Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: JOMBOROI 2012

Aktiviti Menarik
LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Kuala Lumpur Dulu dan Kini  (Read 1012 times)
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« on: October 23, 2009, 08:40:41 PM »

Pada mulanya dikatakan Yap Ah Loy yang telah mengasaskan Kuala Lumpur. Yang pasti bukan Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur kerana dia adalah Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga. Kalau ada orang Cina yang layak dipanggil pengasas Kuala Lumpur tentulah dianya Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama.

Dalam pusingan kedua, Raja 'Abdu'llah diiktiraf secara rasmi sebagai 'pengasas sebenar' Kuala Lumpur. Raja 'Abdu'llah yang dikatakan raja Melayu itu sebenarnay adalah raja Bugis dari Riau.

Sebelum Raja 'Abdu'llah dan Raja Juma'at membuka kelian bijih timah di Ampang pada 1857 dengan pertolongan kuli-kuli Cina upahan mereka, Sutan Puasa sudahpun tinggal dekat dengan Ampang.

Malah menurut Raja Yacob yang bermarga Nasution, pengarang Tarikh Raja Asal dan Keluarganya, orang-orang Mandailinglah yang membuka Ampang diketuakan pada awalnya oleh Raja Bernang dan akhirnya Raja Banding.

Ini masuk akal kerana pada ketika itu, penduduk yang tinggal di pendalaman negeri Selangor adalah orang-orang dari Sumatra. Orang-orang Mandailing dan Batu Bara meneroka kawasan pendalaman Hulu Kelang kerana orang-orang Bugis dan Melayu sudah menetap di pesisiran pantai sebelum kurun ke-19 lagi.


Semasa kawasan pelombongan dibuka di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur, orang-orang Mandailinglah yang berkelian bijih timah di situ, di samping membuat relau, membeli timah dan berniaga. Raja-raja Bugis memungut cukai dari orang-orang Mandailing di pengkalan-pengkalan sungai.

Malah nama "Ampang" itu sendiri mungkin diambil sempena ampangan yang dibina oleh orang Mandailing dalam kerja-kerja berkelian timah. Air dipakai untuk mengeluarkan bijih dari karang.

Ketika Sutan Puasa di Ampang, anak raja Mandailing itu berurusan dengan pedagang Tionghua Hiu Siew dan rakannya Ah Sze Keledek dari Lukut. Kedua-dua pedagang Tionghua suku Haka itu kemudian pindah ke Ampang setelah diberitahu oleh Sutan Puasa bahawa mereka boleh cepat mengaut untung di Ampang.

Setibanya di Ampang, mereka memilih tempat sebatu jauhnya dari pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang sebagai tapak kedai mereka. Ini berlaku kira-kira pada 1859. Muara kedua-dua sungai itulah kemudiannya dipanggil Kuala Lumpur - berlumpur barangkali kerana kerja-kerja berkelian bijih timah di ulu sungai-sungai tersebut.

Jelaslah bahawa Sutan Puasa, Hiu Siew dan Ah Sze Keledek memainkan peranan dalam pembukaan Kuala Lumpur. Hiu Siew kemudiannya menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama dengan sokongan Sutan Puasa.

Sebagai "the leading Sumatran trader of Kuala Lumpur" (pedagang utama anak-anak Sumatra di Kuala Lumpur Sutan Puasalah yang memperkenalkan Hiu Siew dan Ah Sze Keledek kepada pengusaha-pengusaha timah Sumatra di Kuala Lumpur.

Penabalan Yah Ah Loy
Sutan Puasa dan Raja Asal adalah "sahabat baik" dan "sahabat karib" dan rakan perkongsian Yap Ah Loy. Apabila Yap Ah Loy dipilih menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga, Sutan Puasa memberi sokongannya. Istiadat keramaian yang meriah telah diadakan untuk mengiktiraf perlantikan Yap Ah Loy, dan upcara penabalannya disempurnakan oleh Raja Mahdi, seorang raja Bugis.

Sewaktu Yap Ah Loy 'ditabalkan', Sutan Puasa dan Raja Asal diberi tempat yang istimewa. Penabalan itu berlaku pada June 1869. To' Guru yang mengajar Raja Asal "ilmu kebal" telah meramalkan bahwa genap seratus tahun dari hari keramaian itu maka satu pergaduhan besar-besaran akan berlaku di Kuala Lumpur. Ini membayangkan trajedi 13 Mei 1969.

Di babak-babak akhir Perang Kelang, persahabatan dan perkongsian mereka terungkai kerana Yap Ah Loy menyokong Tunku Kudin manakala Sutan Puasa dan Raja Asal menyebelahi Raja Mahdi.

Kuala Lumpur, sebuah kampung pada 1860an, hangus dijilat api dalam peperangan itu, dan hanya dibangunkan semula sesudah perang tamat.

