Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: PERHATIAN: PADA YANG INGIN MENDAFTAR MENJADI AHLI FORUM SILA CLICK REGISTER.
MASUKKAN NAMA FORUM ANDA, EMAIL ADDRESS, PASSWORD DAN SUSUN JIGSAW PUZZLE, KEMUDIAN
TICK "I am at least 10 years old" DAN " I Agree", akhir sekali tekan butang Register.
 

JOMBOROI 2012

LUCKY DRAW
1x FCU PnP bernilai RM430 + Tshirt FSR Technology
3x dyno run bernilai RM50 each (run only, bukan tuning)

TEKA TEKI JOMBOROI
3x Maxoil 20w50
5x oil filter yamaha

JOM BOROI Bersama Kami

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Kejadian Polis Menembak Mati Perompak Di Taman Permata 13/01/2010  (Read 666 times)
Galol Rabbani
Mega Hero
******
Posts: 1556


Kecantikan adalah hak milik setiap insan..


« on: January 14, 2010, 10:02:34 AM »

Quote
HARIAN METRO 14/01/2010

Penjenayah buruan mati ditembak

BUKIT MERTAJAM: Seorang penjenayah paling dikehendaki yang mempunyai 16 rekod jenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis, dalam satu kejadian di Taman Permata, di sini petang semalam.

Sebelum kejadian kira-kira jam 6.05 petang itu, polis mengesan kereta Proton Waja dipandu suspek lalu mengekorinya hingga ke Taman Permata dekat sini. Suspek yang menyedari diekori cuba melarikan diri menyebabkan anggota polis bertindak nekad merempuh kenderaan suspek menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk.

Pelanggaran itu menyebabkan seorang anggota polis dan seorang awam yang menunggang basikal cedera.

Selepas merempuh kereta suspek, anggota polis berbalas tembakan dengan lelaki berkenaan hingga mengakibatkan dia maut dalam insiden berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata suspek berusia 44 tahun dan berasal dari Berapit, di sini, adalah ketua kumpulan penjenayah paling dikehendaki dan terbabit dalam 16 kes jenayah bersenjata api di negeri itu.

Katanya, siasatan mendapati suspek adalah teman lelaki kepada wanita warga Thailand yang ditembak mati tahun lalu kerana turut terbabit jenayah senjata api. "Polis turut menemui sepucuk pistol semi auto dan beberapa butir peluru dalam beg pinggang suspek.

"Berikutan tumpasnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes jenayah bersenjata api di negeri ini," katanya di tempat kejadian.

Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Dr Mohd Shah Hussin Shah dan Timbalannya, Superintendan Mohan Singh Tara Singh.

Ayub berkata, polis mengekori suspek sejak beberapa minggu sebelum berjaya menumpaskannya sebaik memasuki Taman Permata. Anggota polis dan orang awam yang cedera dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MU7373A/Article























Logged

Tanya sama hati,Pernahkah merindu,Ingat masa lena apa mimpimu,Masa berjauhan,Apa nan dikenang,Bila difahamkan itulah sayang
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3165



« Reply #1 on: January 14, 2010, 10:07:22 AM »

patut hari tu kalut je bunyi ambulans...adeiii
Logged

Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!