak lagendaZ dulu.. kalo start dan jalan konfem mati time pulas trotel..
malu ooo org tngok... time aku naik cbr150r pon same...

manual fz pon suroh panaskan gak... mungkin moto kite tak seberapa moden kan...
Logged

xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #11 on: August 31, 2009, 08:03:49 AM »

tak setuju pasal kalau engine mmg moden mcm kereta besar yg range harga 100K tu mmg la start terus jalan..kalau setakat kereta proton dan kereta lama yg cikai ni kena warmup jugak...kurang 3-5 minit....

maslahnya yg pi warm up kenderaan sampai 10-15 minit mmg bazir minyaklah..

kalau start terus bawak aku rasa enjin tak sedap la..mcm ada semput2...kalau yg ada autochoke ok la..

betul tu..seelok eloknya..bagi engine brada di tahap idle yang normal dahulu..baru sedap nak gerak..baru rasa kemas je..pasal normally..motor yang baru start memang tinggi skit timing dia..pastu bila dah panas betul2 baru la dia turun slow2
Logged

Haziq Khai
Mega Hero
******
Posts: 2097

Be yourself...


« Reply #12 on: August 31, 2009, 09:40:51 AM »

um kata pun warm up the engine. hehhe um panaskan minyak itam for better lubrication. mcm dalam statement tu "Engines run best at their design temperature". xkan la kat mesia masa engine tu mati minyak itam tu maintain kat 90 degrees celcius(consider 90 degrees tu macam standard ideal value tok sume kete) ?? that is y kita kene panaskan engine. and aku ada dengar lecturer aku cakapa jugak yang warm up engine ni nak ensure perjalanan minyak engine tu lancar. grind grind tp kalau dia tipu aku means aku tipu korang jugak lah. hehe cume yang membezakan ialah berapa lama kita perlu warm up the engine. um sebagai contoh. kete vios. dia ada indicate yg engine dia sejok. kene warm up dulu. pas certain temperature tu da dapat. indicator tu trus padam bagi menandakan engine da cukup panas grind grind tidak bermaksud kita perlu panaskan sampai 20 minit ke atas. bagi aku stakat panaskan engine below 5 minit pun dah memadai.

heheh pendapat aku, sapa2 x agree tu minta maaf la ye  ;D ;D ;D
Logged


A G G 1 9 6
Haziq Khai
Mega Hero
******
Posts: 2097

Be yourself...


« Reply #13 on: August 31, 2009, 09:42:57 AM »

betul tu..seelok eloknya..bagi engine brada di tahap idle yang normal dahulu..baru sedap nak gerak..baru rasa kemas je..pasal normally..motor yang baru start memang tinggi skit timing dia..pastu bila dah panas betul2 baru la dia turun slow2

um rpm kita tinggi masa nak warm up sebab auto chock kita buka (minyak lebih). ble da panas engine dia tutup auto chock tu . hhehhe tu yg rpm turun slow tu  
Logged
Bujarl
Jr. Member
**
Posts: 83


Pengguna tegar FZ150i


« Reply #14 on: August 31, 2009, 04:41:12 PM »

err RPM aku 1500 jer bila baru start ok ke? dah panas 1300...
Logged
Biker Ristoe
Jr. Member
**
Posts: 59


Ristoe Toll Free @ 010 300 60 77


WWW
« Reply #15 on: August 31, 2009, 05:04:04 PM »

Bila start awal-² enjin akan meraung skit la..rpm up skit..bila lama skit rpm pun turun bila enjin dah panas..so macam mana plak tu ??ok la lepas ni tak payah tunggu lama-² la..start & dah boleh jalan..kalau long distance pun ok ke??
apa-² pun tunggu motor kluar workshop dulu la..hehe..
Logged

BiKER RiSTOE
fadhil
Hero Member
*****
Posts: 870


0123554911


« Reply #16 on: September 01, 2009, 07:45:51 PM »

aku panaskan je...sbb rase x best kalo trus jalan je.badan rase tak sedap,bontot rase sengal2 je kalo tak panas enjin..rpm aku time start 1500 time idle 1100..
Logged

۞ ONE HEART ♠ ONE SOUL ۞
harithkhan
Newbie
*
Posts: 18

0172593386


« Reply #17 on: September 01, 2009, 11:11:45 PM »

mesti kene warm up sbab superbike pon kene warm up sbb mula2 kita start rpm tinggi masa enjin sejuk. dah panas bru dia rendah dan terus jalan
Logged

Shazrul
Novice Newbie
*
Posts: 26

Wafiy..