Kubu Sutan Puasa di Bukit Nenas
Menurut Wan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Sa'id, pengarang Pesaka Selangor, di penghujung Perang Kelang, "Orang2 Mandeleng serta ketua2 mereka seperti Raja Asal dan lain2 yang di-Kuala Lumpur itu sudah undor masok ka-negeri Perak, tetapi sa-tengah-nya ada juga lagi dudok di-Kuala Lumpur dalam kubu Bukit Nanas."

Seorang ahli sejarah Inggeris berkata, "the traditional seat of Malay authority in Kuala Lumpur was a stockade, originally built in the 1860's on Bukit Nenas, and known after the cicil war as 'Sutan Puasa's stockade' from the Malay headman who had once occupied it."

"Tampuk tradisional kekuasaan Melayu (baca Mandailing) di Kuala Lumpur adalah sebuah kubu, mulanya dibina pada 1860an di atas Bukit Nenas, dan dikenali sesudah perang saudara (di Selangor) sebagai 'kubu Sutan Puasa' sempena (nama) kepala Melayu yang pernah mendudukinya."

Seperti kebanyakan ahli-ahli sejarah Barat mahupun tempatan, ahli sejarah Inggeris itu tidak tahu membezakan antara beratus-ratus suku pribumi di kepulauan Nusantara. Sutan Puasa yang bermarga Lubis itu bukan "kepala Melayu" tetapi kepala Mandailing.

Nama asal Bukit Nenas ialah Bukit Gombak. Menurut riwayat lisan orang-orang Mandailing, semasa Perang Kelang, nenas ditanah di atas bukit itu semacam dawai berduri bagi menghadapi kemaraan musuh.

Pedang Timan Yang Disegani
Sutan Puasa turut melarika diri sesudah Raja Mahdi kalah dan cuma kembali ke Kuala Lumpur sesudah Inggeris berkuasa. Dia terus menjadi pedagang timah di Kuala Lumpur.

Menurut Pasqual, seorang pegawai British yang bertemu dengan Sutan Puasa, pedagang-pedagan Mandailing dianggap amanah dan tidak mengurangkan timbangan dacing-dacing mereka, dan kerana itu pelombong-pelombong Tionghua lebih suka timah mereka disukat oleh Sutan Puasa daripada bangsa mereka sendiri.

"Peniaga Melayu (baca Mandailing) berurusan dengan pelanggan-pelanggan mereka dengan saksama dan terkenal kerana tidak memalsukan dacing mereka atau timbangan mereka. Lantaran timbangan dua dacing tidak sama, berbeda lebih kurang satu peratus, lebih berat atau lebih ringan, maka sudah menjadi kebiasaan bagi seorang pelombong Cina yang meletakkan timahnya kepada seorang pekedai Cina di Kuala Lumpr yang membiayai keliannya, untuk mensyaratkan supaya timahnya ditimbang oleh dacing Sutan Puasa atau Thamby Dollah atau sebarang saudagar Melayu (baca Mandailing) yang disenanginya."

Old and infirm when I first made his acquaintance, the old warrior peaceably settled down in Ampang Street as a tin merchant, buying the tin produced by the Chinese miners. "Tua dan tidak berdaya bila saya (Pasqual) mula-mula mengenalinya, pendekar tua itu duduk aman di Jalan Ampang sebagai pedagang timah, membeli timah yang dikeluarkan oleh pelombong-pelombong Cina."

He was somewhat reticent by nature and never talked about his exploits nor the hidden "gharone" of tin ingots which were buried away during the "prang Mahdi", of which he owned several but could not locate their whereabouts...

"Sifatnya semacam berat mulut dan dia tidak pernah bercakap mengenai penglibatnnya (dalam Perang Kelang) atau mengenai harta karun bijih timah yang disembunyikan (ditanamkan) dalam Perang (Raja) Mahdi, ada beberapa kepunyaannya tetapi tidak dapat dikesan di mana..."

Khabar mengenai harta karun itu telah menyebabkan ramai orang mencarinya tetapi tidak berjaya.

Di akhir hayatnya, Sutan Puasa menetap di Kampung Rawa (Jalan Melayu sekarang) sebelum berpindah ke sebuah perkampungan Mandailing di Jalan Chow Kit.

Sutan Puasa yang dahulunya orang Mandailing yang terkaya sekali di Kuala Lumpur, menjadi miskin sesudah perang. Sementara bekas sahabat karib dan rakan perkongsiannya, Yap Ah Loy menjadi pelombong yang paling kaya dan berkuasa sekali di Kuala Lumpur.

Sutan Puasa menghembus nafasnya yang terakhir pada 1326 Hijrah (c. 1909 Masihi) di rumah sahabatnya, seorang lagi Kapitan Cina, dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Ampang. Al-Fatihah.[/align]



























Logged

PIEDOIH
Hero Member
*****
Posts: 973


suzuki best tahap maksima!!!!!!


« Reply #1 on: December 02, 2009, 03:09:54 PM »

fuh... penuh informasi.. menarik.. grind
Logged

ashiem_HSC
Hero Member
*****
Posts: 683


if t'srempak kat ne2,hon2 la ckit...hehe...


