Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News:

Pelekat Rasmi Forum, sila buat tempahan di

http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php/topic,22385.0.html

Logo Forum
 
Pages: [1] 2 3
  Print  
Author Topic: Cara Pegang Kamera DSLR  (Read 9011 times)
aMir_aNep
Hero Member
*****
Posts: 644


012-7150566 # amiranep@yahoo.com


WWW
« on: April 10, 2010, 03:01:34 PM »

Salam..

Den nak berkongsi ilmu baru yang baru den belajar.. hehe.. Mungkin berguna untuk mereka yg baru nak berjinak-jinak dengan hobi ni..(mcm den la)hihi ;D

Selamat Membaca... 8)

Satu persoalan, bila kamu sudah memiliki kamera, bagaimana cara kamu memegang kamera tersebut waktu mengambil gambar? Pentingkah mengetahui cara memegang kamera dengan betul? Atau kita hanya akan terfikir, “Ala… apa susah? pegang saja kamera dan tekan saja butang snap, hah, jadilah gambar!…” Ok, sebenarnya mengetahui cara memegang kamera dengan betul adalah salah satu ‘basic photografi’ yang perlu kita tahu. Mengetahui cara memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh dan tidak gegar.

Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang. Ok, untuk Tips Cara Memegang Kamera untuk Part 1 ini, saya akan berkongsi cara memegang kamera DSLR sahaja.

Jom kita lihat contoh-contoh gambar dibawah.



Ok, diatas ni adalah cara pegang DSLR secara basic. Dimana kita gunakan tangan kiri untuk pegang kamera pada bahagian lens dia, dan tangan kanan kita gunakan untuk control setting DSLR seperti untuk tekan butang shutter release dan sebagainya. Lepas itu, kedua-dua siku kita rapatkan dengan badan untuk memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti gambar diatas. Pastikan pegang dengan selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk seimbangkan berat DSLR ketika memegang.



Kita boleh juga pegang DSLR dengan cara pada gambar diatas ini. Tapi untuk sesekali bolehlah. Kalau kita dah penat tangkap gambar dengan memegang kamera dengan cara basic, bolehlah cuba dengan cara kedua nih. Bila kita letak DSLR pada bahagian tangan yang dekat dengan bahu begini, kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan peratusan untuk tergegar waktu tangkap gambar akan kurang. Tapi mungkin lambat sikitlah nak tukar setting dan cara begini mungkin sesuai untuk ambil gambar lanscape atau gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah.



Post Merge: April 10, 2010, 03:06:48 PM
Cara Pegang DSLR Yang Salah ???



Elakkan memegang DSLR dengan cara seperti gambar di atas. Memegang kamera dengan sebelah tangan tidak akan memperkukuhkan kedudukan kamera dan peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah rendah. Pastikan juga tali kamera kita sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian tangan kita. Jika DSLR kita terlepas jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi elakkan dari pegang dengan cara begini.



Ini juga cara yang salah ketika memegang DSLR. Jadi pastikan tangan kita tidak ‘mengepak’ waktu nak tangkap gambar. Jangan lupa, rapatkan siku pada badan kita. Elakkan juga memegang kamera dengan meletakkan tangan kiri diatas lens DSLR. Ianya bukan saja menambahkan berat kamera tetapi ianya tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi pastikan pegang DSLR dengan meletakkan tangan kiri dibawah lens DSLR.

Post Merge: April 10, 2010, 03:12:28 PM
Cara Pegang DSLR Menegak

Ada orang kata, bila kita shut gambar dengan menggunakan DSLR, kita tidak digalakkan menangkap gambar dengan cara menegakkan kamera kita. Sebab nampak tak profesional katanya. huhu~ Tak pastilah saya, betul ker tidak tu~ Tapi apa yang pasti, tidak menjadi salah pun kalau kita nak ambil gambar dengan cara menegakkan DSLR kita. Ok, boleh lihat cara dibawah.