« Reply #18 on: October 06, 2009, 01:50:50 PM »

ermm.. pendapat aku la.. perlu gak panas engin dulu tapi xperlu lelama sangat.. aku sendiri bese akan panaskan engin dalam 2-3 minit sebelum jalan....sbbnya besenya kalau xpanaskan engin jalan terus asa cam xbest jerkk pastu cam tersengguk-sengguk je kete.. FZ aku sendiri bese jadi kalau xpanas engin start terus jalan pastu mesti cam tersengguk jerkk... kete aku kancil ngan waja tu pun aku still panaskan engin at least 3 minit sebelum jalan then baru rasa smooth jerkk perjalanan engin tue...

pendapat aku ler...
Logged


WST 9403 . Shazrul . 016-2425073
CaPt_Fz
Hero Member
*****
Posts: 561


show time!!


WWW
« Reply #19 on: October 07, 2009, 12:03:07 AM »

     salam..ni just pendapat aku ikut konsep kapal terbang..dulu2 masa bwk pc-7..1st engine start pada hari itu mmg kene panaskan..selepas tu yg next startup xperlu dah..so hanya minimum  1x je dlm hari tu enjin perlu dipanaskan..act ad beberapa tujuan:

1.     nk bg mnyk itam yg dh turun kat tangki tu dikocak2 supaya naik dan melicinkan dinding piston dan blok..kalu enjin terus jalan je, lama2 haus la sbb geseran..lain la kalu korang pakai mnyk itam full syntetic

2.     nk bg pergerakan fuel n oil smoothly run..biasanya bila enjin dimatikan, fuel dlm pipe line akan kosong..dan time ni angin akan masuk..or we call it clogging..ad udara yg tersumbat..so bila x running n ad clogging, enjin boleh mati oo bila fuel xsampai kat engine even sikit je jumlah udara yg tersumbat tu..cth mcm korang Minum air guna straw la..kalu ad angin dlm straw tu mesti putus2 je air tu  masuk mulut..btul x? kalu moto, kete jd mcm ni xpe lg, kalu aircraft? xlarat laa nk cari bendang nk force land..hehe

     tips,ni cara aku la..just nk kongsi..cth: start kete dulu,pastu buat turn around cx..start dari pintu driver ke belakang, kiri dan depan kereta..(cx keliling) ape yg nk cx tu terpulang lah kat korang..cth tayar, pintu,window,mirror,viper (biasa ad daun terlekat)..pastu msk kete pasang seat belt n doa..tgk temp indicator, bila jarum sentuh je senggat (C) yg pertama..br lah engine tu ready..soal berapa minit xwujud pun act..tu cuma agak2 kita je..
ni berdasarkan ape yg aku praktik kat kapal terbang, aku buat jgk kat kenderaan lain..alhamdulillah smooth je journey n safe..selamat mencuba 8) v
Logged

call sign: silencer
fzauni
Novice Newbie
*
Posts: 26


« Reply #20 on: November 16, 2009, 12:25:26 AM »

tanpa mngaitkan ngn fakta,aku rse,baek kte panaskan enjin
sbb aku kaitkan ngn kehidupan kite,kalu nk bsukan,kene pnskan bdn
haaaa
2 je,hikhik
Logged
CaPt_Fz
Hero Member
*****
Posts: 561


show time!!


WWW
« Reply #21 on: November 16, 2009, 01:20:17 AM »

setelah 3mggu pakai fz.. aku dh tau perangai dia..moto ni kalu x panaskan pagi2, dia akn jd lembab n lemau utk seharian tu..tp kalu pg2 tu korang panaskan skit, kompem one day tu hari yg meriangkan menunggang fz nie..acu cube try test..
Logged
:: Acap ::
Full Member
***
Posts: 221


BKA6095 - BKA stands for "Beruang Ke Acap?"


« Reply #22 on: November 16, 2009, 09:52:28 AM »

yeke?....
aku da masuk 1 1/2 tahun gune fz ni rase macam takde perbezaan ketara pon kalo panas ngan tak panaskan...
Logged
CaPt_Fz
Hero Member
*****
Posts: 561


show time!!


WWW
« Reply #23 on: November 16, 2009, 10:05:29 AM »

hehe..xtau plk moto org lain mcm mn..tp moto ku mmg perangai dia mcm tu..hehe..kene exercise skit pagi2
Logged
AbamEjoy
Moderator
Ultra Hero
*****
Posts: 7309


017-2977900 FZian Bodybuilder


« Reply #24 on: December 09, 2009, 04:14:38 PM »

mmg la x rasa pn..tp utk long term..
lu pk la sendiri..
Logged




KNOWLEDGE IS POWER,MONEY IS KING
Pages: [1] 2 3
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!