Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: Pelekat Rasmi Forum, sila buat tempahan di

http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php/topic,21712.0.html
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Petua bangun tahajjud  (Read 1279 times)
one
Mega Hero
******
Posts: 1102


« on: November 18, 2009, 01:33:38 PM »

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـٰنِ الرَّحِيمِ


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ
Wahai orang yang berselimut!.
قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬
Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً
Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.

إِنَّا سَنُلۡقِى عَلَيۡكَ قَوۡلاً۬ ثَقِيلاً
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔ۬ا وَأَقۡوَمُ قِيلاً
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.
Al-Muzammil:1-6

Saya kira masih ramai antara kita yang tahu mengenai kelebihan solat Tahajjud tapi masih ‘bercinta’ dengan gebar selesa di dini hari yang sepi. Susah betul mahu bangun pagi-pagi buta itu, bukan? Tahu dan mahu tapi belum mampu berpisah dengan tilam dan selimut. Apatah lagi saat orang lain lena dibuai mimpi. Sayang betul mahu korbankan waktu tidur itu, iya tak?
Alangkah Subuh ditangguh-tangguh, inikan pula mahu bangun Tahajjud!

Saya ingin berkongsi secangkir nasihat dari seseorang yang lebih mesra dipanggil Tok Guru) mengenai solat Tahajjud.
Dalam satu kuliah beliau saya menadah hati untuk dicurahkan permata hikmah. Waktu itu saya masih di sekolah menengah.

Tok Guru berkata, “Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.
Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.


Selepas saya mengetahui hal itu, saya berusaha mengamalkan apa yang Tok Guru pesan. Rasa malu pada Allah bila terjaga pagi-pagi buta, Allah sedang tunggu permintaan kita untuk dikabulkan tapi kita menyombongkan diri dengan memejam rapat mata kita.
Begitulah saya lakukan bertahun-tahun sepanjang sekolah menengah itu. Jarang-jarang sekali, saya bangun untuk solat. Maklumlah, ruang bilik air di rumah orang tua saya ialah telaga yang beratapkan langit. Walaupun berdinding simen dan bersambung dengan dapur, saya jenis penakut. Kalau terdesak pun, saya akan kejutkan sesiapa untuk temankan. Nasib baik adik beradik ramai.
Macam-macam jugalah yang saya minta tapi pendek-pendek sahaja. Paling kurang, saya mohon ampun dan minta Allah sedarkan lagi saya malam berikutnya. Saya bimbang kehilangan anugerah agung itu. Anugerah yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad sebelum terfardunya solat 5 waktu.

Akhir kata, memang benar apa yang Tok Guru pesan sebelum ini. Hargailah waktu sedar di tengah malam dengan memohon kepada Allah walau sedikit. Insya Allah, lama kelamaan, kita akan ada kekuatan untuk menunaikan Tahajjud.

Ummu Abbas
12.51am
5 Rabiul Awwal 1430H/ 3 Mac 2009


Khasiat Tahajjud ini memang besar.
google aje banyak mengenai solat tahajjud akan keluar tinggal nak amal ngan x je..  ;D
secara scientifif pun dah terbukti.. cth yg pasukan bioperubatan UM http://www.sainssolat.com/ buat research tentang solat membuktikan dgn melakukan solat tahajud 8 rakaat dgn posture yg betul 3 kali seminggu berterusan beberapa bulan dpt menyembuhkan sakit pinggang dan mati pucuk

p/s: diadun dan diolah utk kesesuaian semua..
Logged

xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #1 on: November 18, 2009, 01:36:20 PM »

thanks one!!!!!!ilmu yang berguna......... grind grind
Logged

Sir GIMY CSI
Full Member
***
Posts: 138


www.OurKreatif.com


WWW
« Reply #2 on: January 30, 2010, 10:26:55 PM »

mau try malam nih...he2
Logged

Ak tau bawak moto je,bab repair-maintainance x reti
-sila tunjuk ajar-

" border="0

aku x reti mereka , tp ak reti menciplak ,tn punye banner jgn saman ak...hehe
mizi
Novice Newbie
*
Posts: 39

lalalalala


« Reply #3 on: January 31, 2010, 06:18:07 PM »

good info
Logged
gruvsoul
Sr. Member
****
Posts: 319


SCEA, CCNE(sec), ITM3 :P :P 0139953729 (QAN1935)