« Reply #2 on: December 02, 2009, 05:07:51 PM »

sejarah malaysia..!!!!..

nak save ler page nih...

manatau tamadun islam kot2 ada kuar soalan nih kaa....
Logged

EBRAHIM™
Sr. Member
****
Posts: 337

0193484344


« Reply #3 on: December 17, 2009, 01:46:04 PM »

satu artikel yg sangat menarik...! teruskan usaha...

*gua nie tahu baca jer... nak carik benda2 macam nie agak tak der masa...

 8)
Logged

HIDUP DAN MATI KERANA ALLAH S.W.T
yus..jj
Novice Newbie
*
Posts: 41


aku dan dia..


« Reply #4 on: December 21, 2009, 01:20:20 AM »

banyak betul perubahan di kl dulu ngan sekarang...
mcm mana la orang dulu2 ek...
betul2 la diorang kerja keras kan..
dulu kereta lembu je...cikalang macam macam ada...
Logged
AbamEjoy
Ultra Hero
********
Posts: 7309


017-2977900 FZian Bodybuilder


« Reply #5 on: December 21, 2009, 10:33:32 AM »

 Alleycats

Senyumlah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur senyumanmu
Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Dilebuhraya
Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

( korus )
Bila ku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan
Kita berdua
Menyusuri jalan
Ditengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama

Bilaku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara

p/s:rasa mcm nak karok jer..
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Terimakasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua...
Logged




KNOWLEDGE IS POWER,MONEY IS KING
ashiem_HSC
Hero Member
*****
Posts: 683


if t'srempak kat ne2,hon2 la ckit...hehe...


« Reply #6 on: December 21, 2009, 11:00:40 AM »

sah2 ejoy mmg peminat setia aleycats!!...

hehehe...aduh...
Logged
ayiee
Sr. Member
****
Posts: 320

I Miss My FZ150i :'(


« Reply #7 on: December 27, 2009, 06:20:18 AM »

wahh! dalam forum motor ada belajar sejarah laa. terima kasih cikgu!  muka ada senyuuummm
Logged

siputsendut
Jr. Member
**
Posts: 91


« Reply #8 on: December 27, 2009, 06:22:30 AM »

sng nk cri info  spm taon dpan.
Logged
ayiee
Sr. Member
****
Posts: 320

I Miss My FZ150i :'(


« Reply #9 on: December 27, 2009, 06:28:12 AM »

sng nk cri info  spm taon dpan.

betul2! nnt kte tuisyen dgn cikgu Xse7en. nama cikgu brutal bhaii! ajar comfirm masuk otak.  :muka ada senyuuummm
Logged
siputsendut
Jr. Member
**
Posts: 91


« Reply #10 on: December 27, 2009, 06:33:15 AM »

taw xpew.
Logged
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #11 on: December 27, 2009, 08:28:22 AM »

hoh...korang mengata aku yaa...   >monyok >monyok ;D ;D
Logged
ayiee
Sr. Member
****
Posts: 320

I Miss My FZ150i :'(


« Reply #12 on: December 28, 2009, 04:14:01 AM »

hoh...korang mengata aku yaa...   >monyok >monyok ;D ;D

alamak! cikgu perasan! hahah!!
chill laa cikgu.. kte org ckp2 je.
mana ada mengata cikgu.. heheh!  grind ;D
Logged
siputsendut
Jr. Member
**
Posts: 91


« Reply #13 on: December 28, 2009, 04:47:24 AM »

btoi2.
hehehe.
Logged
ayiee
Sr. Member
****
Posts: 320

I Miss My FZ150i :'(


« Reply #14 on: December 28, 2009, 04:53:46 AM »

btoi2.
hehehe.

nnt kte tggu cikgu reply ape.
harap2 kte tak kena marah. nnt kena rotan pulak.
huhuh!
Logged
siputsendut
Jr. Member
**
Posts: 91


« Reply #15 on: December 28, 2009, 05:03:34 AM »

nnt kte tggu cikgu reply ape.
harap2 kte tak kena marah. nnt kena rotan pulak.
huhuh!
taw xpew.
hehehe.
Logged
ayiee
Sr. Member
****
Posts: 320

I Miss My FZ150i :'(


« Reply #16 on: December 28, 2009, 05:07:43 AM »

taw xpew.
hehehe.

chill2. cikgu tgh tdo ni.
nnt kte tgk mcm mana.
kena pggil ke tak. hahahah!  ;D ;D
Logged
Black Cobra
Sr. Member
****
Posts: 344


AQ TAAT PADA YANG SATU.... 0173256402


« Reply #17 on: June 30, 2011, 08:11:54 AM »

kene ngan jiwa raga aq... suka2... good info... thanks....
Logged

[I M G]http://blig.ig.com.br/ronaldpsz/files/2008/10/funny-dancing-santa1.gif[/ i m g] http://blig.ig.com.br/ronaldpsz/files/2008/10/19.gifmuahahahhaha
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!