Cara yang sebelah kiri ini adalah kedudukan yang baik untuk pegang DSLR secara menegak. Tangan kanan digunakan untuk support berat kamera sambil menjaga setting. Manakala tangan kiri diletakkan dibawah lens untuk memperkukuhkan lagi kedudukan DSLR. Jadi, masalah gambar bergegar tidak akan berlaku. Kalau lihat cara pegang DSLR yang salah tu, kita boleh lihat kedudukan tangan kanan yang tidak stabil disitu…

Post Merge: April 10, 2010, 03:15:31 PM
Kedudukan Kaki 8)



Untuk menstabilkan badan waktu mengambil gambar, pastikan kaki kiri dilangkahkan sedikit kehadapan dari kaki kanan. Jadi tak der lah rasa nak tumbang waktu tangkap gambar. Jangan rapatkan kaki dan berdiri tegak seperti gambar pada sebelah kanan diatas. Sebab kedudukan badan tidak akan stabil jika kita berdiri seperti itu.

Post Merge: April 10, 2010, 03:19:12 PM
Cara Pegang DSLR Untuk View Rendah ;D



Ok, diatas ini ada 3 contoh cara untuk pegang DSLR ketika hendak tangkap gambar pada kedudukan rendah. Cuba lihat kedudukan siku pada contoh gambar diatas. Siku sentiasa ditongkatkan pada kaki untuk menambah kestabilan kedudukan DSLR.



Cara yang salah, kalau lihat gambar pada sebelah kanan ini, siku tidak ditongkat pada kaki. Jadi kedudukan kamera tidak akan stabil disitu.

Post Merge: April 10, 2010, 03:25:19 PM
Gunakan Sebarang Objek Berhampiran Untuk Support Badan :o

Banyak benda yang boleh kita jadikan support untuk badan kita waktu menangkap gambar. Sebagai contoh, kita boleh gunakan tiang, kereta, atau dinding bagi membolehkan kita bersandar untuk mengukuhkan badan ketika mengambil gambar.











Post Merge: April 10, 2010, 03:35:02 PM
Cara Pegang DSLR Ketika Meniarap ;D

Nak pegang DSLR ketika baring atau meniarap pun ada cara juga. Yang penting, kedudukan kamera mesti kukuh.



Seperti biasa, gunakan siku untuk support kamera dengan menongkat siku pada lantai atau tanah. Jangan buat seperti gambar yang salah diatas. Dimana dia tidak menggunakan siku, tetapi menggunakan badan untuk support kamera. Kita akan cepat rasa penat jika berbuat demikian dan DSLR yang kita pegang tidak akan stabil waktu menangkap gambar.

Akhir kata, di sini saya nak kongsikan satu tips iaitu, ketika hendak tangkap gambar, elakkan dari bernafas. Secara logiknya, apabila kita bernafas badan kita akan bergerak. Jadi cara terbaik, tarik nafas sebelum tekan butang shutter release, tahan nafas ketika tekan butang shutter release dan hembus nafas selepas tangkap gambar. ;D 8) 8)

Sekian saja untuk pelajaran kita kali ni...

Untuk pengatahuan, ilmu ni den ambik dari sumber berikut :

http://knol.google.com/
http://www.joemcnally.com/blog/
http://www.nuristimewa.com/

Terima Kasih...
aMir_aNep

« Last Edit: April 10, 2010, 03:35:02 PM by aMir_aNep » Logged

Laju mano bonar motosikar kau, kek trapik light pon kono yo brek...
ahmadpooh
Guest
« Reply #1 on: April 10, 2010, 04:39:51 PM »

tq bro!!tips yg sgt bagus!!.
Logged
aMir_aNep
Hero Member
*****
Posts: 644


012-7150566 # amiranep@yahoo.com


WWW
« Reply #2 on: April 10, 2010, 04:52:52 PM »

sama2.. den tukang post je kat sini... ;D.. tp serious berguna..

den penah nak belajar dengan sorang member.. sekali dia ckp "apada, pegang kamera pun tak betul.." tu yg  den trus google tu... hihi >monyok
Logged
ahmadpooh
Guest
« Reply #3 on: April 10, 2010, 05:00:16 PM »

sama2.. den tukang post je kat sini... ;D.. tp serious berguna..

den penah nak belajar dengan sorang member.. sekali dia ckp "apada, pegang kamera pun tak betul.." tu yg  den trus google tu... hihi >monyok

setuju2!!aku pon stil kekok gak pegang..dah la x stedy hands..asek gigl..huhu~
Logged
ghostblind
Mega Hero
******
Posts: 3201

(-F) was here


WWW
« Reply #4 on: April 10, 2010, 05:31:57 PM »

setuju2!!aku pon stil kekok gak pegang..dah la x stedy hands..asek gigl..huhu~

ada pula yer cara pegang... macam nak solat pun aku ada..
berdiri, duduk dan baring..  grind

good info la.. cayalah
Logged


My Hand Rig
Nokia N70 | Sony Ericsson W580i | Nokia 5800 XpressMusic | Nokia N97 | HTC Desire HD
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3029



« Reply #5 on: April 10, 2010, 07:27:46 PM »

tq bro..
Logged

lan@apek
Mega Hero
******
Posts: 1062


W@KLu!!!


