alarm + autostart system

<< < (8/17) > >>

Abah (Abg Nizam):
Assalammualaikum!

Alarm/Remote start yang saya beli dari DavidChoo tu tak jadi tukar kerana leceh/malas nak return balik ke dia. So saya buat keputusan memasang alat tersebut tetapi tanpa auto start. Saya pasang di salah sebuah kedai accessories kereta di Taman Melawati,K.L .

Cara pemasangan nampak senang bagi yang pakar dan installer tu memang bagus dan paling kemas buatannya. Tiada wire dari ECU diambil/sambung cuma direct dari bateri dan juga dari relay yang control power supply ke spark plug (berada di bawah tangki). Satu relay yg berharga RM60.00 jenis THOR (bagus dari BOSCH) juga dipasang dibawah tangki untuk cut-off power supply ke starter button.

Bunyi Alarm jenis Big Shark ni memang kuat iaitu 125db. Jarak remote sejauh 1000m seperti yg dinyatakan. Buat masa ni belum cuba lagi sejauh tu. Sensitivity alarm ada 5 peringkat. Yang paling sensitive 5...jentik jer motor dah alarm bunyi. Auto start saya disable sebab takut kacau ECU.

Upah pemasangan ialah RM50.00...tapi saya tambah RM10...tip pada installer tu. 

PERHATIAN!!!!
Memandangkan FZ ni kena tunggu selama 5 saat sebelum boleh dihidupkan engin nya, eloklah bagi sesiapa yg dah ada auto start tu JANGAN gunakannya. Sebab takut nanti lama-kelamaan ECU akan rosak atau tak detect lampu check tu. Kalau nak juga gunakan auto start kena lah pasang DELAY "ON" RELAY yang mana harganya memang mahal ...melebihi RM200.

Asyrafmus:
Quote from: nzmmcgyver on October 08, 2008, 02:02:40 PM

bro walaupon tak amik direct dr ecu...relay ni tetap comunicate dgn ecu...power supply juga dikawal oleh ecu...maknanya tak kira la amik power dari mana tetap akan effect electronic FZ nih...pasal signal dah kacau..

Abah (Abg Nizam):
Tidak  ganggu ECU langsung...sebab dah check power input ke ECU masa ON Alarm, masa Alarm Bunyi(trigger) dan masa reset Alarm memang tiada current supply ke ECU.

Sebabnya, ECU tu control EFI system (injector and fuel pump to injector) dan indicator yang ada cuma EFI dan temperature saja. Ianya akan check samada kedua2 circuit(injector/pump dan themostat) berfungsi atau tidak. Jika berfungsi, kedua2 lampu akan padam dalam masa 5 saat.

Kalau kita pasang Alarm sahaja tanpa Auto Start, ianya tiada kena mengena dengan ECU input supply kerana power ke Alarm di ambil terus dari bateri dan beberapa bypass untuk disconnect power supply the spark plug cable. Ini bermakna, sekiranya alarm berbunyi dan pencuri dapat buka lock kunci ke ON, dia masih tidak akan dapat menghidupkan engine walaupun lampu besar ON dan kedua2 indicator telah padam. Pencuri akan curi press start button atau guna kick start tapi power supply tak sampai ke PLUG. Masa ni memang starter akan Crank dan bunyi macam biasa tapi tidak boleh menghidupkan engin. Dalam masa yang sama Alarm tadi masih berbunyi dan kemungkinan si pencuri akan berputus asa. Dan apabila kita reset/off alarm maka tiada power/voltage supply dibekalkan ke Alarm Module, ini bermakna tiada kekurangan voltage ke ECU apabila engine dihidupkan seperti biasa.

Tetapi jika kita memasang Alarm dan juga Auto Remote Start, memang akan merosakkan ECU kerana belum sempat ECU check status EFI/pump dan themostat, engine telah di hidupkan. Ini kerana tiada Delay "ON" Relay yang boleh mengawal delay ON. Dalam pasaran memang ada Delay ON Relay utk input 12v dan boleh diset dari 2 sec - 20 sec, cuma harganya mahal.

Nanti bila saya mampu beli Delay On Relay tu, akan saya cuba dulu sebelum meyambungkan ke ECU.

Bagi yang nak pasang Alarm saja tu, pastikan ujian/pemeriksaan dibuat ke input supply ke ECU utk memastikan tiada power supply. JANGAN sesekali benarkan Installer connect Alarm input supply di harness dekat ECU tu.

Faiz'S:
ayat yg last tu yg patut dipegang.. hanya yg pro jer boleh pasang alarm nih... sbb ramai dh member yg pki alarm sehari jer.. pastu, bateri kong..

bungakobis:
aku pun ada pasang alarm jugak, yg ada remote start,,so far ok jek...kenapa aku pasang yg ada remote start??sbb aku x jumpa yg x de rs,,,semua kedai aku tanya ada rs...aku pasang kat belakang Phoenix Plaza Ceras,,,mungkin ada efek kat ECU, tp aku yg jahil ttg enjin nie x dapat rasa apa2 beza semenjak aku pasang...
kenapa aku pasang alarm ?

1) Kat ofis aku sebelum raya ada org kena curi motor.
depa kata x de alarm..
2) kat rumah aku, ada kucing suka tidur atas motor aku malam2...aku bukan lokek kat kucing tu, tapi kaki dia kotor, lebih2 lg kalau hujan...semenjak pasang alarm, bersih seat motor aku...dulu dia suka tidur atas bonet kete aku, tp semenjak FZ ada, dia berpindah pulak...mungkin sbb FZ nie PANAS...
3) kat rumah aku ada ramai mat rempit...depa slalu buat bising,,,aku nak marah mak-bapak depa kawan aku,,,so bila depa lalu dpn rumah aku malam2 buat bising, aku start motor aku guna rs...so dgn kekuatan deruman ekzos aku tu, mat2 rempit tu pun blah la...sbb depa tahu aku nie panas baran, tahap amuk tok nading..dulu aku pernah perambat sorang dari geng depa dgn batang cangkul...sejarah..

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page