Rahsia Memotong Kuku

(1/1)

EncikEjoy:
RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

salam...

Hafiizd:

MEMOTONG kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur." (Riwayat Muslim)

Menurut Imam Syafie, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan juga mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Menurut riwayat Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w memotong kuku dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

Berkenaan ada hari tertentu memotong kuku, tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh melakukannya tanpa mengikut hari tertentu.

Ada hadis daif yang hukum beramal dengannya dibenarkan terutama ketentuan Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari diutamakan untuk melakukan ibadat sunat.

Dengan itu, sunat memotong kuku pada hari terbabit secara umum. Dengan berbuat demikian, kita mendapat ganjaran pahala. Bagaimanapun, memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/FikrahDrSalam/20090522082035/Article/index_html
---------------------------------------------------------------------------------

Cara Memotong kuku jari & tangan:


Mula dari jari terlunjuk yang kanan terus melingkari ke arah kanan sampai kelingking yang kanan terus di sambung dari kelingking kiri kembali ke ibu jari dan berakhir di ibu jari kanan.


Cara Memotong kuku jari kaki:


Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebealh kiri.


Waktu memotong kuku:


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang ertinya: " Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, cabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam." Hadis diriwayat Muslim


Diriwayatkan oleh Abu Sa'i d al-kudri dan Abu Hurairah Radhiallahu'anhuma yang bermaksud: "Bersabda Rasulluah Shallahu 'alaihi wasalam:


"Siapa saja yang mandi pada hari Jumaat, memotong kuku, berwangian ( memakai wangi-wangian) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi ( merobos masuk) orang2 yang terlah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (semabahyang sunat). Dia diam ketika iman keluar (berkhutubah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang , maka jdailah penebus dosa di antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya."


(Hadis riwayat Ahmad)


Kesimpulan: Potong hari Jumaat, dan jangan simpan lebih dari 40 hari.


Memotong kuku ketika Haid, Nifas & Junub Menurut kitab Al-ihya:


Jika sesorang itu dalam keadaan junub atau berhjadas besar, jangan dia memotong rambut,kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badanya sebelum dia mandi junub. kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dgn keadaan junub.:)

http://www.imeem.com/yasminnadilla/blogs/2007/08/05/AlSzpThH/cara-memotong-kuku-waktu-afdal

hery:
alang2 dah ade ruang soal jwb yang berkaitan,sy mahu brtanya..kalu xcabut bulu ketiak tetapi mencukurnya xpeke??? dan maksud sebenar memelihara janggut tu adakah dengan mengemaskannya atau membela panjang2??

*student ...penah sekali bertekak psl janggut ni dengan guru disiplin,tapi bila cakap yang bila bela jggut ni ade fadilatnya pai sekarang dah  x tegur...hehe...(ckgu ni melayu jgk)..bkn xhormat,tapi cakap elok2 la...  ;D

Hafiizd:
Soal :
Bolekan mencukur bulu ketiak dengan pisau cukur?

Jawab :
Alhamdulillah, boleh! Sebab yang diperintahkan adalah menghilangkan bulu ketiak dengan mencabut, mencukur atau cara-cara lainnya. Mencabutnya tentu lebih utama jika mudah dilakukan. Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam : “Fitrah ada lima: Khitan, menggunting kumis, menggunting kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Fatawa Lajnah Daimah V/171.
http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/24/hukum-cukur-bulu-ketiak/

-----------------------------------------------------------------------------------
"Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.

"Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab". Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.

"Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut". H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah.

Bagi individu yang menjiwai hadith di atas pasti mampu memahami bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang setiap mukmin dari meniru atau menyerupai suluk (tatacara) orang-orang kafir sama ada dari golongan Yahudi, Nasrani, Majusi atau munafik. Antara penyerupaan yang dilarang oleh baginda ialah berupa pengharaman ke atas setiap orang lelaki yang beriman dari mencukur janggut dan jambang mereka. Kemudian baginda melarang pula dari memelihara misai (kumis) kerana dengan memelihara misai kemudian mencukur janggut telah menyerupai perbuatan semua golongan orang-orang kafir. Antara motif utama dari larangan baginda itu ialah agar orang-orang yang beriman dapat mengekalkan sunnah supaya tidak mudah pupus di samping mengharamkan setiap orang yang beriman dari meniru tata-etika, amalan dan tata-cara orang-orang kafir atau jahiliah.



Didapati Abu Bakar lebat janggutnya, Usman jarang (tidak lebat) janggutnya tetapi panjang, dan Ali tebal janggutnya. (HR. Turmizi).

Berkata al-Bukhari : Ibn Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih dan memelihara janggut dan jambangnya. Lihat: Fathulbari, jild 10, m/s 334.

Semasa Ibn Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam janggutnya, mana yang lebih (dari genggamannya) dipotong. (HR. al-Bukhari).

Hadist-hadist di atas bukan saja menjelaskan suatu contoh perbuatan Nabi Muhammad, para nabi sebelum baginda dan juga para sahabat yang semua mereka memelihara janggut. Malah hadist-hadist di atas juga merupakan lanjutan yang berupa suruhan dari nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w meneruskan suruhan (lanjutan) tersebut ke atas orang-orang yang beriman supaya memelihara janggut mereka. Anehnya, dalam hal suruhan yang nyata ini dirasakan sukar difahami oleh segolongan para mufti, kadi, imam, ustaz dan alim ulama yang bertibaran di negara ini. Apakah mereka tidak pernah terjumpa (terbaca) walaupun sepotong dari beberapa hadist-hadist sahih sebagaimana yang tercatit di atas yang mewajibkan memelihara janggut sehingga mereka tidak sudi memeliharanya? Jika sekiranya mereka telah terbaca salah satu dari hadith-hadith tersebut mengapa pula tidak mahu menerima dan mentaatinya? Apakah mereka merupakan ulama buta, tuli, pekak dan bisu sehingga tidak dapat melihat, memahami, mengetahui dan menyampaikan sebegitu banyaknya hadith-hadith sahih yang memperkatakan tentang janggut? Mengapa pula suruhan dan larangan syara sebagaimana yang terdapat di dalam firman Allah di bawah ini tidak mereka sedari?:

http://penyejukhatiku.wordpress.com/2009/05/07/hukum-memelihara-janggut-jambang/

hery:
betul tu...lebih baik bertanya low ragu2 kan... tq ye bro...

Navigation

[0] Message Index