« Reply #6 on: April 10, 2010, 09:14:39 PM »

info bergune ni...
Logged

lan-0172789591
upm,serdang
WakLu!!!
AbahMudaGV
Mega Hero
******
Posts: 1304



« Reply #7 on: April 12, 2010, 05:30:46 PM »

walaupun dah tahu tapi good to remind ourself also.

but sometimes, rules a meant to be broken, macam The 3rd rule in composition..
Logged
soulbiker
Hero Member
*****
Posts: 927


« Reply #8 on: April 13, 2010, 03:04:48 PM »

Good info .... thnks bro Anep ..... bilo bro nak join da club ni .... klu minat leh la contact den ...
and nanti leh la join outing .... klu tak bz la ... 8)
Logged
aMir_aNep
Hero Member
*****
Posts: 644


012-7150566 # amiranep@yahoo.com


WWW
« Reply #9 on: April 13, 2010, 03:13:39 PM »

Good info .... thnks bro Anep ..... bilo bro nak join da club ni .... klu minat leh la contact den ...
and nanti leh la join outing .... klu tak bz la ... 8)

hihi... sogan la den :-[.. kamera lom ado laie... den sekarang korek2 dalam internet je dlu..kumpul maklumat... dah ado nanti..Insya-Allah den tak mem"bizi"kan diri den yo.. ;D ;D
Logged
soulbiker
Hero Member
*****
Posts: 927


« Reply #10 on: April 13, 2010, 03:59:43 PM »

hahaha .... korek jgn tak korek ..... jgn terlebih suda ...  ;D  ;D  ;D ... yg penting kawan2 sekeliling tu .... klu tak nanti susah ... mcm sorang kwn tu ....hehehe ....  8)
Logged
amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 826


Genesis Climber Mospeada


« Reply #11 on: April 13, 2010, 04:28:23 PM »

ada pro-cameraman kata... pegang camera anda macam senapang...
bila press shutter button press it gently...
bila manual mode... pastikan tangan kiri anda tu jangan keras untuk adjust lense... selalunya jari telunjuk & hantu dekat sharpness lense & jari manis & kelingking dekat zooming lense...

good info... sedangkan aku yg ada DSLR belajar lagi... thanks...
Logged


http://ardini169.fotopages.com
friendster : amin13
facebook : amin rahman

-Deo Non Fortuna-

+60195294395
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3029



« Reply #12 on: April 13, 2010, 07:31:04 PM »

aik?mcmana nak buat tu dr?jari telunjuk kat sharpness....jari kelingking kat zooming...iskkkk tak leh nak buat ni....siyesss  grind grind grind
Logged
CaPt_Fz
Hero Member
*****
Posts: 561

show time!!


WWW
« Reply #13 on: April 13, 2010, 07:48:12 PM »

ada pro-cameraman kata... pegang camera anda macam senapang...
bila press shutter button press it gently...
bila manual mode... pastikan tangan kiri anda tu jangan keras untuk adjust lense... selalunya jari telunjuk & hantu dekat sharpness lense & jari manis & kelingking dekat zooming lense...

good info... sedangkan aku yg ada DSLR belajar lagi... thanks...

haah la..br je terlintas td pas tgk posisi2 tersebut..mcm kedudukan menenang ke sasaran..mcm nk tembak guna rifel..anyway, good info..thanks.. muah muah
Logged

call sign: silencer
amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 826


Genesis Climber Mospeada


« Reply #14 on: April 13, 2010, 11:01:06 PM »

sy rasa gmbr pertama dh tunjuk cara pegang/tatang dslr.cuma jari tu kna flexible...lg satu kalu boleh biasakan base/tapak of dslr tu berada pd tapak tgn anda untuk stability.
My humble opinion
Logged
aziz_iez
Hero Member
*****
Posts: 702


Telah kembali ke Rahmatullah.