WWW
« Reply #4 on: May 05, 2010, 02:02:02 PM »

Aku pernah terbangun malam..
pahtu au trdengar bunyi budak bermain2 luar bilik aku...
mau xmau, aku terpaksa pejamkan mata rapat2..
tp aku ada gak baca 4 qul ngan ayat qursi...
Logged

class ::KameiLover extends ::Thread{
KameiLover(arg...){ while(true) new KameiLover().start(); }
protected void run(){ while(true) print "I LOVE KAMEI ERI!!"; }
}

// that's how is it, infinite burst of my love to eri muka ada senyuuummm


paley
Sr. Member
****
Posts: 395

016-4496445 01111169844


WWW
« Reply #5 on: December 22, 2010, 05:11:23 PM »

mantoppp...
Logged

NCL1741
-ini adalah cetakan komputer.tandatangan tidak diperlukan-
amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 825


Genesis Climber Mospeada


« Reply #6 on: December 22, 2010, 05:43:17 PM »

petua ustaz aku bagi kalau nak bangun subuh atau tahajjud (bukan prajud)  geli mattt geli mattt

bila nak tidur tu tepuk lah bantal 21 kali sambil baca bismillah 21x...tidur ikut sunah nabi...masa nak tidur tu niat aku nak bangun pukul sedemikian-sedemikian... aku pernah buat...alhamdulillah kalau nak bangun 5.45am bangun ...kadang takapayah pakai alarm pun...

cuba fikir macam mana orang dulu bangun...takkan sekadar dengar ayam berkokok je... mesti ada petua berguna...
Logged


http://ardini169.fotopages.com
friendster : amin13
facebook : amin rahman

-Deo Non Fortuna-

+60195294395
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #7 on: December 24, 2010, 08:21:33 AM »

petuannya mcm cikgu amin buat tu la..orang yang biasa bangun awal ni biasanya automatik je tersedar..saya pun pernah alami simptom ni..tapi liat balak nak bangun amik air semayang..tido balik..hehe
Logged
QQQ
Sr. Member
****
Posts: 277


« Reply #8 on: December 26, 2010, 02:43:44 PM »

tq good info
Logged
ajeem
Jr. Member
**
Posts: 60


« Reply #9 on: February 02, 2011, 12:36:05 AM »

amin doa
Logged
ceriq
Sr. Member
****
Posts: 253


BKU 2581 - Stendet


« Reply #10 on: February 02, 2011, 12:49:22 AM »

insyaallah..tepuk dada tnya iman...tuh jer..sbnarnye mgkin kite nih lbih sygkn dunia drpd sygkn akhirat..perbnyakkan la amalan masing2..untuk kite bwk ke alam kubor n akhirat... doa
Logged

bknnye aku xnk kejar..janji sep minyak aku..
WishList:
HeadLamp FZ16, Rim Lebar, Disc Brek Blakang
StazOne
Full Member
***
Posts: 235


Katanaz & Shurikenz in Da' Houz


« Reply #11 on: February 02, 2011, 11:37:11 AM »

Salam sumer,

Lagi ayat tuk bertahajjud:

"Dan bangunlah pada sebagian malam untuk menunaikan shalat tahajjud, sebagai ibadah tambahan bagimu, semoga Tuhanmu mengangkatmu ke tingkat yang terpuji" al Isra' - 79.

Dulu mase di Mekah Solat tahajjud di wajibkan atas Nabi SAW dah sahabat2 utama. Antara sebabnya kalau solat di khalayak ramai akan di seksa olek puak kafir.

Selepas turunnya perintah solat 5 waktu selepas hijrah ke madinah, hukum solat tahajjud di tukar dari wajib ke sunat. Tapi Nabi SAW dan sahabat2 utama tetap melakukan tahajjud seperti sediakala. For more info boleh rujuk tafsir surah Muzammil, Mudathir & al Isra'.


Logged

Kindly check out my store at Mudah.my.
Macam2 pun ada!
http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=62875
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!