« Reply #15 on: August 31, 2010, 10:20:29 PM »

gud info..luv it. thank all ;D
Logged


Motor ku kekurangan laju setelah passang sidebox  :-)
9W2HDS
Mega Hero
******
Posts: 2116


WTT 4593....017-3685010


WWW
« Reply #16 on: September 21, 2010, 05:04:40 PM »

good info!..aku pun nak angkat satu dslr sblum hujung tahun ni....
Logged

Nine Whiskey Two Hotel Delta Sierra(9W2HDS)
Handle Operator:Hotel Alpha Delta India
Base Station:Puchong
Saltmine:IIUM Gombak


73..
hery
Mega Hero
******
Posts: 1326

019-6189163 @ 017-6724548


« Reply #17 on: September 21, 2010, 05:22:06 PM »

good info!..aku pun nak angkat satu dslr sblum hujung tahun ni....

aku pon same..ak cdg nak amek NIKON D5000 sbb 12.1MP n ade video record(HD) hehe.. ko??
Logged

lIl perkara hari ini....kenangan masa hadapan lIl
9W2HDS
Mega Hero
******
Posts: 2116


WTT 4593....017-3685010


WWW
« Reply #18 on: September 21, 2010, 06:05:08 PM »

aku pon same..ak cdg nak amek NIKON D5000 sbb 12.1MP n ade video record(HD) hehe.. ko??

bajet aku RM1800 je..........lepas kamera,aku ingt nak pasang 61.5mm kat kau....ok?
Logged
hery
Mega Hero
******
Posts: 1326

019-6189163 @ 017-6724548


« Reply #19 on: September 21, 2010, 06:08:54 PM »

bajet aku RM1800 je..........lepas kamera,aku ingt nak pasang 61.5mm kat kau....ok?

kalu RM1800 better ko amek NIKON D3000...ok je... D-SLR ... =)bsl blok tu leh smbg t..ak ok je..sowg forumer trngganu nak order da high CAM + blok 61mm..
Logged
9W2HDS
Mega Hero
******
Posts: 2116


WTT 4593....017-3685010


WWW
« Reply #20 on: September 22, 2010, 02:01:50 AM »

kalu RM1800 better ko amek NIKON D3000...ok je... D-SLR ... =)bsl blok tu leh smbg t..ak ok je..sowg forumer trngganu nak order da high CAM + blok 61mm..


ape beza D3000 dgn D1000 ek?ada idea?

http://www.mudah.my/Brand+New+Nikon+D3000+18+55mm+Kit+FREEGIFT-7193463.htm

http://www.mudah.my/Brand+New+Canon+1000D+Kit+Lens+DSLR+10+1MP-7193443.htm
Logged
AbahMudaGV
Mega Hero
******
Posts: 1304



« Reply #21 on: September 22, 2010, 06:24:30 AM »

taip btol2..nanti org keliru..
nikon(darkside) mesti D di hadapan D50, D3000, D3s
canon mesti D di belakang 1000D,500D, 7D, 50D, 1Ds
Logged
9W2HDS
Mega Hero
******
Posts: 2116


WTT 4593....017-3685010


WWW
« Reply #22 on: September 22, 2010, 08:04:09 AM »

maaf bos.......saya budak baru belajar... ...ooo..baru tau...hehe
Logged
AbahMudaGV
Mega Hero
******
Posts: 1304



« Reply #23 on: September 22, 2010, 09:35:25 AM »

for me, kalo nk blaja guna dslr, canon and sony a good point to start..kalo nk mendalami dslr la..
kalo takat nk beli..blaja skit2, then dpt gambar dslr, beli je mane2 ..
Logged
hery
Mega Hero
******
Posts: 1326

019-6189163 @ 017-6724548


« Reply #24 on: September 22, 2010, 07:14:51 PM »



ak pon xberapa taw...cuma ckp kwn aku nikkon lbh pada shut tok yg lanscape,outdoor..nthla...aku rasa beza pada ISO dia je...pixel da sama 10.1MP..hf sony satio aku lagi tggi...12.1MP..hehe..tpi aku tetap nak amek D-SLR =D nikon D5000
Logged
Pages: [1] 2 3
  Print  
 
Jump to:  




Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.19 | SMF © 2013, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!